Makanan yang tinggi vitamin E diperlukan bagi menampung keperluan badan kepada vitamin ini. Vitamin E bertindak sebagai antioksidan yang dapat mencegah penyebaran tindak balas radikal bebas.

Vitamin E boleh melindungi asid lemak poli taktepu dalam membran daripada pengoksidaan, mengawal selia penghasilan radikal oksigen, dan radikal nitrogen (1).

Kekurangan vitamin E kebiasaannya jarang berlaku kepada manusia. Namun, kekurangan vitamin E boleh berlaku kepada pesakit sindrom malserapan lemak, keabnormalan genetik dalam penghasilan protein penghantar alfa-tocoferol dan malnutrisi protein-tenaga (2).

Di Malaysia, lelaki dewasa lebih berisiko kekurangan vitamin E berbanding wanita (3).

Kekurangan vitamin E dalam kalangan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan (malnutrisi) protein-tenaga boleh mengakibatkan defisit neurologi (4).

Recommended nutrient intake (RNI) atau pengambilan nutrien yang disyorkan bagi vitamin E untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

Kumpulan UsiaRNI (mg/hari)
Bayi
0-5 bulan3
6-11 bulan3
Kanak-kanak
1-3 tahun5
4-6 tahun5
7-9 tahun7
Remaja Lelaki
10-18 tahun10
Remaja Perempuan
10-18 tahun7.5
Lelaki Dewasa
19-65 tahun10
>65 tahun10
Wanita Dewasa
19-65 tahun7.5
>65 tahun7.5
Mengandung7.5
Penyusuan7.5
makanan tinggi vitamin E

Berikut ialah 14 senarai makanan yang tinggi vitamin E (USDA):

1. Minyak Kacang Soya

Kandungan vitamin E: 94.6 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).

2. Minyak Canola

Kandungan vitamin E: 45.8 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).

3. Minyak Bunga Matahari

Kandungan vitamin E: 41.1 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).

4. Minyak Bunga Kesumba (Safflower)

Kandungan vitamin E: 34.1 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).

5. Minyak Biji Anggur

Kandungan vitamin E: 28.8 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).

Bacaan lanjut: Khasiat Biji Anggur

6. Minyak Kelapa Sawit

Kandungan vitamin E: 15.9 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).

7. Minyak Zaitun

Kandungan vitamin E: 15.3 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).

Bacaan lanjut: Khasiat Minyak Zaitun

8. Minyak Jagung

Kandungan vitamin E: 14.3 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).

9. Biji Bunga Matahari

Kandungan vitamin E: 27.5 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).

10. Kacang Pecan

Kandungan vitamin E: 26.7 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).

11. Kacang Almond

Kandungan vitamin E: 26.6 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).

12. Kacang Hazel

Kandungan vitamin E: 15.4 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).

13. Kacang Tanah

Kandungan vitamin E: 12.2 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).

14. Mentega Kacang

Kandungan vitamin E: 9.1 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 91% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).

Kesimpulan

Senarai makanan ini boleh dijadikan rujukan bagi anda yang menghadapi masalah kekurangan vitamin E.

Sumber vitamin daripada makanan semulajadi adalah lebih baik daripada sumber vitamin daripada diet tambahan (dietary supplement), ejen farmakologi atau makanan yang diperkaya.

Write A Comment