Sakit kepala merupakan antara kesakitan yang paling biasa dialami atau dilaporkan. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan kira-kira hampir separuh orang dewasa di seluruh dunia akan mengalami sakit kepala (paling minima sekali setahun).

Sakit kepala boleh menjadi tanda seseorang itu mengalami tekanan atau akibat kedukaan. Sakit ini juga boleh menjadi tanda kepada penyakit lain seperti migrain, tekanan darah tinggi, kemurungan dan kerisauan.

Terdapat beberapa jenis sakit kepala yang berbeza. Ia boleh dikelaskan kepada dua kategori utama iaitu primer atau sekunder. Artikel ini menerangkan 15 jenis-jenisnya.

Kategori Primer

1. Sakit kepala kelompok

Sakit kepala kelompok (cluster headache) akan menyebabkan kesakitan luar biasa disekitar mata dan menyebabkan gejala lain seperti hidung tersumbat dan mata berair.

Kesakitan ini kebiasaannya berlaku semasa tidur dan boleh berkekalan sehingga beberapa jam. 80 peratus penghidap sakit ini ialah lelaki antara umur 20 hingga 50 tahun.

Faktor yang menyumbang kepada sakit ini ialah pengambilan minuman keras atau arak dan merokok secara berlebihan.

Rawatan yang efektif untuk merawat simptom ini ialah seperti terapi oksigen, sumatriptan atau ubat pelega kesakitan.

2. Migrain

Migrain akan menyebabkan rasa berdenyut-denyut dalam kepala. Bagi migrain yang kronik, ia boleh berpanjangan sehingga 15 hari selama lebih 3 bulan.

Migrain akan menyebabkan rasa berdenyut-denyut dan kebiasaannya pada satu bahagian kepala sahaja. Mereka yang menghidap migrain turut sensitif terhadap cahaya dan bunyi.

Migrain boleh dicetuskan oleh dehidrasi, tidak makan, gangguan tidur, terdedah kepada bahan kimia, makanan, dan hormon yang tidak stabil.

Ubat pencegahan migrain dapat menambah baik kualiti hidup dan produktiviti. Antara ubat pencegahan yang boleh didapati ialah:

  • propranolol (Inderal)
  • metoprolol (Toprol)
  • topiramaye (Topamax)
  • amitriptyline

3. Sakit kepala tegangan

Sakit kepala tegangan (tension headache) akan mengakibatkan rasa sakit dikeseluruhan kepala. Sakit ini tidak menyebabkan rasa berdenyut.

Ia juga boleh menyebabkan rasa lembut atau sensitif disekitar leher, dahi, kulit kepala atau otot bahu.

Ubat yang boleh diperolehi dari farmasi seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen boleh digunakan untuk merawat sakit ini.

4. Sakit kepala lapar

Sakit ini berlaku sebelum waktu makan. Ia disebabkan oleh tegangan otot, kadar gula dalam darah yang rendah, pengembangan melantun salur darah, terlebih tidur atau terlepas makan.

Budaya melangkau waktu makan dan diet yang kuat atau ketat boleh turut menyumbang kepada sakit ini.

Sakit ini boleh dirawat atau dicegah dengan pengambilan makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat kompleks yang secukupnya.

sakit kepala

Kategori Sekunder

5. Sakit kepala hipertensi

Sakit jenis ini disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Sakit ini menjadi petanda bahawa tekanan darah berapa pada paras berbahaya.

Gejala atau simptom bagi sakit ini mengakibatkan kesakitan dikedua-dua belah kepala dan kebiasaannya teruk pada sebelah pagi. Ia akan berkurang sepanjang hari.

Anda juga mungkin mengalami rasa kebas dan semut-semut, perubahan pada penglihatan, sakit dada, sukar bernafas dan hidung berdarah.

Sekiranya anda mengalami sakit ini, sila dapatkan rawatan dengan segera.

6. Sakit kepala artritis

Sakit kepala jenis ini mengakibatkan rasa sakit dibelakang kepala atau leher. Sakit ini akan menjadi lebih kuat sekiranya bergerak.

Ini disebabkan oleh keradangan pada salur darah di kepala atau perubahan tulang pada bahagian struktur tulang leher.

Sakit ini boleh dirawat menggunakan ubat antiradang dan pelega otot.

7. Sakit kepala alahan

Sakit kepala jenis ini disebabkan oleh alahan seperti alahan kepada debunga, kulapuk atau kulat. Alahan kepada makanan kebiasaannya bukanlah faktor kepada sakit ini.

Gejala atau simptom yang boleh dikenalpasti ialah sakit kepala biasa, hidung tersumbat dan mata berair.

Rawatan seperti ubat antihistamin, spray hidung (nasal cortisone-related spray) atau suntikan desensitisasi juga boleh diambil.

8. Sakit kepala hormon

Sakit kepala hormon selalunya melibatkan wanita yang berkait dengan hormon yang turun naik.

Haid, pil perancang dan mengandung adalah antara beberapa faktor yang menyumbang kepada sakit ini. Sekiranya ia berkaitan dengan kitaran haid, ia juga dikenali sebagai migrain haid.

Ubat pelega kesakitan seperti naproxen boleh diambil untuk melegakan atau mengawal sakit ini.

9. Sakit kepala kafein

Kafein boleh memberi kesan kepada aliran darah ke otak kita. Mengambil kafein terlalu banyak boleh membawa kepada sakit kepala.

Sakit yang berdenyut-denyut adalah antara simptom daripada sakit ini. Mereka yang selalu mendapat migrain juga berisiko mendapat sakit ini.

Bagi mereka yang menjadikan rutin untuk mengambil kafein setiap hari akan mengalami sakit kepala ini sekiranya tidak mendapat kafein pada hari tersebut.

Hal ini kerana, kafein akan mengubah kimia otak anda dan tidak mengambilnya akan menyebabkan sakit ini.

Rawatan bagi sakit ini ialah sama ada mengambil kafein pada kadar yang munasabah secara stabil atau tinggalkan terus minuman atau makanan berkafein.

10. Sakit kepala pantulan

Sakit jenis ini disebabkan oleh terlebih guna ubat-ubatan. Ia akan menyebabkan rasa sakit yang tumpul, tegangan atau mungkin rasa sakit yang kuat seperti migrain.

Anda mudah terdedah kepada sakit ini sekiranya kerapkali menggunakan ubat pelega kesakitan dari farmasi atau kedai ubat.

Sakit jenis ini kebiasaannya berlaku setelah anda mengambil ubat seperti aspriin, ibuprofen, dan naproxen selama lebih 15 hari dalam sebulan.

Cara mengatasinya adalah dengan menghentikan penggunaan ubat ini.

11. Sakit kepala pasca-trauma

Sakit jenis ini boleh berlaku selepas anda mengalami sebarang kecederaan di kepala. Rasanya seperti migrain atau sakit kepala jenis tegangan dan boleh berkekalan selepas 6 hingga 12 bulan kecederaan berlaku.

Ubat-ubatan yang dipreskrib seperti triptans, sumatripan dan amitriptyline boleh membantu mengawal sakit ini.

12. Sakit kepala sinus

Sakit ini akan menyebabkan kesakitan dibahagian hidung dan biasanya semakin teruk. Kesakitan ini juga boleh disebabkan oleh jangkitan akut biasanya turut menyebabkan demam.

Sakit kepala sinus adalah jarang berlaku.

Sakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik, dekongestan atau pembedahan saluran jika perlu.

Bila Perlu Berjumpa Doktor

Kebiasaannya, sakit kepala yang berepisod ini akan hilang atau lega dalam masa 48 jam. Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang melebihi 2 hari dan semakin teruk, sila dapatkan rawatan daripada doktor.

Sakit yang berlanjutan selama lebih 15 hari dalam masa sebulan juga menunjukkan anda mungkin mengalami sakit kepala yang kronik. Sila dapatkan rawatan daripada doktor untuk mengetahui penyebabnya.

Write A Comment