Nutrisi

5 Vitamin C Terbaik di Malaysia (Berstatus HALAL)

Pinterest LinkedIn Tumblr

Vitamin C atau nama lainnya asid askorbik ialah vitamin yang mempunyai banyak peranan untuk kesihatan badan kita. Maka, mendapatkan vitamin C terbaik juga penting.

Secara ringkasnya, vitamin C mempunyai 3 peranan utama untuk kesihatan badan kita. Pertamanya, vitamin C juga adalah antioksidan. Ini bermakna vitamin C boleh melindungi sel-sel dalam badan kita daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Keduanya, vitamin C boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan badan (sistem imun). Vitamin C boleh mencegah dan merawat jangkitan pernafasan dan jangkitan sistemik [1].

Ketiganya, vitamin C juga baik untuk kesihatan kulit. Vitamin C akan mengalakkan penghasilan kolagen, melambatkan penuaan kulit, melindungi kulit daripada sinaran UV, mengurangkan kedutan kulit dan membantu dalam penyembuhan luka [2].

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan beberapa simptom seperti kulit kering, sakit sendi, gusi berdarah dan luka yang lambat sembuh.

Cara terbaik untuk mendapatkan vitamin C ialah melalui pemakanan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan sitrus, buah jambu batu, buah betik dan pucuk ubi kayu.

Namun, sekiranya anda sukar untuk mendapatkan keperluan vitamin C melalui diet, makanan tambahan (supplement) atau pelengkap boleh menampung keperluan vitamin ini.

suplemen vitamin c terbaik

Senarai pelengkap (supplement) vitamin C ini dipilih berdasarkan beberapa kriteria berikut:

  • Mengamalkan perkilangan baik (Good Manufacturing Practice) GMP atau Therapeutic Goods Administration (TGA).
  • Produk adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Kualiti bahan yang digunakan dan tiada kandungan bahan tambahan tiruan.
  • Mempunyai sijil Halal JAKIM atau badan yang disahkan oleh JAKIM.

Maklumat Penanda Harga

Sebagai panduan harga kepada anda. Kami meletakkan simbol dollar ($ hingga $$$). Satu $ bermakna harga produk tersebut adalah berpatutan atau mampu milik.

Semakin banyak simbol $ ini, maka bermakna julat harganya semakin meningkat. Julat harga bagi setiap hidangan adalah sekitar RM0.18 hingga RM1.83.

Harga pula berbeza-beza bagi setiap kedai dan anda mungkin dapat membeli pada harga yang lebih murah terutama melalui pembelian secara atas talian (online).

Panduan harga:

  • $ = dibawah RM1.00 setiap hidangan.
  • $$ = antara RM1.00 – RM 2.00 setiap hidangan.
  • $$$ = melebihi RM2.00 setiap hidangan.

Berikut adalah senarai vitamin C terbaik yang boleh didapati di pasaran di Malaysia.

1. Blackmores Bio C

blackmores-vitamin c

Jenama: Blackmores

Harga: $$

No. pendaftaran KKM: MAL 15095014NCR

Status Halal: Halal Australia

Bentuk: Tablet

Blackmores sememangnya terkenal sebagai pengeluar makanan tambahan (supplement) yang berkualiti.

Setiap tablet mengandungi 1000 mg vitamin C dan 100 mg bioflavonoid yang diekstrak daripada buah sitrus. Flavonoid ini akan membantu penyerapan dan penggunaan vitamin C.

Selain itu, flavonoid ini juga bersifat antioksidan, antiradang dan juga antikarsinogenik [3].

Produk Blackmores Bio C ini dikilangkan di fasiliti yang bertaraf GMP dan tiada bahan tambahan tiruan.

Beli Blackmores Bio C online.

2. Flavettes Vitamin C Orange 500mg Sugar Free

flavettes vitamin c

Jenama: Flavettes

Harga: $

No. pendaftaran KKM: MAL20034570X

Status Halal: Halal JAKIM

Bentuk: Tablet kunyah

Flavettes ialah jenama produk makanan tambahan (supplement) yang dikeluarkan oleh syarikat CCM Duopharma Biotech Berhad.

Setiap tablet mengandungi 500 mg vitamin C dan tidak mengandungi gula tambahan. Terdapat 50 tablet yang boleh dikunyah dalam satu botol vitamin ini.

Produk vitamin C ini juga turut mempunyai sijil halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

CCM Duopharma Biotech Berhad mempunyai lesen perkilangan bertaraf GMP oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, ISO 9001:2015 dan mempunyai pembekal yang bertaraf GMP serta merupakan pemegang sijil halal yang berasaskan Piawaian Farmasi Halal Pertama di Dunia.

Beli Flavettes Vitamin C Orange 500mg Sugar Free online.

3. BiO-LiFE Mega C Plus Bioflavonoid

bio-life

Jenama: BiO-LiFE

Harga: $$

No. pendaftaran KKM: MAL14125059NCR

Status Halal: Halal Thailand

Bentuk: Serbuk (uncang)

Produk Mega C Plus Bioflavonoid ini dikeluarkan oleh syarikat Bio-LiFE Malaysia yang mempunyai pengalaman selama 29 tahun dalam penjagaan kesihatan di Malaysia.

Setiap uncang mengandungi serbuk calcium ascorbate dehydrate (1666.67mg) dan lemon bioflavonoid (71.45mg). Ini bermakna satu uncang Mega C ini boleh membekalkan 1000mg vitamin C kepada penggunanya.

Satu uncang serbuk Mega C ini boleh dicampur ke dalam 125 ml air dan ia tidak mengandungi gula tambahan disamping sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Dari segi kualiti, produk Mega C Plus Bioflavonoid ini dikilangkan di fasiliti yang bertaraf GMP dan pengilangannya turut mendapat kelulusan daripada Thailand FDA dan Australia TGA.

Beli Bio-Life Mega C Plus Bioflavonoid online.

4. Appeton A-Z Kid’s Vitamin C Tablet

appeton a-z vitamin c

Jenama: Appeton

Harga: $

No. pendaftaran KKM: MAL20013499XZ

Status Halal: Halal JAKIM

Bentuk: Tablet kunyah

Appeton sememangnya tidak asing lagi bagi produk kesihatan kanak-kanak.

Produk Appeton A-Z Kid’s Vitamin C Tablet ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun. Setiap tablet produk ini mengandungi 30mg vitamin C.

Selain perisa oren, produk Appeton A-Z Kids Vitamin C ini juga boleh didapati dalam perisa strawberi dan anggur (blackcurrent).

Dari segi kualiti, Appeton dikilangkan di kilang yang bertaraf GMP dengan penarafan ISO9001:2000. Appeton A-Z ini juga disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beli Appeton A-Z Kid’s Vitamin C Tablet online.

5. Champs Vitamin C 30mg Chewable Tablet (Blackcurrent)

champs vitamin c

Jenama: Champs

Harga: $

No. pendaftaran KKM: MAL14125112NZ

Status Halal: Halal JAKIM

Bentuk: Tablet kunyah

Champs ialah jenama yang turut dikeluarkan oleh syarikat CCM Duopharma Biotech Berhad.

Champs Vitamin C ini adalah produk vitamin C yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun. Setiap tablet boleh kunyah mengandungi 30mg vitamin C.

Selain perisa anggur (blackcurrant), produk ini turut boleh di dapati dalam perisa oren.

Dari segi kualiti, CCM Duopharma Biotech Berhad mempunyai lesen perkilangan bertaraf GMP oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, ISO 9001:2015 dan mempunyai pembekal yang bertaraf GMP serta merupakan pemegang sijil halal yang berasaskan Piawaian Farmasi Halal Pertama di Dunia.

Beli Champs Vitamin C 30mg Chewable Tablet (Blackcurrent) online.

Panduan Untuk Memilih

Terdapat beberapa perkara yang harus dilihat sebelum memilih produk makanan tambahan (supplement) vitamin C ini. Antaranya ialah:

  • Bentuk (tablet, kapsul, tablet boleh kunyah, serbuk atau cecair)
  • Kualiti
  • Dos
  • Harga

  • Bentuk

Sekiranya anda atau anak anda suka vitamin C jenis yang boleh dihisap atau dikunyah, anda boleh memilih vitamin C dalam bentuk tablet kunyah.

Sekiranya ingin mencampurkan dalam air, maka vitamin C dalam bentuk serbuk adalah pilihan yang sesuai.

  • Kualiti

Dari segi kualiti pula, pastikan produk vitamin C yang dibeli itu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Anda juga boleh menilai pengeluar produk vitamin C tersebut sama ada mereka mempunyai sijil pengilangan baik (GMP), sijil halal, mendapat penarafan ISO dari segi kualiti, dan juga kelulusan Food and Drug Administration (FDA) atau Therapeutic Goods Administration (TGA).

  • Dos

Manakala bagi dos pula, harus diketahui bahawa jumlah ambilan harian vitamin C yang disarankan untuk orang dewasa lelaki (70 mg), wanita (70 mg), wanita mengandung (80 mg) dan wanita menyusu (95 mg).

Manakala bagi kanak-kanak pula, kanak-kanak berusia 1 – 6 tahun disarankan sebanyak 30mg sehari dan kanak-kanak berusia 7 – 9 tahun disarankan sebanyak 35mg sehari.

Harus diketahui juga had pengambilan vitamin C yang dibenarkan ialah 2000mg untuk lelaki dan wanita dewasa, 1200mg untuk kanak-kanak berumur 9-13 tahun , 650mg untuk kanak-kanak berumur 4-8 tahun dan 400mg untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun.

Sekiranya vitamin C ini diambil melebihi had dos yang disarankan, ia akan menyebabkan ketoksikan dan kesan buruk.

  • Harga

Dari segi harga, ia bergantung kepada kemampuan masing-masing.

Rumusan

Vitamin C ialah nutrien yang memainkan peranan penting dalam kesihatan tubuh badan kita.

Sekiranya berlakunya kekurangan vitamin C, ia boleh membawa kepada banyak kesan buruk dan masalah kesihatan.

Sekiranya diet harian tidak dapat menampung keperluan vitamin C anda, makanan tambahan (supplement) boleh membantu menjadi pelengkap.

Senarai vitamin C terbaik yang disertakan di sini adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang dinyatakan. Semoga ia memberi manfaat untuk anda membuat pilihan.

Rujukan
  1. Carr, A. C., & Maggini, S. (2017). Vitamin C and Immune FunctionNutrients.
  2. Pullar, J. M., et al. (2017). The Roles of Vitamin C in Skin HealthNutrients.
  3. Panche, A. N., et al. (2016). Flavonoids: an overviewJournal of nutritional science.

Rujukan keperluan nutrisi,halal dan no kelulusan.

4 Comments

  1. saya juga pengamal vita c secara suplimen ..

    sebab saya jarang mendapat buahan atau sayur segar setiap hari

    • JiwaSihat Reply

      Yup..sedikit sebanyak boleh menampung keperluan vitamin C dan meningkatkan sistem imun

Write A Comment