Kudis buta atau dalam bahasa inggerisnya Scabies adalah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh kutu yang dikenali sebagai Sarcoptes scabiei. Kegatalan pada kulit ini berlaku di kawasan korekan kutu ini.

Kutu ini boleh tinggal di atas kulit kita berbulan lamanya dan mengorek lubang pada kulit untuk bertelur. Keadaan ini menyebabkan kegatalan dan ruam merah pada kulit.

Kudis buta sangat mudah untuk berjangkit dan tersebar hanya dengan sentuhan. Oleh itu, sekiranya salah seorang dalam ahli keluarga tersebut terkena dengan kudis buta, ahli keluarga yang lain juga berpotesi untuk dijangkiti.

Senario yang sama juga boleh berlaku di tempat jagaan kanak-kanak, sekolah, dan juga penjara.

Serangan kudis ini juga boleh merebak melalui perkongsian pakaian atau tempat tidur .

Gejala-gejala Kudis Buta

Ia boleh mengambil masa sehingga 6 minggu untuk gejala-gejala ini muncul setelah terdedah kepada kudis ini.

Tanda dan gejala yang paling jelas bagi kudis buta ini adalah :

  • Gatal-gatal (selalunya teruk terutamanya pada waktu malam).
  • Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (kesan korekkan kutu).
  • Calar-calar akibat kesan menggaru
  • Bintak merah seperti ruam

Kawasan yang biasa dijangkiti oleh kudis buta dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa adalah:

  • Celah-celah jari
  • ketiak
  • sekeliling pinggang
  • bahagian dalam pergelangan tangan
  • kawasan kemaluan
  • siku
  • kaki dan buku lali
  • punggung
  • kawasan pusat
  • kawasan payudara

Bagi bayi atau kanak-kanak kecil yang diserang kudis ini, kawasan serangan termasuklah:

  • kulit kepala
  • tapak tangan
  • tapak kaki
kudis buta
Kredit imej: webmd.com

Rawatan

Rawatan untuk kudis buta kebiasaannya melibatkan krim atau losyen yang disapu pada kulit.

Selalunya, doktor akan akan arahkan ubat-ubat ini disapu pada waktu malam (bermula waktu maghrib) iaitu waktu kutu Scabicides ini aktif.

Losyen atau ubat-ubat ini harus disapu keseluruh badan bermula dari bawah dagu hingga ke hujung jari-jari kaki. Pastikan kawasan-kawasan yang terlibat termasuklah celah-celah jari, bawah kuku, dan kemaluan turut disapu ubat ini.

Ubat-ubatan ini harus dibiarkan semalam sebelum dibilas keesokkan paginya.

Antara ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk merawat kudis ini adalah:

Rawatan menggunakan ubat-ubatan ini harus diambil untuk 1 hingga 3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.

Pakaian dan cadar pula harus dibasuh dengan air panas untuk membunuh kutu ini sekiranya terlekat dipakaian atau cadar.

Rawatan Semulajadi atau Rawatan Dirumah

1) Minyak atau Sabun Neem

Minyak, sabun atau krim daripada pokok Neem boleh menjadi rawatan alternatif kepada kudis ini.

Komponen aktif dalam pokok Neem ini didapati boleh membunuh kutu Scabicides ini dalam ujian makmal (1).

2) Minyak tea tree

Minyak tea tree atau turut dikenali sebagai minyak Melaleuca adalah antara ubat sapuan yang boleh digunakan untuk merawat kudis buta.

Satu kajian menunjukkan minyak tea tree adalah pilihan yang menarik untuk merawat kudis buta terutamanya bagi kes-kes yang tidak pulih melalui rawatan biasa. Minyak tea tree mempunyai sifat antibakteria, antiradang, acaricidal (boleh membunuh kutu) dan antipruritik (boleh menghilangkan gatal-gatal) (2).

3) Aloe Vera

Aloe Vera atau lidah buaya ini mempunyai keupayaan untuk meredakan gatal-gatal dan membunuh kutu Scabicides.

Kajian pada tahun 2009 menunjukkan aloe vera mempunyai keupayaan yang sama seperti ubat benzyl benzoate dalam merawat kudis buta (3).

Peringatan!

Sesetengah ubat atau rawatan tradisional boleh mendatangkan kesan sampingan seperti rasa pedih pada kulit, kemerahan atau bengkak. Walaupun ia bersifat sementara, namun mungkin akan mendatangkan ketidakselesaan.

Write A Comment