Kesihatan

Pembedahan Lasik: Apa yang Anda Perlu Tahu

Pinterest LinkedIn Tumblr

Pembedahan LASIK adalah pembedahan pembiasan laser bagi membetulkan masalah penglihatan. Perkataan LASIK adalah ringkasan kepada “Laser-assisted in situ keratomileusis.”

Pembedahan LASIK adalah pilihan alternatif kepada kaca mata atau kanta lekap. Mereka yang menjalani pembedahan ini berpotensi untuk mendapat penglihatan yang baik sekitar 20/25 atau lebih.

Pada permulaan pembedahan LASIK ini, sistem mata pisau yang dikenali sebagai microkeratomes digunakan untuk membuat flap sebelum laser Excimer digunakan untuk membentuk kembali kornea mata.

Perkembangan teknologi telah menghasilkan teknologi laser Femtosecond. Teknologi ini dikenali sebagai Femto-LASIK. Teknologi ini tidak lagi menggunakan mata pisau untuk membuat flap. Laser ini digunakan untuk membuat flap kornea ini. Kaedah ini lebih efektif berbanding kaedah mekanikal menggunakan microkeratomes (1, 2).

pembedahan lasik

Masalah penglihatan yang boleh dibetulkan

Pembedahan LASIK boleh membetulkan masalah penglihatan seperti berikut:

  • Rabun jauh (Miopia): Rabun yang menyebabkan anda boleh melihat objek dekat dengan jelas tetapi kabur ketika melihat objek jauh.
  • Rabun dekat (Hiperopia): Rabun yang menyebabkan anda melihat objek jauh dengan jelas tetapi kabur bagi objek dekat.
  • Keastigmaan (astigmatism): Kerosakan penglihatan yang menyebabkan pembentukan imej yang herot akibat daripda kerosakan kanta mata.

Risiko yang berkaitan

Terdapat juga komplikasi akibat daripada pembedahan ini namun kebanyakkannya boleh diatasi dengan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh doktor yang mengendalikan pembedahan ini.

Komplikasi ini akan hilang selepas beberapa minggu atau bulan selepas pembedahan (3).

  1. Mata kering: Pembedahan ini akan menyebabkan pengurangan penghasilan air mata secara sementara. Mata akan berasa kering semasa dalam proses pemulihan. Doktor mungkin akan menyarankan penggunaan ubat titis mata untuk masalah mata kering ini.
  2. Silau dan penglihatan berganda: Anda akan mengalami kesukaran untuk melihat pada waktu malam (mungkin sehingga beberapa hari atau minggu). Anda juga mungkin akan lebih sensitif terhadap cahaya, silau dan penglihatan berganda.
  3. Keastigmaan: Keastigmaan akan berlaku sekiranya tiu yang dibuang adalah tidak sekata.
  4. Masalah flap: menterbalik atau membuang flap daripada hadapanmata semasa pembedahan boleh menyebabkan komplikasi seperti jangkitan dan air mata berlebihan.
  5. Undercorrections: Keadaan ini terjadi apabila laser membuang terlalu sikit tisu dari mata anda, anda tidak akan mendapat penglihatan yang jelas seperti yang diharapkan.
  6. Overcorrections: Keadaan ini terjadi sekiranya laser membuang tisu terlalu banyak daripada mata.

Risiko yang jarang berlaku

  1. Regresi: Regresi berlaku apabila penglihatan perlahan-lahan berubah kembali kepada asal.
  2. Hilang penglihatan: Jarang berlaku. Pembedahan yang mengakibatkan hilang penglihatan.

Persediaan yang perlu

Sebelum menjalani pembedahan ini, beberapa perkara yang anda perlu tahu adalah seperti berikut:

  • Kos pembedahan: Sila dapatkan maklumat seperti kos pembedahan dan kos-kos yang terlibat sebelum menjalani pembedahan ini. Kebiasaannya, pembedahan LASIK dianggap pembedahan elektif, maka banyak syarikat insurans tidak menampung kos pembedahan tersebut.
  • Jangan memakai alat solek di mata: Jangan pakai persolekan, krim, losyen atau perfum sehari sebelum dan pada hari pembedahan. Ini bertujuan untuk menyingkirkan bendasing di bahagian mata dan mengelakkan jangkitan.
  • Dapatkan peneman: Pastikan ada peneman yang menemani anda untuk membawa anda pulang. Kemungkinan selepas pembedahan, kesan ubat masih dirasai dan penglihatan akan sedikit kabur.

Tidak disarankan kepada

Pembedahan ini tidak disarankan kepada mereka yang mengalami masalah-masalah seperti berikut:

  • Penyakit mata
  • Mengandung atau menyusu bayi
  • Masih mempunyai penglihatan yang masih baik keseluruhannya
  • Mempunyai rabun jauh yang tidak teruk
  • Mempunyai anak mata yang besar dan kornea yang nipis
  • Terlibat dengan sukan yang melibatkan sentuhan yang mungkin menyebabkan pelanggaran dimuka.

Dapatkan konsultasi daripada doktor sebelum anda menjalani pembedahan ini.

Write A Comment