Rawatan

Cara Merawat Cacar Air Dan Pencegahannya

Pinterest LinkedIn Tumblr

Cacar air atau dalam bahasa inggerisnya Chickenpox dan turut dikenali sebagai varicella. Cacar air disebabkan oleh virus varicella-zoster. Penyakit ini sangat mudah berjangkit kepada mereka yang tidak pernah terkena penyakit ini atau mereka yang tidak pernah divaksin.

Penyakit ini menunjukkan penurunan selepas vaksin kepada virus ini diperkenalkan pada 1970an (1).

Virus ini boleh merebak melalui air liur, batuk, bersin dan sentuhan dengan bendalir yang keluar dari lepuh campak itu.

cacar air
Sumber imej: Centers for Disease Control and Prevention ,USA.

Tanda atau Simptom

Ruam dan lepuh yang gatal disebabkan oleh cacar air akan kelihatan 10 hari hingga 21 hari selepas terdedah kepada virus ini. Kebiasaannya ia berterusan selama 5 hingga 10 hari (2).

Tanda dan simptom yang boleh dilihat sehari atau dua hari sebelum ruam kelihatan termasuklah:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Kepenatan dan rasa tidak sihat
  • Hilang selera makan

Apabila ruam ini telah kelihatan, ruam ini akan melalui tiga fasa iaitu:

  • Timbul bintik-bintik merah dan merah jambu diseluruh badan.
  • Bintik-bintik ini akan akan menjadi lepuh yang berair dan pecah.
  • Lepuh ini akan menjadi kering dan berkeruping dan akan mula sembuh.

Rawatan cacar air

Kebiasaannya bagi kanak-kanak yang sihat, cacar air tidak memerlukan rawatan perubatan. Doktor mungkin menentukan ubat antihistamin bagi melegakan gatal-gatal.

Cacar air ini akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan kebiasaannya tiada komplikasi.

Namun, sekiranya individu tersebut berpotensi mendapat komplikasi, doktor akan memberikan ubat untuk memendekkan jangka masa jangkitan dan mengurangkan risiko komplikasi.

Ubat antiviral seperti acyclovir (Zovirax, Sitavig) atau ubat lain yang dipanggil immuno globulin mungkin disarankan oleh doktor (3, 4).

Ubat ini amat berkesan jika diberikan dalam masa 24 jam selepas ruam pertama kali kelihatan.

Individu dewasa juga boleh mendapat kebaikan daripada rawatan antiviral ini terutamanya bagi mereka yang kurang sistem daya tahan. Contohnya seperti orang tua, pesakit diabetes, penghidap HIV dan AIDS.

Pencegahan

Cacar air boleh dicegah menggunakan vaksin. Bagi kanak-kanak, 2 dos vaksin varicella diberikan. Satu dos diberikan semasa umur 12 hingga 15 bulan dan satu dos lagi diberikan pada umur 4 hingga 6 tahun.

Bagi kanak-kanak yang lebih berumur dan orang dewasa yang tidak pernah divaksin atau terdedah kepada penyakit ini boleh mendapatkan dos vaksin ini.

Menjauhi mereka yang menghidap cacar air juga merupakan antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan. Walaupun mungkin sukar kerana penyakit ini sukar untuk dikenalpasti sehingga ia sudah boleh berjangkit kepada orang lain.

Write A Comment