Rawatan

Ketahui Penyebab Jerawat Tumbuh Pada Bahagian Muka

Pinterest LinkedIn Tumblr

Adakah jerawat yang tumbuh berulangan pada tempat yang sama membawa makna sesuatu? Menurut perubatan tradisional Cina dan India, ia mungkin membawa makna tertentu, namun tidak disokong oleh kajian sains. Oleh itu, kami kongsikan penyebab jerawat tumbuh pada bahagian-bahagian muka berdasarkan sains.

Penyebab jerawat ini boleh dikelaskan mengikut peta muka berdasarkan bukti dan sains. Mengetahui penyebab jerawat tumbuh boleh membantu kita mencegah dan mengubati jerawat yang tumbuh seterusnya mengelakkan muka dipenuhi parut jerawat.

Jerawat tumbuh dibahagian pipi

penyebab jerawat tumbuh

Sila cuci sarung bantal dan bersihkan telefon anda!

Membawa telefon ke dalam tandas adalah antara amalan yang sangat tidak bersih. Mereka yang membawa telefon ke dalam tandas menyebabkan penyebaran bakteria dan kotoran pada telefon mereka.

Menurut pakar kebersihan, walaupun mereka yang memasuki tandas mengatakan bahawa mereka membasuh tangan mereka dengan sabun selepas membuang air.

Namun, 92% telefon dan 82% daripada tangan mereka mengandungi bakteria. Lebih membimbangkan, 16% daripada tangan dan telefon didapati mengandungi bakteria E.Coli yang berasal daripada najis.

Setiap kali anda menggunakan telefon anda, anda berpotensi menyebarkan bakteria ini di bahagian kulit muka anda. Seterusnya menyebabkan jerawat. Jerawat yang berulangan pada sebelah pipi anda mungkin disebabkan oleh dua faktor ini.

Selalu bersihkan telefon dan menukar sarung bantal sekali seminggu mungkin boleh mengurang atau mencegah masalah jerawat ini.

Jerawat didagu dan rahang

jerawat tumbuh dirahang

Pertumbuhan jerawat pada bahagian ini mungkin disebabkan oleh hormon yang tidak stabil. Ia juga menunjukkan berlakunya gangguan pada sistem endokrin anda.

Akibatnya, berlaku lebihan hormon androgen yang merangsang pundi minyak secara berlebihan dan menyumbat liang-liang roma. Seterusnya menyebabkan jerawat.

Ketidakseimbangan hormon juga boleh disebabkan oleh diet. Walau bagaimanpun, kajian mendapati perkaitannya adalah lemah.

Sebaliknya, ada pengkaji yang percaya kesihatan dalam perut atau usus boleh menyebabkan jerawat.

Jerawat pada dahi dan hidung

jerawat tumbuh didahi dan hidung

Kajian dalam kalangan remaja di Singapura mendapati tekanan (stres) tidak memberi kesan kepada penghasilan minyak tetapi boleh menyebabkan jerawat semakin serius.

Kajian lain juga turut mendapati mereka yang bangun tidur dalam keadaan letih juga adalah lebih senang mempunyai jerawat.

Maka, ia menunjukkan stres dan gangguan tidur boleh menyebabkan jerawat. Oleh itu, mendapatkan tidur yang berkualiti serta menguruskan tekanan dengan baik boleh mengurangkan pembentukan jerawat.

Jerawat di garis rambut

jerawat digaris rambut

Jerawat yang tumbuh disekitar garis rambut di bahagian dahi berpunca daripada produk rambut seperti minyak rambut. Jerawat ini juga digelar sebagai “jerawat pomade“.

Bahan dalam produk rambut ini menghalang minyak semulajadi atau sebum daripada keluar. Akhirnya menyebabkan liang tersumbat dan membentuk jerawat.

Sekiranya anda mendapati, jerawat kerap tumbuh di kawasan ini, hentikan penggunaan pomade atau produk rambut tersebut.

Write A Comment