• Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2025

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2025

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2025

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2024

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2025

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2025

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2025

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2025

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2025
  • Berita

    Tiada Kicap Soya Mengandungi Sulfur Dioksida di Malaysia

    12/09/2025

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2025

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2025

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2025

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Laman Utama > Kesihatan & Kecergasan > Penyakit Tibi (TB): Punca, Tanda dan Rawatannya
Kesihatan & Kecergasan

Penyakit Tibi (TB): Punca, Tanda dan Rawatannya

By Iskandar Zulkarnain, MScUpdated:18/09/20255 Mins Read

Penyakit Tibi (TB) atau nama penuhnya Tuberkulosis ialah penyakit berjangkit yang menyerang paru-paru manusia. Menurut World Health Organization (WHO), penyakit ini menjadi pembunuh kepada 1.5 juta penduduk dunia pada tahun 2018 dan merupakan penyakit ditangga ke-10 penyebab kematian di dunia.

Di Malaysia, penyakit ini mencatatkan rekod kedua tertinggi bagi penyakit berjangkit. Pada tahun 2018, sebanyak 25 837 kes penyakit tibi telah dilaporkan dan mengakibatkan kematian seramai 2 184 orang.

Penyakit Tibi turut juga dikenali sebagai batuk kering. Penyakit ini boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat. Namun, sekiranya dirawat penyakit ini boleh disembuhkan.

Apakah Punca Penyakit Tibi?

Penyakit Tibi (Tuberkulosis) adalah disebabkan oleh bakteria Tibi iaitu Mycobacterium tuberculosis.

Jangkitan berlaku apabila seseorang itu tersedut udara mengandungi kuman Tibi yang dihembus oleh seseorang pesakit Tibi. Titisan air yang dihembus keluar melalui bersin atau bercakap mengandungi kuman Tibi boleh menjadi ejen penyebaran.

Mereka yang menghidap penyakit Tibi boleh menjangkiti orang lain melalui:

  • bersin
  • batuk
  • bercakap
  • menyanyi
  • ketawa
  • meludah

Bagi individu yang mempunyai sistem imun yang berfungsi dengan baik, kemungkinan besar mereka tidak akan mengalami gejala Tibi walaupun mereka dijangkiti dengan bakteria ini.

Keadaan ini dikenali sebagai jangkitan Tibi tidak aktif atau terpendam.

Apakah Tanda-tanda Jangkitan Tibi?

Bagi jangkitan bakteria Tibi yang tidak aktif dan terpendam, penyakit jenis ini akan kekal tidak aktif untuk beberapa tahun sebelum membentuk penyakit Tibi yang aktif. Oleh itu, golongan ini masih memerlukan rawatan bagi mengelakkan penyebaran penyakit ini.

Penyakit Tibi yang aktif akan menunjukkan beberapa tanda atau gejala yang kebiasaannya melibatkan sistem pernafasan.

Tanda-tanda atau gejala penyakit Tibi adalah:

  • Demam
  • Batuk melebihi 2 minggu
  • Batuk berdarah
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Kahak berdarah
  • Sakit dada apabila batuk atau tarik nafas panjang
  • Cepat letih atau lemah badan
  • Hilang selera makan
  • Turun berat badan
  • Rasa seram sejuk

Selain menjangkiti paru-paru, penyakit ini turut boleh menjangkiti organ-organ lain seperti buah pinggang, tulang belakang, tulang sum-sum dan otak.

Tanda dan gejala akan berbeza-beza mengikut bahagian organ mana yang dijangkiti. Sebagai contoh, tuberkulosis pada buah pinggang akan menyebabkan kencing berdarah.

Penyakit ini boleh membawa kematian sekiranya pesakit yang dijangkiti tidak mengambil serius akan penyakit ini dan tidak menjalani rawatan yang ditetapkan.

penyakit tb
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Rawatan Penyakit Tibi

Pesakit yang dipercayai mempunyai tanda-tanda jangkitan Tibi akan didiagnosa melalui beberapa kaedah seperti ujian kulit, ujian darah, sinaran x-ray pada dada dan beberapa ujian lain.

Rawatan untuk penyakit ini adalah selama 6 bulan (minimum). Pada 2 bulan pertama adalah fasa intensif dan 4 bulan berikutnya adalah fasa sambungan.

Kedua-dua fasa ini memerlukan rawatan dibawah pengawasan dimana setiap pengambilan ubat Tibi adalah dibawah penyeliaan dan perlu direkodkan.

Bagi tempoh rawatan Tibi pada tulang pula memerlukan tempoh rawatan dari 8 bulan sehingga 9 bulan. Manakala Tibi pada otak pula memerlukan tempoh rawatan sehingga setahun.

Pesakit mesti menjalani rawatan sehingga sempurna atau selesai. Sekiranya pesakit mengingkari jadual atau rejim rawatan yang telah ditetapkan, besar kemungkinan kuman Tibi ini akan menghasilkan daya tahan terhadap ubat yang diberikan.

Maka, pesakit memerlukan ubat yang lebih kuat dan masa rawatan yang lebih lama untuk pulih.

Sekiranya pesakit terus ingkar dan mengelak dari jadual rawatan, pesakit mungkin akan mati akibat penyakit Tibi ini atau menjadi sumber jangkitan kuman Tuberkulosis ini dalam kalangan ahli keluarga.

Kebiasaanya doktor akan menetapkan beberapa jenis ubat untuk pesakit Tibi yang aktif, antaranya ialah:

  • isoniazid
  • ethambutol
  • pyrazinamide
  • rifampicin
  • rifapentine

Ubat-ubatan ini mempunyai kesan sampingan kepada pemakannya, jadi bagi pesakit yang mengambil ubat Tibi ini harus peka terhadap gejala kecederaan hati seperti:

  • hilang selera makan
  • air kencing berwarna kuning gelap
  • demam lebih tiga hari
  • muntah atau loya yang teruk
  • kulit dan mata menjadi kuning
  • sakit perut yang teruk
  • mengantuk
  • keliru
  • sakit di bahagian atas kanan perut

Maklumkan segera kepada doktor sekiranya anda mengalami mana-mana gejala di atas.

Siapa Yang Berisiko?

Anda hanya berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini jika mempunyai sentuhan atau hubungan rapat dengan penghidap penyakit Tibi. Contohnya, ahli keluarga yang tinggal bersama atau rakan kerja sepejabat.

Terdapat beberapa keadaan lain yang meningkatkan risiko terkena penyakit ini, antaranya adalah:

  • Tinggal atau melancong ke negara-negara berisiko seperti Amerika Latin, Eropah Timur, Afrika, Rusia, Asia dan kepulauan Caribbean.
  • Anda terlibat, berkerja atau tinggal bersama dengan golongan yang berisiko tinggi seperti penghidap HIV, banduan dalam penjara, gelandangan atau penagih dadah.
  • Anda adalah kakitangan kesihatan bagi pesakit Tibi.
  • Anda adalah perokok.
  • Anda adalah peminum arak tegar. Arak melemahkan sistem imun badan dan meningkatkan risiko terkena penyakit Tuberkulosis ini.

Langkah Pencegahan

Bagi rakyat Malaysia, pengambilan vaksin bacillus Calmette-Guerin (BCG) semasa kanak-kanak adalah salah satu langkah pencegahan terhadap penyakit Tibi bagi golongan ini

Beberapa langkah lain yang boleh diambil bagi mencegah penyakit ini adalah:

  • Sekiranya anda menghidap penyakit Tibi tidak aktif, dapat rawatan dan ubat untuk mengelakkan penyakit ini menjadi aktif.
  • Hadkan sentuhan atau hubungan dengan orang-orang disekeliling ketika di rumah, tempat kerja atau sekolah sekiranya anda menghidap penyakit ini.
  • Pakai pelitup muka semasa berada di kawasan awam atau ketika bersama orang lain terutamanya semasa minggu pertama rawatan (bagi pesakit Tibi).
  • Tutup mulut ketika bersin, batuk dan ketawa (bagi penyakit Tibi).
  • Sekiranya anda melancong ke negara-negara yang berisiko tinggi, elakkan meluangkan masa terlalu lama di kawasan yang padat dengan orang ramai.

Rujukan
  • WHO. Tuberculosis. [4 Disember 2019]
  • Mayo Clinic Staff. 2019. Tuberculosis. MayoClinic [4 Disember 2019]
  • MedlinePlus. Tuberculosis. [4 Disember 2019]
  • Anitha Ramadas. 2015. Penyakit Batuk Kering (Tuberculosis) dan Ubat. http://www.myhealth.gov.my/tuberculosis-tb-and-medicines/ [ 4 Disember 2019]
  • Mayo Clinic Staff. 2017. Acute liver failure. MayoClinic [4 Disember 2019]
  • Paul Boyce. 2019. Tuberculosis (TB). [8 Jun 2025]

[spoiler title=”Rujukan”]

[/spoiler]

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Kenapa Gigi Rosak Akibat Makan Gula? Ini Penjelasannya

27/09/2025

6 Khasiat Minyak Bawang Putih (Rupanya Baik Untuk Kulit!)

25/09/2025

Senarai Kalori Buah-buahan dan Sayur-sayuran Di Malaysia

23/09/2025
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.