JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2024

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025
  • Kesihatan & Kecergasan

    10 Senaman Kardio yang Boleh Dilakukan Dirumah

    20/10/2024
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025
  • Berita
    pencemaran acrylamide dan glycidol di dalam biskut

    Isu Pencemaran Acrylamide dan Glycidol Dalam Biskut

    28/10/2024
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Kesihatan & Kecergasan»Tanda-tanda Penyakit Jantung, Terhadap Lelaki atau Wanita
Kesihatan & Kecergasan

Tanda-tanda Penyakit Jantung, Terhadap Lelaki atau Wanita

By JiwaSihatUpdated:19/09/2025

Penyakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia dan di dunia. Terdapat tanda-tanda penyakit jantung yang boleh dijadikan panduan untuk seseorang itu mendapatkan rawatan segera. Artikel ini akan memperincikan tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit jantung mengikut jenisnya.

Umumnya, kaum lelaki dikatakan lebih terdedah kepada penyakit jantung berbanding kaum wanita. Tetapi hakikatnya, wanita tidak terkecuali daripada menjadi korban kepada penyakit ini kerana sesetengah tanda penyakit jantung bagi wanita berbeza daripada lelaki.

Walaupun begitu, penyakit jantung adalah penyakit yang boleh dicegah atau dirawat dengan perubahan gaya hidup kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Jenis-jenis Penyakit Jantung

Penyakit jantung sebenarnya melibatkan beberapa masalah kardiovaskular yang memberi kesan terhadap fungsi jantung. Terdapat beberapa jenis penyakit yang dikelaskan sebagai penyakit jantung.

Jenis-jenis penyakit jantung ini termasuklah:

  • Penyakit arteri koronari. Penyakit berkaitan pembuluh darah. Turut dikenali sebagai penyakit jantung iskemik.
  • Aritmia. Keabnormalan rentak jantung.
  • Aterosklerosis. Penyakit pada arteri yang menyebabkan penyekatan aliran darah.
  • Kecacatan jantung kongenital. Kecacatan jantung yang berlaku sejak lahir.
  • Kardiomiopati. Penyakit otot jantung.
  • Jangkitan jantung. Jangkitan jantung yang disebabkan oleh bakteria, virus atau parasit.
tanda-tanda sakit jantung

Tanda-tanda Penyakit Jantung

Tanda-tanda penyakit jantung juga bergantung kepada jenis penyakit jantung tersebut. Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba. Tetapi lazimnya ia bermula secara perlahan dengan menunjukkan tanda-tanda seperti kesakitan ringan dan ketidakselesaan di dada.

Oleh itu, adalah penting untuk ketahui tanda-tanda penyakit jantung agar anda boleh mendapatkan rawatan segera.

1. Tanda-tanda penyakit arteri koronari

Penyakit arteri koronari atau penyakit jantung iskemik ialah penyakit yang berkaitan dengan pembentukan plak kolesterol di arteri jantung dan paru-paru.

Tanda atau simptom-simptom penyakit arteri koronari adalah:

  • Rasa sakit di dada
  • Rasa tidak selesa di dada
  • Rasa seperti tekanan atau himpitan di dada
  • Sesak nafas
  • Loya
  • Masalah penghadaman

2. Tanda-tanda aritmia

Aritmia adalah gangguan kepada rentak jantung, sama ada jantung berdeyut terlalu cepat, terlalu perlahan atau tidak menentu.

Tanda atau simptom-simptom aritmia adalah:

  • Denyutan jantung yang laju
  • Denyutan jantung yang perlahan
  • Sakit di dada
  • Rasa tidak selesa di dada
  • Sesak nafas
  • Rasa berdebar di dada
  • Pening

3. Tanda-tanda aterosklerosis

Aterosklerosis menyebabkan penyekatan aliran darah ke pelbagai tisu badan yang boleh membawa kepada serangan jantung, strok atau kegagalan jantung.

Tanda atau simptom-simptom aterosklerosis adalah:

  • Rasa sakit di dada
  • Rasa tekanan di dada
  • Sukar bernafas
  • Rasa kebas di tangan atau kaki
  • Rasa sejuk di tangan atau kaki
  • Sakit yang tidak dapat dijelaskan atau luar biasa
  • Rasa lemah di tangan dan kaki

4. Tanda-tanda kecacatan jantung kongenital

Kecacatan jantung kongenital adalah masalah jantung yang terbentuk semasa pembentukan janin.

Tanda atau simptom-simptom kecacatan jantung kongenital adalah:

  • Biru atau kelabu pada kulit
  • Bengkak di kaki, perut dan di kawasan mata
  • Sesak nafas ketika menyusu (bagi bayi)

Tanda-tanda kecacatan jantung kongenital yang kurang serius dan hanya kelihatan lewat zaman kanak-kanak atau dewasa.

  • Mudah untuk sesak nafas semasa melakukan aktiviti fizikal
  • Mudah letih semasa melakukan aktiviti fizikal atau bersenam
  • Bengkak di tangan, kaki atau buku lali

5. Tanda-tanda kardiomiopati

Kardiomiopati adalah penyakit otot jantung yang tidak disebabkan oleh penyakit arteri koronari. Pada peringkat awal, penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom.

Namun, apabila penyakit ini semakin teruk, tanda atau simptom-simptom berikut mungkin berlaku:

  • Sesak nafas ketika melakukan aktiviti atau ketika rehat
  • Keletihan
  • Bengkak di kaki terutamanya buku lali
  • Denyutan jantung yang tidak teratur
  • Pening atau rasa hendak pitam

6. Tanda-tanda jangkitan jantung

Terdapat dua istilah yang digunakan untuk menunjukkan jangkitan jantung iaitu endokarditis atau miokarditis.

Endokarditis ialah keradangan pada injap-injap jantung yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Tanda atau simptom-simptom jangkitan jantung adalah:

  • Demam
  • Sesak nafas
  • Keletihan atau lemah badan
  • Ritma jantung berubah
  • Batuk kering atau berterusan
  • Ruam pada kulit
  • Bengkak di kaki atau perut

Tanda Sakit Jantung Pada Wanita

Wanita biasanya mengalami tanda sakit jantung yang berbeza dengan lelaki.

Kajian pada tahun 2003 melaporkan bahawa wanita yang pernah mengalami serangan jantung tidak mengalami simptom-simptom yang umumnya dialami oleh mereka yang mengalami serangan jantung.

Sebaliknya, wanita-wanita ini mengalami keresahan atau kebimbangan, gangguan tidur dan rasa penat yang luar biasa.

Walau bagaimanapun, wanita juga boleh mengalami tanda-tanda sakit jantung yang sama seperti lelaki.

Tanda-tanda penyakit jantung dalam kalangan wanita juga turut boleh disalah tafsir dengan masalah atau penyakit lain seperti menopaus, kemurungan dan keresahan.

Antara tanda atau simptom-simptom penyakit jantung dalam kalangan wanita termasuklah:

  • keresahan (anxiety)
  • berasa pening
  • sesak nafas
  • pitam atau pengsan
  • loya
  • muntah
  • sakit rahang
  • sakit leher
  • sakit belakang
  • ketidakhadaman
  • sakit di dada
  • sakit di bahu
  • letih yang luar biasa

Wanita juga lebih kerap untuk mengalami simptom-simptom ini ketika berada dalam keadaan rehat.

Tekanan perasaan juga boleh mencetuskan simptom-simptom serangan jantung dalam kalangan wanita.

Golongan yang Berisiko Tinggi

Terdapat beberapa faktor risiko yang meningkatkan risiko seseorang itu untuk menghidap penyakit jantung. Lelaki dan wanita yang mempunyai ciri-ciri ini adalah berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung.

Antara faktor risiko tersebut adalah:

  • Umur. Peningkatan usia meningkatkan risiko.
  • Keturunan.
  • Merokok.
  • Mengamalkan diet yang tinggi lemak, garam, gula dan kolesterol.
  • Menghidap tekanan darah tinggi.
  • Menghidap penyakit kencing manis.
  • Obesiti.
  • Tidak aktif secara fizikal.
  • Sentiasa tertekan (stres).
  • Tidak menjaga kebersihan gigi. Tidak menjaga kebersihan gigi boleh menyebabkan jangkitan kuman ke salur darah dan menyebabkan endokarditis.
  • Menopaus. Bagi wanita.
  • Komplikasi ketika mengandung. Hipertensi dan diabetes semasa mengandung boleh meningkatkan risiko wanita tersebut untuk mengalami hipertensi dan diabetes pada jangka masa panjang. Keadaan ini turut meningkatkan risiko untuk wanita tersebut menghidap penyakit jantung.

Dapatkan Rawatan Segera

Sekiranya anda ada mengalami tanda-tanda penyakit jantung yang disenaraikan ini, sila dapatkan rawatan segera dan jangan bertangguh.

Rawatan awal boleh mengurangkan kerosakan terhadap jantung anda.

Rujukan
  • Mayo Clinic Staff. (2021). Heart disease. MayoClinic [diakses pada 16 Februari 2021].
  • Robin Donovan. (2020). Everything You Need to Know About Heart Disease. Healthline [diakses pada 16 Februari 2021].
  • Mayo Clinic Staff. (2019). Heart disease in women: Understand symptoms and risk factors. MayoClinic [diakses pada 16 Februari 2021].
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

Cara Merawat Cirit-Birit: Sila Cuba 5 Petua Ini

07/07/2025

10 Makanan Menguatkan Tenaga Batin Lelaki

15/12/2024
buah durian belanda

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian

27/01/2025

10 Khasiat Buah Pir untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu

07/09/2025

Artikel Terkini

Khasiat Minyak Pati Lavender (Manfaatkan 5 Khasiat Ini)

By JiwaSihat18/01/2025

Minum Susu Sebelum Tidur, Adakah Baik? Ini Dapatan Kajian

By JiwaSihat17/01/2025

Khasiat Sacha Inchi: Ini Yang Anda Perlu Tahu

By JiwaSihat13/01/2025
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • JiwaSihat
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.