JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2024

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025
  • Kesihatan & Kecergasan

    10 Senaman Kardio yang Boleh Dilakukan Dirumah

    20/10/2024
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025
  • Berita
    pencemaran acrylamide dan glycidol di dalam biskut

    Isu Pencemaran Acrylamide dan Glycidol Dalam Biskut

    28/10/2024
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Berita»Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun
Berita

Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

By JiwaSihatUpdated:09/08/2025

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NRPA) hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa notifikasi produk kosmetik Skin Revolution-Acne Clearing Solution telah dibatalkan berikutan dikesan mengandungi racun berjadual iaitu clindamycin dan metronidazole.

Oleh itu, produk ini tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. Orang ramai disarankan agar mengelak daripada membeli atau menggunakan produk ini.

Maklumat Ringkas Produk Skin Revolution -Acne Clearing Solution

Nama Produk (No. Pendaftaran/Notifikasi)Syarikat/Pemegang PendaftaranRacun Berjadual
Skin Revolution-Acne Clearing Solution (NOT210504209K)Franevyns Beaute International Sdn Bhdclindamycin & metronidazole
produk skin revolution-acne clearing solution mengandungi racun berjadual

Apa itu Clindamycin dan Metronidazole?

Clindamycin adalah antibiotik yang digunakan untuk merawat jangkitan bakteria tertentu termasuklah jangkitan di kulit, darah, paru-paru, organ peranakan wanita dan organ dalaman.

Ubat antibiotik ini akan bertindak melambatkan atau mencegah pertumbuhan bakteria. Clindamycin adalah dari kelas ubat antibiotik yang dikenali sebagai lincomycin.

Penggunaan antibiotik jenis ini tanpa pengawalan ahli profesional kesihatan boleh meningkatkan risiko kesan sampingan kepada penggunanya.

Antara kesan sampingan yang boleh berlaku akibat penggunaan clindamycin tanpa kawalan adalah:

  • Loya
  • Muntah-muntah
  • Sakit sendi
  • Sakit semasa menelan
  • Pedih ulu hati
  • Cirit-birit berdarah
  • Sakit perut
  • Gatal pada vagina atau lelehan vagina
  • Rasa seperti logam dalam mulut

Metronidazole juga merupakan ubat antibiotik yang digunakan untuk merawat jangkitan bakteria dan parasit tertentu.

Biasanya metronidazole ini digunakan untuk merawat jangkitan bakteria pada vagina, perut, hati, kulit, sendi, otak, paru-paru, jantung, salur darah dan saraf tunjang.

Antara kesan sampingan yang boleh disebabkan oleh metronidazole adalah:

  • Pening
  • Sakit kepala
  • Sakit perut
  • Loya
  • Muntah-muntah
  • Hilang selera makan
  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Rasa seperti logam dalam mulut
  • Sawan

Apa yang membimbangkan adalah sekiranya antibiotik ini (clindamycin dan metronidazole) digunakan semasa ia tidak diperlukan, keadaan ini boleh menyebabkan ubat ini tidak lagi berkesan apabila berlaku jangkitan pada masa hadapan (kerintangan antibiotik).

Selain itu, penggunaan antibiotik tanpa kawalan juga boleh meningkatkan risiko pertumbuhan bakteria berbahaya di dalam usus.

Peringatan Kepada Orang Awam

Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual ini dinasihatkan untuk berhenti menggunakannya.

Sekiranya mengalami kesan sampingan atau ketidakselesaan, sila dapatkan rawatan daripada doktor atau profesional kesihatan .

Orang awam disarankan untuk menyemak status sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA (www.npra.gov.my) atau menggunakan aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun di Google Play Store.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

10 Cara Turunkan Paras Gula Dalam Darah Yang Mudah

25/01/2025
suplemen

Suplemen Yang Perlu Dielakkan Semasa Mengandung

12/12/2024

Khasiat Ikan Patin Yang Anda Perlu Tahu

05/06/2025

10 Khasiat Daun Parsley Yang Menarik Yang Anda Perlu Tahu

23/11/2024

Artikel Terkini

Khasiat Minyak Pati Lavender (Manfaatkan 5 Khasiat Ini)

By JiwaSihat18/01/2025

Minum Susu Sebelum Tidur, Adakah Baik? Ini Dapatan Kajian

By JiwaSihat17/01/2025

Khasiat Sacha Inchi: Ini Yang Anda Perlu Tahu

By JiwaSihat13/01/2025
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • JiwaSihat
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.