JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan Badan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025

    12 Tanda Tak Tolerans Gluten Yang Anda Perlu Tahu

    09/03/2025
  • Kesihatan Badan
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025

    Petua Menghilangkan Dengkur: 12 Cara Mudah

    21/04/2025
  • Berita
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025

    Produk PS 21 Capsule Mengandungi Racun

    07/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Kesihatan Badan»Prostat Bengkak yang Bukan Kanser: Lelaki Wajib Tahu!
Kesihatan Badan

Prostat Bengkak yang Bukan Kanser: Lelaki Wajib Tahu!

By Iskandar Zulkarnain, MSc06/11/2024Updated:18/09/2025

Prostat ialah kelenjar bersaiz walnut yang terletak di bawah pundi kencing lelaki. Prostat ini berfungsi untuk menghasilkan cecair untuk air mani. Prostat bengkak boleh disebabkan oleh 3 keadaan iaitu kanser, prostatitis atau hiperplasia prostat benigna (BPH).

Manakala, prostat bengkak yang bukan kanser pula hanya terbahagi kepada dua keadaan sahaja iaitu prostatitis dan hiperplasia prostat benigna (BPH).

Artikel kali ini akan berkongsi mengenai hiperplasia prostat benigna (BPH).

prostat bengkak-Hiperplasia prostat benigna

Hiperplasia Prostat Benigna (BPH)

Hiperplasia prostat benigna atau dalam bahasa Inggerisnya Benign prostatic hyperplasia (BPH) ialah pembesaran atau pembengkakan kelenjar prostat. Keadaan ini berlaku apabila sel-sel kelenjar prostat mula berganda.

Pembengkakan ini akan menghimpit salur kencing dan menyebabkan kesukaran untuk kencing.

BPH ini bukanlah kanser dan ia tidak akan merebak. Namun, ia tetap akan menganggu kualiti hidup seseorang itu.

Golongan lelaki dewasa berumur 60 tahun ke atas adalah golongan yang berisiko untuk terkena BPH ini.

Punca BPH

Punca sebenar yang menyebabkan hiperplasia prostat benigna tidak difahami dengan sepenuhnya.

Tetapi ahli perubatan percaya pembesaran prostat ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon seks yang berlaku selari dengan penuaan.

Terdapat beberapa faktor risiko yang meningkatkan risiko berlakunya pembesaran prostat ini. Antaranya:

i) Peningkatan usia

Pembesaran kelenjar prostat ini selalunya berlaku kepada lelaki yang berusia 60 tahun ke atas. Lelaki berusia 80 tahun ke atas lebih ramai mengalami simptom-simptom BPH ini.

ii) Sejarah keluarga

Sekiranya terdapat ahli keluarga seperti ayah atau abang mengalami masalah prostat ini, anda juga berisiko tinggi untuk turut terkena.

iii) Penyakit kencing manis dan jantung

Dua penyakit kronik ini meningkatkan risiko anda terkena BPH .

iv) Obesiti

Obesiti juga meningkatkan risiko BPH dan bersenam boleh mengurangkan risiko terkena penyakit ini.

Simptom-simptom BPH

Simptom-simptom prostat bengkak ini berbeza-beza mengikut individu. Tetapi yang pastinya simptom ini akan bertambah teruk dari semasa ke semasa.

Simptom-simptom yang biasa berlaku bagi pesakit BPH ialah seperti berikut:

  • Tidak tertahan hendak kencing
  • Kerap kencing pada waktu malam
  • Sukar untuk mula kencing
  • Aliran kencing tidak lancar, tersekat-sekat dan perlahan.
  • Kencing tidak lawas

Simptom-simptom yang jarang berlaku:

  • Darah dalam air kencing
  • Jangkitan pada salur kencing
  • Tidak boleh kencing

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom ini, dapatkan rawatan segera. Simptom-simptom ini boleh dirawat.

Bagaimana Untuk Mengetahui Anda Menghidap BPH? (Diagnosa)

Sewaktu mendapatkan rawatan, doktor biasanya akan bermula dengan pemeriksaan fizikal dan bertanya mengenai sejarah perubatan anda.

Kebiasaannya, beberapa ujian berikut mungkin dilaksanakan:

  • Ujian air kencing. Analisis akan dijalankan terhadap air kencing anda untuk memastikan simptom-simptom yang terjadi tidak disebabkan oleh masalah lain.
  • Pemeriksaan rektal digital atau pemeriksaan rektal (DRE). Doktor akan memasukkan jari ke dalam rektum untuk memeriksaan pembesaran prostat.
  • Ujian darah PSA. Darah akan diambil untuk dibuat ujian PSA iaitu prostate-specific antigen. PSA ini dihasilkan oleh kelenjar prostat. Jika paras PSA ini tinggi, ia bermakna kelenjar prostat anda bengkak atau membesar.
  • Rectal Ultrasound. Probe dimasukkan ke dalam rektum untuk mengesan masalah prostat. Corak gema yang terhasil oleh alat ini akan membantu mengesan masalah prostat yang berlaku.

Gabungan ujian darah PSA, ultrasound dan DRE meningkatkan keupayaan pengesanan pembengkakan prostat.

Beberapa ujian lain yang mungkin turut dijalankan termasuklah:

  • Ujian Aliran Air Kencing. Ujian ini melibatkan pesakit kencing ke dalam satu alat pengukuran untuk mengukur kelajuan air kencung. Aliran yang perlahan biasanya menandakan berlakunya pembengkakan prostat.
  • Biopsi prostat. Kaedah ini melibatkan pengambilan tisu prostat. Tisu ini akan diperiksa untuk mengetahui sama ada simptom yang terjadi melibatkan kanser prostat atau tidak.
  • Sistoskopi (cystoscopy). Kaedah ini melibatkan pengunaan alat sistoskop yang dimasukkan ke dalam salur kencing bagi membolehkan doktor melihat keadaan salur kencing dan pundi kencing pesakit.

Rawatan BPH

Rawatan bagi pembengkakan prostat merangkumi ubat-ubatan, rawatan pesakit luar dan pembedahan.

Rawatan yang diberikan berbeza-beza bagi setiap individu bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  • Usia
  • Kesihatan keseluruhan
  • Saiz prostat
  • Keterukan simptom yang berlaku

Bagi kes-kes ringan, pembengkakan prostat mungkin tidak memerlukan rawatan dan boleh sembuh dengan sendirinya.

1. Ubat-ubatan

Ubat-ubatan biasanya diberikan untuk merawat simptom-simptom prostat bengkak yang ringan hingga sederhana. Antara pilihan rawatan ubat-ubatan adalah:

  • Alpha blocker
  • 5-alpha reductase inhibitors
  • Alpha blocker + 5-alpha reductase inhibitors
  • Phosphodiesterase-5 inhibitors: Tadafil (Cialis)

2. Rawatan Pesakit Luar

Rawatan pesakit luar melibatkan prosedur memasukkan alat ke dalam salur kencing dan kelenjar prostat. Antaranya:

  • Transurethral needle ablation (TUNA): Gelombang wadio digunakan untuk membakar dan mengecutkan tisu prostat.
  • Transurethral microwave thermotherapy (TUMT): Tenaga gelombang mikro digunakan untuk menghapuskan tisu prostat.
  • High-intensity focused ultrasound (HIFU): Tenaga sonik digunakan untuk menghapuskan lebihan tisu prostat.
  • Transurethral electrovaporization: Tenaga elektrik digunakan untuk mengewap tisu prostat. Kesan pengewapan ini akan menutup salur darah di kawasan dirawat dan mengurangkan risiko pendarahan.
  • Water-induced thermotherapy (WIT): Air yang dipanaskan digunakan untuk memusnahkan lebihan tisu prostat.
  • Prostatic stent insertion: Alat yang dipanggil sten prostat yang bertindak seperti spring dimasukkan melalui saluran kencing ke kawasan yang menjadi sempit akibat pembengkakan prostat. Alat ini akan menolak kembali tisu prostat dan meluaskan salur kencing tersebut.

3. Pembedahan

Pembedahan melibatkan pembuangan bahagian kelenjar prostat yang membengkak. Ini adalah pilihan penyelesaian terbaik untuk jangka panjang buat pesakit BPH.

Biasanya pembedahan disarankan oleh doktor pakar apabila ubat dan rawatan pesakit luar tidak lagi berkesan, simptom-simptom bertambah teruk dan berlakunya komplikasi.

Antara prosedur pembedahan bagi pembengkakan prostat adalah:

  • Transurethral resection of the prostate (TURP): Prosedur ini melibatkan tiub dimasukkan melalui salur kencing ke kelenjar prostat. Pakar bedah akan membuang tisu yang menyebabkan penyumbatan secara sedikit demi sedikit.
  • Pembedahan laser: Prosedur ini menggunakan fiber laser untuk menyejat dan mengecutkan tisu prostat yang menyebabkan penyumbatan.
  • Pembedahan terbuka: Prosedur ini melibatkan turisan dari luar untuk sampai ke prostat. Keseluruhan atau sebahagian prostat akan dibuang melalui prosedur ini. Prosedur ini biasanya dilakukan sekiranya pembengkakan prostat terlalu besar, berlakunya komplikasi atau pundi kencing rosak.
  • Transurethral incision of the prostate (TUIP): Prosedur ini hampir sama dengan TURP. Perbezaannya ialah tisu prostat tidak dibuang sebaliknya dituris kecil dilakukan pada prostat untuk membesarkan bukaan pundi kencing dan salur kencing.

Komplikasi

Komplikasi akibat daripada rawatan mungkin berlaku bagi mereka yang telah lama mengalami hiperplasia prostat benigna. Antara komplikasi yang boleh terjadi ialah:

  • Jangkitan pada salur kencing
  • Ketidakupayaan mengawal kencing
  • Masalah kencing
  • Pendarahan
  • Disfungsi seksual

Langkah-langkah Pencegahan

Berdasarkan kajian epidomologi, diet mungkin memainkan peranan dalam insiden atau pembentukan penyakit berkaitan prostat.

Makanan yang tinggi dengan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, likopena dan zink turut boleh melindungi anda daripada hiperplasia prostat benigna.

Terdapat juga makanan yang baik untuk kesihatan prostat seperti biji labu, Saw palmetto, kulit pokok Pygeum dan pokok stinging nettle.

Banyak kajian yang dijalankan terhadap makanan atau herba ini yang menunjukkan kesan positif terhadap masalah pembengkakan prostat dan salur kencing.

Secara ringkasnya, perubahan dari segi gaya hidup dan pemakanan berkemungkinan besar boleh mencegah penyakit hiperplasia prostat benigna ini.

Perbezaan BPH vs Kanser Prostat

Perbezaan paling ketara antara BPH dan kanser prostat ialah BPH tidak merebak seperti kanser prostat.

Kedua-dua penyakit ini berkongsi simptom yang sama. Oleh itu, amatlah penting untuk mendapatkan pemeriksaan sekiranya anda menyedari akan simptom-simptom BPH atau kanser prostat ini.

Rumusan

Prostat bengkak atau hiperplasia prostat benigna ini tidak semestinya terus memerlukan rawatan perubatan.

Bagi kes-kes yang ringan, doktor mungkin hanya mencadangkan pemantauan berkala bagi memantau simptom dan saiz prostat anda.

Hiperplasia prostat benigna (BPH) boleh dirawat dan terdapat pelbagai rawatan yang boleh dilakukan untuk merawat simptom yang berlaku.

Gaya hidup aktif dan penjagaan makanan boleh menyumbang kepada langkah pencegahan daripada berlakunya penyakit ini dan mengekalkan kesihatan prostat anda.

Rujukan
  • Simon, H.B. 2014. Prostate Enlargement (Benign Prostatic Hyperplasia). National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases.
  • Cicero, A., et al. (2019). Nutraceutical treatment and prevention of benign prostatic hyperplasia and prostate cancer. Archivio italiano di urologia, andrologia : organo ufficiale [di] Societa italiana di ecografia urologica e nefrologica.
  • Mayo Clinic Staff. 2019. Benign prostatic hyperplasia (BPH). Mayo Clinic.
  • Espinosa G. (2013). Nutrition and benign prostatic hyperplasia. Current opinion in urology.
  • Verneda Lights. (2018). What Do You Want to Know About Enlarged Prostate? Healthline.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

Produk PS 21 Capsule Mengandungi Racun

07/06/2025

10 Makanan Rendah Kalori Tetapi Mengenyangkan

01/11/2024

Keperluan Kalori Harian dan Fungsi Kalori

12/08/2025

Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

30/08/2025

Artikel Terkini

Khasiat Pucuk Ubi Kayu (+Bahaya Yang Wujud)

By JiwaSihat12/10/2025

Makanan yang Boleh Membantu untuk Melawan Kemurungan

By JiwaSihat11/10/2025

Khasiat Jambu Air untuk Kesihatan (Menurut Kajian)

By JiwaSihat10/10/2025
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.