Makanan yang tinggi vitamin D diperlukan bagi membantu badan mendapatkan vitamin D yang mencukupi. Vitamin D ialah vitamin larut lemak yang kebiasaannya dihasilkan oleh badan, dalam makanan berasaskan haiwan atau diet tambahan.

Fungsi vitamin D ialah untuk pembentukan dan kesihatan tulang, membantu penyerapan kalsium atau fosforus dan melindungi badan daripada penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, dan kanser (1).

Kekurangan vitamin D pula boleh menyebabkan penyakit riket dalam kalangan kanak-kanak dan osteomalasia dalam kalangan orang dewasa. Individu dewasa yang kekurangan vitamin D ini juga berpotensi menghidap osteoporosis. Selain itu, kekurangan vitamin D juga dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, kanser, pernafasan, neurologi, otot dan juga kulit (2).

Recommended nutrient intake (RNI) atau pengambilan nutrien yang disyorkan bagi vitamin D untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

Kumpulan UsiaRNI (µg/hari)
Bayi
0-6 bulan10
7-12 bulan10
Kanak-kanak
1-3 tahun15
4-6 tahun15
7-9 tahun15
Remaja Lelaki & Perempuan
10-18 tahun15
Lelaki & Wanita Dewasa
19-65 tahun15
>65 tahun20
Mengandung15
Penyusuan15
senarai makanan tinggi vitamin D

Berikut ialah 10 senarai makanan yang tinggi vitamin D (USDA):

1. Ikan Salmon

Kandungan vitamin D: 10.9 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 72.7% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

2. Ikan Kembung (dimasak)

Kandungan vitamin D: 7.3 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 48.7% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

3. Ikan Sardin (dimasak)

Kandungan vitamin D: 4.8 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 32% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

4. Telur

Kandungan vitamin D: 2.0 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 13.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

5. Hati Lembu

Kandungan vitamin D: 1.2 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 8% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

6. Tiram

Kandungan vitamin D: 8.0 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 53.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

7. Minyak Ikan Kod

Kandungan vitamin D: 11.3 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 75.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

8. Susu Lembu

Makanan diperkaya dengan vitamin D.

Kandungan vitamin D: 1.3 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 8.7% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

9. Yogurt

Makanan diperkaya dengan vitamin D.

Kandungan vitamin D: 1.2 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 8% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

Bacaan lanjut: Khasiat Greek Yogurt

10. Keju (cheddar)

Makanan diperkaya dengan vitmain D.

Kandungan vitamin D: 1.0 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 6.7% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

Kesimpulan

Walaupun badan dapat menghasilkan vitamin D melalui sinaran matahari, namun untuk mendapatkan pendedahan yang mencukupi mungkin susah bagi ramai orang.

Oleh itu, senarai makanan ini boleh membantu membekalkan vitamin D untuk badan kita.

Write A Comment