JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan Badan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025

    12 Tanda Tak Tolerans Gluten Yang Anda Perlu Tahu

    09/03/2025
  • Kesihatan Badan
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025

    Petua Menghilangkan Dengkur: 12 Cara Mudah

    21/04/2025
  • Berita
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025

    Produk PS 21 Capsule Mengandungi Racun

    07/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Berita»Produk Kosmetik Terbaru Mengandungi Racun 4 Mei 2021
Berita

Produk Kosmetik Terbaru Mengandungi Racun 4 Mei 2021

By JiwaSihat04/05/2025Updated:19/09/2025

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyenaraikan beberapa produk kosmetik terbaru yang didapati mengandungi racun berjadual.

Orang ramai disarankan agar mengelak daripada membeli atau berhenti menggunakan produk-produk kosmetik ini.

Antara produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual adalah:

  • Deeja Cosmetic Laila Cream
  • Deeja Yulai Cream
  • Deluxe Beauty – Ultra Lightening Cream Pearl Perfect Fairness

Produk Deeja Cosmetic Laila Cream ini mengandungi merkuri dan betamethasone 17-valerate. Produk Deeja Yulai Cream mengandungi racun berjadual hidrokuinon. Manakala produk Deluxe Beauty ini pula mengandungi racun berjadual merkuri.

Ketiga-tiga produk ini telah dibatalkan dan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

produk kosmetik mengandungi racun berjadual

Bahaya Racun Berjadual Kepada Kesihatan

Hidrokuinon

Hidrokuinon ialah agen pemutih kulit yang asalnya digunakan untuk melentur kulit bagi merawat mereka yang mengalami masalah hiperpigmentasi.

Namun begitu, bahan ini boleh mendatangkan kesan sampingan terutamanya kepada mereka yang memiliki kulit kering dan sensitif. Oleh itu, penggunaannya haruslah dibawah pemantauan ahli profesional kesihatan.

Antara kesan sampingan yang boleh berlaku adalah:

  • kemerahan pada kulit
  • ketidakselesaan
  • perubahan warna kulit
  • kulit menjadi terlebih sensitif
  • boleh menghalang proses pigmentasi yang seterusnya mendedahkan kulit kepada sinaran UV yang berbahaya. Kesannya boleh menyebabkan kanser kulit

Dalam kes-kes tertentu, hidrokuinon boleh menyebabkan okronosis eksogen iaitu penyakit kulit yang menyebabkan pengumpulan pigmen kebiruaan pada wajah akibat penggunaan produk kosmetik yang mengandungi bahan ini pada jangka masa yang lama.

Betamethasone 17-Valerate

Betamethasone 17-Valerate juga adalah ubat yang harus berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ubat ini pada asalnya digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit, namun penggunaannya harus dibawah pemantauan ahli profesional kesihatan kerana boleh mendatangkan kesan sampingan.

Kesan sampingan yang boleh berlaku pada awal pemakaian ubat ini adalah:

  • Rasa gatal-gatal
  • Rasa tidak selesa
  • Kemerahan pada kulit
  • Kulit menjadi kering
  • Rasa seperti terbakar
  • Rasa menyengat

Kesan sampingan yang lebih teruk boleh juga terjadi seperti:

  • Kulit menjadi nipis
  • Tumbuh jerawat
  • Tumbuh bulu yang tidak diingini
  • Tanda regangan (stretch mark)
  • Folikulitis (keradangan pada folikel rambut atau bulu)
  • Memburukkan lagi jangkitan kulit

Ubat ini juga boleh menyerap ke dalam kulit dan masuk ke dalam salur darah jika digunakan pada jangka masa yang lama yang seterusnya menyebabkan kesan sampingan yang lebih serius.

Merkuri

Merkuri adalah bahan yang dilarang untuk digunakan dalam produk kosmetik.

Merkuri boleh mendatangkan pelbagai mudarat kepada kesihatan. Merkuri ini boleh meresap masuk ke dalam badan dan merosakkan buah pinggang dan sistem saraf.

Merkuri ini bukan sahaja berbahaya kepada penggunanya tetapi turut berbahaya kepada orang sekeliling atau orang yang terdekat dengan pengguna produk yang mengandungi merkuri ini.

Wanita mengandung, bayi baru lahir atau kanak-kanak adalah golongan yang paling berisiko mengalami ketoksikan merkuri. Merkuri boleh membahayakan perkembangan otak dan sistem saraf bayi.

Sekiranya ibu yang menyusukan anak menggunakan produk mengandungi merkuri ini, bahan ini boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

Merkuri juga boleh menyebabkan iritasi, ruam atau perubahan pada kulit.

Peringatan Kepada Orang Awam

Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual ini dinasihatkan untuk berhenti menggunakannya.

Sekiranya mengalami kesan sampingan atau ketidakselesaan, sila dapatkan rawatan daripada doktor atau profesional kesihatan .

Orang awam disarankan untuk menyemak status sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA (www.npra.gov.my) atau menggunakan aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun di Google Play Store.

Rujukan
  • Tan, Sukmawati & Singgih, Rendy & Wu, Vivian. (2020). Prevalence of Exogenous Okronosis Due to the Use of Whitening Cream Containing Hydroquinone from January 2014 - January 2019. Jurnal Kesehatan Andalas.
  • WebMD. Betamethasone Valerate Topical.
  • U.S. Food & Drug (FDA). Mercury Poisoning Linked to Skin Products.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

10 Tanda Anda Kekurangan Fosforus & Rawatannya

23/07/2025

Khasiat Jambu Air untuk Kesihatan (Menurut Kajian)

10/10/2025
klinik gigi

8 Petua Hilangkan Sakit Gigi Bongsu Yang Mudah

21/11/2024

6 Makanan Menguatkan Tenaga Batin Wanita

17/12/2024

Artikel Terkini

Khasiat Pucuk Ubi Kayu (+Bahaya Yang Wujud)

By JiwaSihat12/10/2025

Makanan yang Boleh Membantu untuk Melawan Kemurungan

By JiwaSihat11/10/2025

Khasiat Jambu Air untuk Kesihatan (Menurut Kajian)

By JiwaSihat10/10/2025
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.