Rawatan

6 Rawatan Dirumah Atasi Senggugut atau Period Pain

Pinterest LinkedIn Tumblr

Senggugut atau period pain ialah keadaan tidak selesa di bahagian perut, pinggang dan paha ketika haid.

Kekejangan, sedikit rasa sakit dan tidak selesa semasa haid adalah normal. Namun, sakit yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu tidak hadir ke sekolah atau kerja adalah tidak normal.

Sukar untuk mengetahui punca sebenar yang menyebabkan kesakitan semasa haid. Sesetengah orang mempunyai risiko mendapat kesakitan lebih daripada individu yang lain.

Beberapa risiko yang mempunyai perkaitan dengan kesakitan yang teruk semasa haid ialah:

  • merokok
  • mempunyai sejarah keluarga yang mengalami senggugut teruk
  • mengalami pendarahan yang banyak semasa haid
  • haid yang tidak teratur
  • tidak pernah memiliki anak/bayi
  • berumur bawah 20 tahun
  • baligh sebelum umur 11 tahun

Hormon yang dikenali sebagai prostaglandin dipercayai menjadi salah satu penyebab senggugut. Ini kerana hormon ini mencetuskan pengucupan otot di dalam rahim semasa haid. Pengucupan ini menyebabkan kesakitan dan radang.

Berikut ialah beberapa rawatan yang boleh dilakukan di rumah yang mungkin boleh mengatasi masalah senggugut ini:

1. Mengambil ubat farmasi

Ubat jenis bukan steroid ialah ubat yang boleh didapati di farmasi untuk menghilangkan sakit senggugut atau pendarahan haid melampau. Antara ubat jenis ini ialah ibuprofen dan naproxen.

Ubat jenis ini dapat menolong mengurangkan penghasilan hormon prostaglandin. Hormon prostaglandin dipercayai menjadi punca kepada kesakitan pada bahagian rahim (perut) ini (1).

rawatan untuk mengatasi senggugut

2. Menuam dengan tuala panas atau haba

Menuam dengan tuala panas atau suam pada bahagian perut dan pinggang boleh melegakan kesakitan.

Kajian yang dijalankan terhadap 147 orang wanita berusia 18 hingga 30 tahun yang mengalami senggugut mendapati pelekat panas bersuhu 40°C adalah efektif seperti ubat ibuprofen (2).

Sekiranya anda tidak mempunyai botol untuk air panas atau pad pemanas, gunakan tuala suam atau panas.

3. Menghindari sesetengah makanan

Semasa haid, cuba elakkan makanan yang boleh mengakibatkan kembung dan penahanan air. Antaranya ialah:

  • makanan masin
  • makanan bergoreng
  • minuman berkarbonat
  • kafein
  • alkohol

Menghindari atau mengurangkan makanan-makanan ini boleh mengurangkan kekejangan dan ketegangan.

4. Ambil ubat herba semulajadi yang mengandungi halia

Ubat herba semulajadi yang mengandungi halia boleh mengurangkan senggugut.

Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap 168 remaja perempuan berumur 18-26 tahun yang mengalami senggugut didapati pengambilan kapsul 200mg halia dapat mengurangkan kesakitan senggugut (4).

Satu kajian klinikal yang dijalankan dari September 2006 hingga Februari 2007 yang melibatkan 150 pelajar perempuan mendapati pengambilan kapsul halia 250mg empat kali sehari turut dapat melegakan senggugut (5).

5. Mengurut

Mengurut kira-kira selama 20 minit dapat membantu mengurangkan senggugut.

Terapi dengan mengurut untuk senggugut melibatkan titik-titik tertentu pada badan seperti bahagian abdomen dan juga kaki.

Tonton video dibawah untuk mendapatkan cara-cara mencari titik yang betul untuk mengurangkan kesakitan akibat senggugut.

6. Berendam dalam tub mandi

Berendam dalam tub mandi yang mengandungi air suam juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan otot pelvis.

Tambah beberapa titis minyak pati (essential oil) ke dalam air dalam tub mandi juga boleh membantu melegakan kesakitan. Minyak pati seperti lavender, mawar , marjoram dan clary sage boleh membantu kelegaan (6).

Cuba berendam dalam air suam itu sekurang-kurangnya selama 15 minit untuk merasai kesannya.

Kesimpulan

Senggugut pada asasnya adalah perkara biasa yang akan dialami oleh setiap wanita. Namun, kesakitan yang melampau ini kadang kala boleh menganggu rutin harian anda.

Rawatan-rawatan dirumah atau alternatif ini boleh membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

Walau bagaimanapun, sekiranya kesakitan itu terlampau teruk dan tiada perubahan selepas beberapa hari, anda dinasihatkan mendapatkan rawatan daripada doktor.

Write A Comment