JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Vitamin & Mineral > 8 Vitamin Penting Untuk Kesihatan Mata (Disokong Kajian)
Vitamin & Mineral

8 Vitamin Penting Untuk Kesihatan Mata (Disokong Kajian)

By JiwaSihatUpdated:22/09/20216 Mins Read

Mata manusia memerlukan vitamin tertentu untuk terus kekal sihat dan mengurangkan risiko kepada penyakit-penyakit mata. Terdapat sekurang-kurangnya 8 jenis vitamin atau nutrien yang penting untuk kesihatan mata.

Kekurangan vitamin dan mineral tertentu boleh meningkatkan risiko terhadap penyakit mata seperti katarak, glaukoma dan degenerasi makular berkaitan usia (AMD).

Antara penyakit mata yang sering berlaku adalah:

  • Rabun (rabun jauh dan rabun dekat)
  • Katarak
  • Degenerasi makular berkaitan usia
  • Retinopati diabetes
  • Glaukoma
  • Ambliopia
  • Strabismus
vitamin untuk mata

Selain penting untuk kesihatan mata, vitamin-vitamin ini juga turut bertindak sebagai antioksidan yang kuat yang boleh melindungi mata daripada kerosakan oksidatif dan keradangan.

Artikel ini menyenaraikan 8 vitamin dan nutrien yang penting untuk kesihatan mata dan dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit mata.

1. Vitamin A

Vitamin A adalah salah satu vitamin penting untuk kesihatan mata.

Vitamin ini merupakan salah satu komponen kepada rodopsin iaitu protein pigmen peka cahaya yang terdapat pada retina. Rodopsin ini juga membantu anda melihat dalam keadaan yang kurang cahaya atau malap.

Kekurangan vitamin A yang sering berlaku di negara membangun boleh menyebabkan berlakunya keadaan yang dipanggil xeroptalmia.

Xeroptalmia adalah penyakit mata yang berperingkat dimana ia bermula dengan rabun malam. Sekiranya tidak dirawat dan kekurangan vitamin A berterusan, saluran mata dan mata akan menjadi kering. Akhirnya, kornea mata akan menjadi lembut, mengakibatkan buta yang tidak boleh dipulihkan [1].

2. Beta-karotena

Beta-karotena adalah salah satu karotenoid yang terdapat dalam vitamin A. Beta-karotena adalah pigmen yang boleh didapati dalam buah-buahan atau sayur-sayuran berwarna. Beta-karotena ini akan ditukarkan kepada vitamin A dalam badan.

Beta-karotena juga memainkan peranan penting terhadap kesihatan mata.

Peranan beta-karotena dalam membantu mengurangkan risiko penyakit mata berkaitan usia dilaporkan dalam kajian iaitu The Age-Related Eye Disease Study (AREDS1).

Kajian ini melaporkan bahawa pengambilan beta-karotena bersama-sama vitamin C dan E, zink dan tembaga boleh mengurangkan risiko penyakit degenerasi makular berkaitan usia (AMD) [2].

3. Lutein dan zeaxantin

Lutein dan zeaxantin juga merupakan dua nutrien penting kepada kesihatan mata.

Kedua-duanya adalah daripada kumpulan karotenoid. Lutein dan zeaxantin boleh dijumpai dalam makular dan retina mata. Mereka berperanan menapis sinaran biru yang berbahaya kepada mata seterusnya melindungi mata daripada rosak.

Terdapat kajian yang melaporkan lutein dan zeaxantin boleh melindungi mata daripada katarak dan degenerasi makular berkaitan usia [3, 4].

4. Vitamin C

Vitamin C juga turut mempunyai peranan penting terhadap kesihatan mata.

Selain bertindak sebagai antioksidan, vitamin C juga turut membantu mencegah penembusan sinaran UV.

Kajian pencerapan menunjukkan bahawa mereka yang mengambil vitamin C lebih daripada 490 mg sehari boleh mengurangkan 75% risiko berlakunya katarak [5].

Kajian semula yang diterbitkan dalam jurnal Nutrients turut menunjukkan terdapat banyak kajian yang menyokong bahawa diet harian yang tinggi dengan vitamin C boleh mengurangkan risiko penyakit katarak berkaitan dengan usia [6].

Kajian ini turut melaporkan potensi suplemen vitamin C dalam melambatkan pembentukan katarak akibat daripada pembedahan mata.

5. Vitamin E

Vitamin E juga merupakan salah satu antioksidan yang kuat yang bermanfaat kepada kesihatan mata.

Satu kajian yang melibatkan 3640 pesakit degenerasi makular berkaitan usia (AMD) menunjukkan pengambilan vitamin E dan beberapa nutrien lain secara harian boleh mengurangkan risiko kemajuan penyakit ini ke peringkat seterusnya sebanyak 25% [2].

Satu analisis meta melaporkan bahawa pengambilan vitamin E dalam makanan atau suplemen boleh mengurangkan risiko penyakit katarak berkaitan usia [7].

6. Vitamin B6, B9 dan B12

Vitamin B6, B9 dan B12 juga turut mempunyai peranan terhadap kesihatan mata.

Kepentingan ini vitamin-vitamin ini dapat dilihat dalam satu kajian klinikal terhadap wanita yang mendapati pengambilan 1000 mikrogram vitamin B12 bersama-sama vitamin B6 dan B9 boleh mengurangkan risiko pembentukan penyakit AMD sebanyak 34% [8].

7. Vitamin B2

Vitamin B2 atau nama lainnya riboflavin turut berkhasiat kepada kesihatan mata.Vitamin ini turut terkandung dalam bendalir mata.

Kajian melaporkan bahawa pengambilan vitamin B2 dalam makanan atau suplemen boleh mengurangkan risiko berlakunya katarak. Kekurangan vitamin B2 dalam kalangan warga tua juga boleh meningkatkan risiko kepada berlakunya katarak.

Malah, 80% pesakit katarak mengalami kekurangan vitamin B2 [9].

8. Omega-3 (Minyak Ikan)

Omega-3 atau asid lemak Omega-3 adalah lemak politaktepu yang turut mempunyai peranan penting kepada kesihatan mata.

Walaupun ia tidak dikategorikan sebagai vitamin, tetapi lemak ini juga turut mudah untuk didapati dalam makanan atau suplemen seperti mana vitamin.

Sel membran retina mata mengandungi DHA (Omega-3) yang tinggi. Omega-3 juga turut mempunyai ciri-ciri antiradang yang boleh melindungi mata daripada retinopati diabetes.

Retinopati diabetes ialah penyakit radang mata yang tidak berjangkit tetapi boleh mengakibatkan kecacatan atau kehilangan penglihatan yang disebabkan oleh komplikasi diabetes.

Satu kajian semula yang melibatkan 31 kajian melaporkan bahawa minyak ikan (Omega-3) mempunyai perkaitan dengan pengurangan risiko kepada penyakit retinopati diabetes [10].

Rumusan

Secara umumnya terdapat 8 jenis vitamin dan nutrien yang memainkan peranan penting terhadap kesihatan mata. Vitamin-vitamin ini juga turut berperanan dalam mencegah penyakit berkaitan mata seperti katarak, degenerasi makular berkaitan usia, retinopati diabetes dan lain-lain lagi.

Pemakanan yang sihat adalah kunci utama untuk mendapatkan vitamin-vitamin ini dalam diet harian. Buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan berlemak adalah sumber-sumber untuk mendapatkan vitamin-vitamin untuk kesihatan mata ini.

Sekiranya anda mengalami kekurangan sesetengah daripada vitamin ini, pengambilan vitamin-vitamin ini dalam bentuk suplemen boleh membantu.

Rujukan
  1. Feroze KB, Kaufman EJ. Xerophthalmia. [Updated 2021 Apr 25]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2021 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK431094/
  2. Age-Related Eye Disease Study Research Group (2001). A randomized, placebo-controlled, clinical trial of high-dose supplementation with vitamins C and E, beta carotene, and zinc for age-related macular degeneration and vision loss: AREDS report no. 8. Archives of ophthalmology.
  3. Liu, R. et al. (2014). Lutein and zeaxanthin supplementation and association with visual function in age-related macular degeneration. Investigative ophthalmology & visual science.
  4. Jia, Y. P. et al. (2017). The Pharmacological Effects of Lutein and Zeaxanthin on Visual Disorders and Cognition Diseases. Molecules.
  5. Jacques, P. F., & Chylack, L. T., Jr (1991). Epidemiologic evidence of a role for the antioxidant vitamins and carotenoids in cataract prevention. The American journal of clinical nutrition.
  6. Lim, J. C. et al. (2020). Vitamin C and the Lens: New Insights into Delaying the Onset of Cataract. Nutrients.
  7. Zhang, Y. et al. (2015). Vitamin E and risk of age-related cataract: a meta-analysis. Public health nutrition.
  8. Christen, W. G. et al. (2009). Folic acid, pyridoxine, and cyanocobalamin combination treatment and age-related macular degeneration in women: the Women’s Antioxidant and Folic Acid Cardiovascular Study. Archives of internal medicine.
  9. Suwannasom, N. et al. (2020). Riboflavin: The Health Benefits of a Forgotten Natural Vitamin. International journal of molecular sciences.
  10. Wong, M. et al. (2018). Dietary intake and diabetic retinopathy: A systematic review. PloS one.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.