Pernahkan anda tertanya-tanya, apakah yang membuatkan cili berasa pedas? Tetapi tanpa rasa pedas itu, sambal atau sos cili yang menjadi penambah rasa dalam makanan mungkin menjadi tidak sedap.

Cili atau lada telah ditanam sejak 6 000 tahun dahulu. Orang Sepanyol dan Portugis telah menanam cili ini di negara jajahannya, Afrika. Kemudiannya, diperkenalkan kepada negara yang dijajah oleh Portugal di Goa, India sebelum disebarkan ke Asia Tenggara, China dan Korea.

Pada lewat tahun 1990an, saintis telah mengenalpasti saraf kesakitan yang mengesan kapsaisin (Capsaicin). Kapsaisin ialah sebatian kumpulan kapsaisinoid yang terdapat dalam cili yang bertanggungjawab kepada rasa pedas yang tajam atau rasa sengit.

Kapsaisin dalam buah cili atau lada diukur menggunakan skala Scoville dan dibaca dalam Scoville Heat Units (SHU). SHU ialah kaedah yang menjelaskan berapa titis air gula yang diperlukan untuk mencairkan rasa pedas dalam buah cili tersebut.

Cara Mengurangkan Rasa Pedas di Mulut

Kebiasannya, apabila seseorang itu makan makanan yang pedas, perkara yang pertama dilakukannya ialah meminum air sejuk. Ada juga petua orang-orang tua dahulu ialah dengan cara membasuh kaki dari paras lutut ke bawah.

Walau bagaimanapun, sebenarnya kapsaisin ini bersifat hidrofobik iaitu tidak dapat menjerap atau menyerap air tetapi larut dalam lemak dan minyak. Oleh itu, susu penuh krim atau yogurt antara pilihan yang baik untuk meredakan kepedasan dari cili.

apakah yang membuatkan cili pedas

Senarai 10 Cili Terpedas di Dunia

1)Trinidad Scorpion Butch Taylor

1,463,700 SHU

2) Naga Viper and Scorpion cultivars

1,250,000 hingga 1,350,000 SHU

3) Infinity

1,200,000 hingga 1,250,000 SHU

4) 7 Pods

1,100,000 hingga 1,200,000 SHU

5) The Nagas: Bhut Jolokia, Bih Jolokia, Naga Jolokia, Naga Morich , Dorset Naga

900,000 hingga 1,100,000 SHU

6) Nagabon dan Habanaga

800,000 SHU

7) Red Savina Habanero

577,000 SHU

8) Habaneros: Coklat, Caribbean, Oren

250,000 hingga 450,000 SHU

9) Habaneros lain dan Scotch Bonnets

100,000 hingga 250,000 SHU

10) Lada Burung, Tabascos, Tepins

<100,000 SHU

Sumber: Australian geographic

Write A Comment

error: Content is protected !!