Mengetahui kalori makanan Malaysia sedikit sebanyak dapat membantu kita mengawal pemakanan kita. Dalam pemakanan, kalori merujuk kepada tenaga yang boleh diperolehi daripada makanan atau minuman yang dimakan.

Selain itu, kalori juga merujuk kepada tenaga yang digunakan dalam aktiviti fizikal.

Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein dan lemak.

Cara Mengira Kalori

Berikut ialah pengiraan nilai kalori:

  • 1 gram (1 g) karbohidrat mengandungi 4 kalori
  • 1 gram (1 g) protein mengandungi 4 kalori
  • 1 gram (1 g) lemak mengandungi 9 kalori

Contoh pengiraan:

Sebiji telur ayam saiz besar dengan berat 50g mengandungi :

Protein: 6.28 g

6.28g x 4 kcal = 25.12 kcal

Karbohidrat: 0.36g

0.36g x 4 kcal = 1.44 kcal

Lemak: 4.76g

4.76g x 9 kcal = 42.84 kcal

Maka, secara kasarnya sebiji telur ayam saiz besar dengan berat 50 g mempunyai 25.12 + 1.44 + 42.84 = 69.4 kcal.

Contoh Lain

a) 1 senduk nasi putih (75 g)

b) 1 senduk nasi minyak (75 g)

c) 1 senduk nasi minyak (75 g) + 1 ketul ayam masak merah (90 g) + 1 senduk dalca sayur (80 g)

= 100 kalori

= 134 kalori

= 364 kalori

kalori makanan malaysia

Senarai Kalori Makanan di Malaysia

Berikut adalah sebahagian daripada nilai kalori bagi makanan-makanan yang lazim di Malaysia:

MakananKuantiti / Berat (g)Kandungan Kalori (kcal)
Kek1 potong (20 g)100
Kuey teow sup1 mangkuk (320 g)180
Mi sup 1 mangkuk (320 g)220
Pengat pisang1 mangkuk kecil (150 g)250
Roti canai 1 keping kecil (80 g)250
Kentang goreng 1 cawan (90 g)290
Sate ayam10 cucuk (150 g)360
Nasi lemak1 pinggan (230 g)400
Burger daging lembu1 keping (180 g)430
Nasi briyani 1 pinggan (245 g)440
Mi kari1 mangkuk (360 g)460
Nasi dagang1 pinggan (250 g)510
Mi bandung1 mangkuk (450 g)550
Nasi goreng1 pinggan ( 330 g)640
Set ayam goreng2 ketul ayam goreng (240 g) + coleslaw (74 g) + mashed potato (94 g)700
Roti putih2 keping (60 g)160
Roti bijirin penuh2 keping (60 g)140
Biskut krim kraker6 keping (40 g)250
Mi Basah1 cawan (110 g)230
Kuey teow1 cawan (110 g)150
Bihun 1 1/2 cawan (direndam) (110 g)190
Kentang2 biji (90 g)80
Nasi putih2 senduk / 1 cawan (150 g)200
Bubur nasi2 cawan (330 g)130
Epal1 biji (130 g)60
Lai1 biji (170 g)50
Mangga1 biji (100 g)70
Ciku1 biji (70 g)40
Pisang berangan1 biji saiz sederhana (90 g)60
Pisang emas2 biji (100 g)80
Durian3 ulas (110 g)40
Anggur8 biji (90 g)60
Jambu batu1/2 biji (160 g)70
Pir1/2 biji (100 g)60
Oren1 biji (saiz sederhana) (130 g)30
Betik1 potong (200 g)70
Nanas1 potong (130 g)60
Tembikai1 potong kecil (130 g)40
Prun4 biji (30 g)70
Kismis1 sudu makan (20 g)60

Nilai Kalori Bagi Sayur-sayuran dan Makanan Basah

MakananKuantiti / Berat (g)Kandungan kalori (kcal)
Sayur-sayuran yang telah dimasak1/2 cawan (40 g)10-40
Ulam-ulaman1 cawan (30 g)10
Daging lembu2 ketul (80 g)90
Paha ayam1 ketul (100 g)170
Telur ayam2 biji (110 g)140
Telur puyuh12 biji (140 g)200
Hati ayam2 ketul (110 g)120
Sotong (saiz sederhana)2 ekor (180 g)120
Kerang(tanpa cengkerang)1 cawan (dimasak)(90 g)20
Ikan bilis (tanpa kepala)2/3 cawan (30g)80
Ikan kembung (saiz sederhana)1 ekor (120 g)80
Ikan selar (saiz sederhana)1 ekor (200 g)100
Ikan tenggiri1 ketul (80 g)90

Nilai Kalori Bagi Kekacang dan Produk Tenusu

MakananKuantiti /Berat (g)Kandungan Kalori (kcal)
Kacang kuda (dimasak)1 cawan (50 g)180
Kacang dal (dimasak)1 cawan (50 g)170
Kacang hijau (dimasak)1 1/2 cawan (50 g)160
Kacang panggang360 g290
Tempe2 keping (140 g)220
Taukua2 keping (210 g)210
Tauhu2 keping (300 g)200
Susu soya (tanpa gula)1 1/2 gelas (300 ml)180
Keju1 keping (20 g)60
Susu rendah lemak1 gelas (250 ml)130
Susu sejat2/3 cawan (170 ml)250
Susu tepung4 sudu makan (30 g)120
Yogurt1 cawan (150 ml)90

Nilai Kalori Bagi Kuih-Muih Malaysia

MakananKuantiti / Saiz /Berat (g)Kandungan Kalori (kcal)
Bidaran1 keping (69 g)224
Bingka Tepung Beras1 keping (100 g)189
Chee-pah1 keping (55 g)166
Dodol1 potong (22 g)71
Dodol Durian1 potong (22 g)75
Kuih Bakul1 biji (25 g)73
Kuih Bom 1 biji (63 g)212
Kuih Buah Melaka1 biji (15 g)30
Kuih Buah Rotan1 biji (3 g)12
Kuih Karas1 keping (8 g)43
Kuih Kasui1 potong (103 g)166
Kuih Koci Pulut Putih1 biji (82 g)183
Kuih Koci Pulut Hitam1 biji (82 g)164
Kuih Lapis1 keping (87 g)132
Kuih Lompang1 biji (86 g)117
Kuih Lopes Pulut1 keping (83 g)168
Kuih Peneram1 biji (55 g)256
Kuih Seri Muka1 potong (99 g)192
Kuih Tepung Pelita1 biji (74 g)101
Kuih Talam Seri Kaya1 biji (122 g)182
Pulut Panggang1 biji (83 g)184
Putu Piring1 keping (32 g)75
Rempeyek1 keping (15 g)90
Tapai Pulut1 biji (80 g)134
Tepung Bungkus1 biji (85 g)238
Tumpi1 keping (13 g)69
Kuih Talam1 potong (50 g)82
Kuih Cara Berlauk1 ketul (30 g)70
Cucur Udang1 biji (54 g)144
Karipap1 biji (40 g)128
Karipap Mini1 biji (8 g)44
Kuih Pau Ayam1 biji (85 g)203
Kuih Pau Kacang Merah1 Biji (80 g)223
Kuih Apam1 biji (27 g)52
Kuih Apam Balik1 keping (115 g)282
Kuih Bawang1 keping (4 g)20
Kuih Kapit1 keping (4 g)17
Kuih Keria1 biji (38 g)90
Kuih Ketayap1 biji (65 g)140
Sandwic Sardin1 keping (28 g)71
Donat1 biji (75 g)268
Bingka Ubi Kayu1 potong (100 g)221
Cokodok Pisang1 biji (71 g)180
Cucur badak1 biji (29 g)73
Kuih Bangkit1 biji (3 g)13
Kuih Kacang1 biji (19 g)86
Popia Goreng1 biji (51 g)94

Rumusan

Badan manusia memerlukan kalori untuk terus hidup. Tanpa tenaga, sel dalam badan akan mati, jantung dan paru-paru akan berhenti berfungsi dan organ lain tidak dapat berfungsi.

Kalori yang kurang atau yang terlebih daripada jumlah yang diperlukan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Senarai kalori makanan di Malaysia ini boleh dijadikan rujukan asas untuk mengira kalori makanan harian anda.

Kemaskini terakhir pada 6 Disember 2020.

Rujukan

  • Tee ES, Mohd. Ismail N, Mohd Nasir A, Khatijah I. (1997). Nutrient Composition of Malaysian Food 4th Edition. Institute for Medical Research, Kuala Lumpur.
  • Suzara S, Noor Aini MY, Nik Shanita S, Rafidah G & Roslina A (2009). Atlas Makanan: Saiz Pertukaran & Porsi. MDC Publisher Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
  • FoodData Central. U.S. DEPARTMENT OF AGRICULTURE. [diakses pada 10 Disember 2019].

Langgan Surat Berita Kami

Dapatkan artikel-artikel terbaru kami secara mingguan terus ke peti mel anda.

You May Also Like

Cara Makan Vitamin C Dengan Betul (Dos dan Waktu Sesuai)

Vitamin C ialah vitamin yang paling lazim diambil sebagai suplemen. Oleh itu,…

9 Khasiat Madu Kelulut untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian

Madu kelulut ialah madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut. Madu ini mempunyai…

13 Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan Lelaki dan Wanita

Habbatus Sauda atau Jintan Hitam adalah biji daripada tumbuhan berbunga yang secara…