Rawatan

Cara Hilangkan Jeragat (Rawatan Dirumah)

Pinterest LinkedIn Tumblr

Sebelum kita mengetahui cara hilangkan jeragat, harus difahami dahulu apa itu jeragat dan bagaimana jeragat ini boleh berlaku.

Jeragat ialah bintik yang berwarna coklat yang muncul di atas kulit. Jeragat ini terdiri daripada kumpulan sel kulit yang mengandungi pigmen melanin. Ia adalah kesan daripada penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat tidak menyebabkan kesakitan atau berbahaya.

Jeragat ini berlaku akibat daripada terdedah kepada sinaran matahari dan berkemungkinan juga disebabkan oleh genetik (1).

cara hilangkan jeragat

Berikut dikongsikan beberapa cara hilangkan jeragat yang boleh dilakukan dirumah:

1. Krim sapuan retinoid

Krim retinoid ialah krim yang mengandungi vitamin A. Krim ini digunakan untuk membaiki kulit yang rosak akibat terdedah dengan sinaran matahari dan memudarkan jeragat.

Menurut kajian pada tahun 2014 , retinoid boleh melindungi kulit dengan menyerap sinaran ultraviolet B. Ini boleh mencegah terbentuknya jeragat yang baru (2).

Walau bagaimanapun, kesan sampingan yang mungkin dialami oleh sesetengah orang terhadap penggunaan krim ini termasuklah kemerahan, kekeringan kulit, kulit mengelupas dan iritasi pada kulit.

2. Produk perlindung matahari

Produk perlindung matahari 30 SPF ke atas dapat melindungi kulit anda daripada sinaran matahari. Produk ini tidak boleh menghilangkan jeragat yang lama tetapi dapat mencegah terbentuk jeragat yang baru.

Sapukan perlindung matahari ini 15 minit sebelum keluar ke kawasan yang panas atau terdedah cahaya matahari.

3. Buah lemon

Buah lemon mengandungi asid askorbik.

Asid askorbik mempunyai banyak khasiatnya termasuklah mempunyai ciri-ciri antimelanogenic yang bermanfaat untuk merawat hiperpigmentasi (penghasilan melanin yang berlebihan) (3).

Sapukan jus lemon menggunakan kapas pada kawasan jeragat. Bilas kawasan tersebut selepas 15-20 minit.

4. Aloe Vera (Lidah Buaya)

Aloe Vera sangat terkenal dengan kebaikannya dalam merawat masalah kulit seperti jerawat, parut jerawat dan juga untuk hilangkan jeragat.

Aloe Vera mengandungi komponen yang dikenali sebagai Aloesin. Aloesin didapati berkesan untuk mengurangkan pigmentasi kulit (4).

Sapukan gel yang diambil daripada daun Aloe Vera di kawasan jeragat. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air.

5. Madu asli

Madu asli juga mengandungi sebatian bioaktif yang boleh menghalang aktiviti tirosinase iaitu proses yang melibatkan pembentukan melanin. Madu asli juga turut mengandungi asid askorbik yang boleh merawat hiperpigmentasi (5).

Maka, madu asli boleh mengurangkan atau memudarkan jeragat.

Sapukan madu dikawasan jeragat. Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air. Madu ini juga boleh dicampur dengan jus lemon.

6. Yogurt

Yogurt mengandungi asid laktik.

Asid laktik ini boleh mencegah aktiviti tirosinase, mengurangkan hiperpigmentasi dan mengekang penghasilan melanin (6).

Ini boleh membantu mengurangkan jeragat.

Sapukan yogurt pada kawasan jeragat dan biarkan selama beberapa minit (15-20 minit). Kemudian bilas dengan air.

7. Kulit pisang

Kulit pisang mempunyai mengandungi sebatian bioaktif seperti beta-karotin dan asid ferulik yang boleh menyerap sinaran ultraviolet B dan mencegah penghasilan melanin. Ini menjadikannya sebagai salah satu pilihan rawatan untuk masalah hiperpigmentasi seperti jeragat (7).

Gunakan kulit pisang yang masak. Sapukan pada kawasan jeragat dan biarkan beberapa minit. Kemudian, bersihkan dengan air.

8. Pek muka daripada buah

Petua seterusnya untuk hilangkan jeragat ialah dengan membuat pek muka dengan buah-buahan.

Bagi kaedah ini, anda memerlukan 2 biji strawberi, 1 hirisan tebal buah betik, separuh timun batang, dan satu hirisan tebal buah nanas.

Kisar kesemua bahan-bahan (buah) ini sehingga lumat untuk dijadikan pes.

Sapukan pes ini pada muka anda dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas muka anda. Ulang pemakaian pes ini sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Kaedah ini akan perlahan-lahan menghilangkan jeragat dalam beberapa minggu.

9. Susu mentega dan oat

Anda boleh terus memakai susu mentega ini pada kulit muka. Biarkan selama 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.

Susu mentega ini juga boleh dibuat topeng atau “masker” dengan mencampurkannya dengan oat.

Susu mentega mengandungi asid laktik yang boleh membantu memudarkan jeragat.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Jeragat bukannya satu penyakit atau kanser kulit. Cuma kehadirannya mungkin menganggu penampilan atau mengurangkan keyakinan seseorang itu.

Namun, sekiranya anda dapati jeragat anda berubah dari segi saiz, warna atau bentuk, silalah bertemu dengan doktor atau pakar kulit untuk mengetahui punca atau sebab perkara tersebut berlaku.

Peringatan

Sekiranya anda mendapat tindak balas atau kesan sampingan akibat menggunakan rawatan dirumah ini, hentikan penggunaannya segera.

Mereka yang mempunyai kulit sensitif juga tidak digalakkan menggunakan kaedah menggunakan buah lemon (jus lemon).

Write A Comment