• Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang
    • Minuman & Manisan
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Sayur-sayuran
    • Serat Diet
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Petua
    • Rawatan
  • Hubungi Kami
Twitter Pinterest YouTube
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang
    • Minuman & Manisan
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Sayur-sayuran
    • Serat Diet
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2021

    12 Tanda Tak Tolerans Gluten Yang Anda Perlu Tahu

    09/03/2021

    Alahan Kafein: Punca, Simptom dan Rawatan

    15/02/2021

    Alahan Ubat: Punca, Simptom dan Rawatan

    13/02/2021

    8 Jenis Alahan Makanan Yang Lazim Berlaku

    25/12/2020
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Petua
    • Rawatan
  • Hubungi Kami
JiwaSihat
Home»Penyakit»Peluh Berlebihan (Hiperhidrosis): Ketahui Punca & Rawatan
Penyakit

Peluh Berlebihan (Hiperhidrosis): Ketahui Punca & Rawatan

Iskandar Zulkarnain, MScBy Iskandar Zulkarnain, MSc02/06/2020Updated:28/02/20215 Mins Read
Kongsi
Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

Berpeluh itu normal. Tetapi jika peluh berlebihan mungkin menanda satu masalah kesihatan. Peluh berlebihan turut dikenali sebagai hiperhidrosis. Hiperhidrosis ini adalah peluh berlebihan yang tidak normal dan kadang kala tidak berkaitan dengan aktiviti fizikal atau cuaca panas.

Masalah peluh berlebihan ini boleh membawa kepada gangguan emosi dan aktiviti harian. Penghidapnya akan hilang keyakinan diri dan malu untuk bergaul dengan orang lain.

Terdapat beberapa rawatan yang boleh merawat peluh berlebihan (hiperhidrosis) ini.

peluh berlebihan (hiperhidrosis)

Jenis dan Punca Peluh Berlebihan

Peluh adalah proses semulajadi badan apabila berada di kawasan yang panas atau melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan. Namun, dengan masalah hiperhidrosis seseorang itu berpeluh dengan banyak dan kadang kalanya tanpa sebab.

Punca atau penyebab masalah ini bergantung kepada jenis hiperhidrosis yang dihidapi.

Hiperhidrosis Primer

Bagi jenis atau kategori hiperhidrosis ini, saraf yang bertanggungjawab untuk menghantar isyarat kepada kelenjar peluh menjadi terlebih aktif. Walaupun, anda tidak melakukan aktiviti fizikal atau berada di kawasan bercuaca panas.

Masalah ini akan menjadi lebih teruk apabila anda menghadapi tekanan (stres) atau gementar. Kawasan yang biasanya berpeluh adalah tapak tangan, muka, tapak kaki dan juga ketiak.

Hiperhidrosis jenis ini biasanya bermula sejak kanak-kanak lagi dan majoritinya mungkin disebabkan keturunan.

Hiperhidrosis Sekunder

Hiperhidrosis sekunder pula adalah peluh yang disebabkan oleh masalah kesihatan atau kesan sampingan ubat. Hiperhidrosis jenis ini jarang berlaku. Kategori ini akan menyebabkan peluh diseluruh badan.

Antara masalah kesihatan yang menyebabkan peluh ini adalah:

  • Diabetes (kencing manis)
  • Masalah tiriod
  • Gula darah rendah
  • Serangan jantung
  • Beberapa jenis kanser
  • Masalah sistem saraf
  • Putus haid (Menopaus)
  • Obesiti
  • Penyakit Tibi
  • HIV
  • Penyakit Parkinson

Adakah Anda Menghidapi Hiperhidrosis? Kenali simptomnya

Beberapa simptom atau gejala yang boleh dikaitkan dengan hiperhidrosis adalah seperti berikut:

  • Peluh berlebihan yang berlaku sekurang-kurangnya sekali seminggu.
  • Peluh yang berlaku dikedua-dua belah badan (Contohnya, tapak tangan kanan dan kiri).
  • Tidak berpeluh semasa tidur.
  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap hiperhidrosis.
  • Peluh yang sehingga menganggu aktiviti harian seperti kerja.
  • Peluh berlebihan yang berlaku sekurang-kurangnya selama 6 bulan tanpa sebab yang munasabah.

Simptom-simptom ini boleh menjadi petanda kepada masalah hiperhidrosis primer. Untuk pengesahan atau diagnosa yang lebih tepat, dapatkan rawatan daripada doktor.

Sekiranya anda berpeluh secara berlebihan di seluruh badan atau hanya pada sebelah anggota badan sahaja, kemungkinan besar ia melibatkan hiperhidrosis sekunder.

Dapatkan rawatan daripada doktor dengan segera kerana ia boleh berkait rapat dengan masalah kesihatan yang lain.

Rawatan Hiperhidrosis

Rawatan bagi masalah atau penyakit ini akan bergantung kepada diagnosa yang dilakukan oleh doktor. Ini kerana peluh berlebihan boleh juga disebabkan oleh masalah kesihatan lain (hiperhidrosis sekunder) seperti gula dalam darah yang rendah atau tiriod yang terlebih aktif.

Beberapa rawatan khusus yang melibatkan ubat preskripsi dan pembedahan adalah seperti berikut:

1. Ubat antipeluh preskripsi

Ubat antipeluh dengan kandungan aluminium klorida ini akan dipreskrib oleh doktor. Selalunya dipakai sebelum tidur dan dicuci selepas bangun tidur.

Kesan sampingan: Iritasi pada kulit dan mata.

2. Krim atau ubat preskripsi

Krim atau ubat yang dipreskripsi seperti ubat anticholinergic yang mengandungi glycopyrrolate boleh membantu dalam masalah hiperhidrosis dengan menghalang acetylcholine daripada bekerja.

Acetylcholine ialah bahan kimia yang dihasilkan dalam badan untuk merangsang kelenjar peluh.

Kesan sampingan: Mulut kering, kabur penglihatan, pening dan sembelit.

3. Botulinum Toxin (Botox)

Suntikan botox juga boleh digunakan untuk merawat hiperhidrosis. Botulinum toxin ini akan menghalang saraf yang merangsang kelenjar peluh.

Kaedah ini memerlukan beberapa kali suntikan.

4. Ubat antikemurungan

Sesetengah ubat antikemurungan boleh digunakan untuk mengurangkan peluh.

5. Iontophoresis

Kaedah ini menggunakan tenaga elektrik dan air paip untuk mengurangkan aktiviti kelenjar peluh. Setiap sesi adalah selama 10-20 minit bagi setiap 2 atau 3 hari. Seterusnya, rawatan susulan boleh dijalankan setiap 2 minggu.

Kesan sampingan: Rasa semut-semut dan iritasi pada kulit.

6. Terapi gelombang mikro

Terapi ini menggunakan gelombang mikro untuk memusnahkan kelenjar peluh. Terapi ini memerlukan beberapa sesi rawatan untuk kesan yang optimum.

Kesan sampingan: Rasa sensasi pada kulit dan rasa tidak selesa.

7. Terapi laser

Terapi laser ini digunakan untuk memusnahkan kelenjar peluh. Terapi ini efektif dan pantas.

Kesan sampingan: Bengkak dan lecuh.

8. Pembedahan Saraf

Kaedah ini ialah pilihan terakhir sekiranya semua rawatan lain gagal da selepas berunding dengan pakar bedah.

Pembedahan yang dikenali sebagai simpatektomi ini akan memusnahkan sebahagian daripada bekalan saraf kepada kelenjar peluh di kulit.

Kesan sampingan: Kompensasi peluh yang banyak di bahagian bawah dada, belakang badan, perut, paha dan kaki.

Rawatan Di Rumah

Bagi masalah peluh berlebihan yang tidak kronik, rawatan di rumah mungkin boleh mengatasi masalah ini. Antara beberapa rawatan di rumah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  • Ubat antipeluh belian kaunter: ubat jenis mengandungi sebatian berasaskan aluminium yang boleh menghalang liang peluh buat seketika.
  • Ubat astringen belian kaunter: sapu ubat ini dikawasan terjejas. Produk ini mengandungi asid tanik atau zink klorida.
  • Memakai pakaian yang longgar dan tidak ketat.
  • Memakai stokin yang diperbuat daripada kapas dan ditukar setiap hari.
  • Memakai kasut yang membenarkan pengudaraan pada kaki.
  • Kerap mandi untuk menyingkirkan bakteria dari badan.

Sokongan Sosial

Masalah peluh berlebihan atau hiperhidrosis ini boleh menyebabkan masalah pergaulan, keyakinan diri, rasa malu dan kemorosotan prestasi. Terdapat kajian yang dijalankan mendapati mereka yang menghidap hiperhidrosis mengalami kemorosotan dari segi pekerjaan, emosi dan fizikal.

Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan sokongan moral daripada orang terdekat atau daripada kaunselor bagi mengelakkan anda terus terus tertekan.

Masyarakat juga berperanan penting untuk memberi sokongan moral kepada penghidap hiperhidrosis ini disamping memahami masalah yang mereka hadapi.

Rujukan

  • Mayo Clinic Staff. 2017. Hyperhidrosis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hyperhidrosis/diagnosis-treatment/drc-20367173 [2 jun 2020]
  • W, Todd. Feldman, S.R, & Taylor, S.L. 2019. The Treatment of Primary Focal Hyperhidrosis. Skin Therapy Letter 24(1): 1-7. http://www.skintherapyletter.com/hyperhidrosis/primary-focal-hyperhidrosis-treatment/ [2 Jun 2020]
  • Jennifer Robinson. 2018. Excessive Sweating (Hyperhidrosis). https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/hyperhidrosis2#1 [2 Jun 2020]
  • Amanda Delgado. 2017. Hyperhidrosis Disorder (Excessive Sweating). https://www.healthline.com/health/hyperhidrosis#types [ 2 Jun 2020]
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

ARTIKEL BERKAITAN

Kanser Usus: Tanda Yang Perlu Anda Awasi & Pencegahannya

17/04/2021

Cara Hilangkan Kelemumur Yang Mudah dan Berkesan

29/03/2021

Penyakit Seliak (Celiac): Simptom, Punca dan Rawatan

25/03/2021

Comments are closed.

Pilihan Editor

bayam

7 Khasiat Sayur Bayam: Baik Untuk Ibu Mengandung

15/08/2019

Keperluan Kalori Harian dan Fungsi Kalori

12/08/2020

Keburukan Arak: Bagaimana Arak Merosakkan Badan Anda

15/06/2020
bayi

Ekzema Pada Bayi: Tanda, Punca dan Rawatan Dirumah

10/01/2020

Artikel Terkini

6 Khasiat Kuaci Bunga Matahari Untuk Kesihatan

By JiwaSihat19/04/2021

Kanser Usus: Tanda Yang Perlu Anda Awasi & Pencegahannya

By JiwaSihat17/04/2021

Khasiat Bunga Lawang Untuk Kesihatan Disokong Oleh Kajian

By JiwaSihat15/04/2021
Twitter Pinterest YouTube RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.