Kesihatan

Sakit Belakang Kepala: Punca dan Rawatan

Pinterest LinkedIn Tumblr

Sakit kepala boleh berlaku dibeberapa tempat. Salah satunya adalah sakit belakang kepala. Sakit kepala kadang kalanya boleh mengganggu aktiviti harian atau kerja. Adakalanya sakit ini hilang tanpa dirawat dan ada kalanya ia kekal agak lama.

Sakit kepala yang melibatkan sakit belakang kepala boleh disebabkan oleh beberapa punca. Puncanya boleh dikenalpasti dengan penglibatan simptom-simptom lain. Simptom-simptom ini termasuklah jenis-jenis kesakitan yang dialami dan lokasi lain yang turut sakit.

Punca sakit belakang kepala

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit di belakang kepala. Ada antaranya turut menyebabkan sakit pada bahagian lain atau disebabkan oleh sesuatu kejadian.

Berikut merupakan beberapa punca yang mungkin menjadi penyebab kepada kesakitan ini :

1. Sakit kepala artritis

Sakit kepala artritis adalah kesakitan di belakang kepala atau leher, ia akan menjadi semakin sakit apabila bergerak.

Kesakitan ini disebabkan oleh keradangan pada saluran darah di kepala atau bengkak di bahagian leher (artritis di bahagian tulang pertama, kedua atau ketiga tulang belakang) (1, 2).

Sakit ini boleh disebabkan oleh reumatoid artritis atau osteoartritis.

2. Posisi badan

Posisi badan ketika duduk, baring atau berdiri juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang kepala dan leher.

Anda mungkin merasakan sakit yang berdenyut di pangkal tengkorak anda.

3. Ketegangan

Ketegangan atau sakit kepala jenis ketegangan adalah antara punca yang menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang kepala dan leher. Kebiasaannya, ia menyebabkan kesakitan tumpul, menekan dan tidak berdenyut.

Ia boleh berlanjutan sehingga 7 hari atau lebih dan boleh juga berlaku sekejap sekitar 30 minit.

Sakit kepala jenis ketegangan ini boleh datang semasa anda tertekan, marah, lapar, kemurungan atau keletihan.

sakit belakang kepala

4. Sakit kepala tekanan rendah

Sakit kepala tekanan rendah ini turut dikenali sebagai spontaneous intracranial hypotension (SIH). Kesakitan ini berlaku apabila bendalir pada tulang belakang bocor dalam leher atau belakang. Kebocoran ini menyebabkan kusyen cecair tulang belakang di sekitar otak berkurangan.

Sakit dibelakang kepala dan leher adalah antara gejala kepada sakit ini dan bertambah sakit ketika anda berdiri atau duduk (3, 4).

Sakit kepala tekanan rendah kebiasaannya akan bertambah baik setelah anda berbaring sebentar (kira-kira setengah jam) (6).

5. Occipital neuralgia

Occipital neuralgia ialah keadaan yang berlaku apabila saraf dari saraf tunjang ke kulit kepala rosak atau cedera. Occupital neuralgia ini akan menyebabkan anda berasa sakit dibelakang kepala atau belakang telinga (5).

Mereka yang mengalami sakit ini akan merasakan rasa mencucuk-cucuk dan berdenyut di pangkal kepala hingga ke kulit kepala.

Tanda-tanda lain untuk sakit ini termasuklah kesakitan dibelakang mata, sensitif kepada cahaya, sakit ketika menggerakkan leher dan kulit kepala yang lembut.

6. Sakit kepala Cervicogenic

Sakit kepala jenis ini akan menyebabkan rasa sakit di belakang kepala walaupun hakikatnya ia berpunca dari leher. Ia dikenali sebagai sakit rujukan (7).

Sakit kepala jenis ini ialah sakit kepala jenis sekunder yang mana sakit ini menandakan masalah kesihatan yang lain seperti tulang patah, jangkitan, tumor atau reumatoid artritis.

7. Migrain

Sakit belakang kepala juga boleh berpunca daripada migrain. Ini kerana sakit akibat migrain selalunya bermula dari satu bahagian kepala. Kebiasaannya, bermula dari mata dan merebak ke belakang kepala (8).

Migrain menyebabkan rasa berdenyut-denyut di kepala dan turut menyebabkan loya,mata berair dan hidung berair.

Rawatan

Rawatan sakit belakang kepala ini lebih efektif sekiranya diketahui punca sebenar yang menyebabkan sakit itu.

Oleh itu, mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor adalah pilihan terbaik.

Walau bagaimanapun, terdapat juga ubat yang boleh beli di farmasi yang boleh melegakan sakit kepala seperti paracetamol (Panadol).

a. Merawat sakit kepala artritis

Sakit kepala artritis boleh dirawat dengan mendapatkan ubat antiradang atau ubat penenang otot.

b. Merawat sakit kepala akibat posisi badan

Rawatan pantas adalah dengan menggunakan ubat acetaminophen ini. Untuk jangka masa panjang, membetulkan posisi semasa duduk dan berdiri dapat mengatasi masalah ini. Contohnya seperti berdiri dan duduk dengan tegak.

Kerusi ergonomik juga boleh membantu dalam masalah ini.

c. Merawat ketegangan

Sakit kepala akibat ketegangan ini boleh dirawat dengan ubat pelega kesakitan sperti acetaminophen, ibuprofen atau aspirin.

Bagi sesetengah kes, doktor akan menetapkan ubat antidepresi yang juga akan bertindak sebagai “painkiller” (9).

d. Merawat sakit kepala tekanan rendah

Sakit ini kebiasaanya tidak berkesan jika dirawat dengan rawatan sakit kepala biasa.

Rawatan pesakit luar yang dipanggil tampalan darah epidura mungkin akan dilakukan oleh doktor dan kebiasaannya ia berkesan (6).

e. Merawat occipital neuralgia

Occipital neuralgia boleh dirawat dengan terapi fizikal, urutan atau terapi panas. Ubat antiradang dan perehat otot juga boleh membantu.

Sekiranya sakit ini kerap berlaku, doktor mungkin akan memberikan ubat antidepresi atau antiepilepsi untuk mengurangkan serangan (10).

f. Merawat sakit kepala Cervicogenic

Rawatan untuk sakit kepala cervicogenic termasuklah terapi fizikal, regangan lembut, suntikan epidura untuk radang, manipulasi kiropraktik dan pembedahan jika perlu (11).

g. Rawatan migrain

Bagi peringkat awal, migrain boleh diubati dengan ubat pelega kesakitan seperti acetaminophen, aspirin, ibuprofen dan naproxen (8).

Write A Comment