Makanan yang tinggi vitamin B6 (piridoksina) membolehkan badan mendapatkan nutrien yang mencukupi bagi membolehkan badan berfungsi dengan baik.

Vitamin B6 terlibat dalam 100 tindak balas enzim, pembentukan otak bayi semasa mengandung dan penyusuan serta fungsi imun (1).

Selain itu, vitamin B6 yang juga merupakan vitamin larut air turut mempunyai sifat antioksidan (2, 3).

Kekurangan vitamin B6 dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular, penyakit Alzheimer, kanser, fungsi kognitif dan sistem imun (4, 5)

Recommended nutrient intake (RNI) atau pengambilan nutrien yang disyorkan bagi vitamin B6 untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

Kumpulan UsiaRNI (mg/hari)
Bayi
0-5 bulan0.1
6-11 bulan0.3
Kanak-kanak
1-3 tahun0.5
4-6 tahun0.6
7-9 tahun1.0
Budak & Remaja Lelaki
10-18 tahun1.3
Budak & Remaja Perempuan
10-18 tahun1.2
Lelaki Dewasa
19-50 tahun1.3
51-65 tahun1.7
>65 tahun1.7
Wanita Dewasa
19-50 tahun1.3
51-65 tahun1.5
>65 tahun1.5
Mengandung1.9
Penyusuan2.0
makanan ynag tinggi vitamin B6

Berikut ialah senarai makanan yang tinggi vitamin B6 (USDA):

1. Ikan Tuna Sirip Kuning (dimasak)

Kandungan vitamin B6: 1.0 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 58.8% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).

2. Daging Lembu, Hati Lembu (digoreng)

Kandungan vitamin B6: 1.0 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 58.8% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).

3. Buah Pisang

Kandungan vitamin B6: 0.4 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 23.5% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).

4. Buah Durian

Kandungan vitamin B6: 0.3 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 17.6% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).

Bacaan lanjut: Apakah Nutrisi yang Terkandung Dalam Durian

5. Buah Nangka

Kandungan vitamin B6: 0.3 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 17.6% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).

6. Keledek (dimasak tanpa garam)

Kandungan vitamin B6: 0.3 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 17.6% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).

7. Kentang (tanpa kulit)

Kandungan vitamin B6: 0.3 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 17.6% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).

8. Kismis

Kandungan vitamin B6: 0.2 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 11.8% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).

9. Sayur Bayam

Kandungan vitamin B6: 0.2 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 11.8% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).

10. Lada Benggala

Kandungan vitamin B6: 0.2 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 11.8% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).

11. Oat (diperkaya)

Kandungan vitamin B6: 0.3 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 17.6% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).

12. Tempe (dimasak)

Kandungan vitamin B6: 0.2 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 11.8% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).

13. Buah Avokado

Kandungan vitamin B6: 0.26 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 15.3% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).

Bacaan lanjut: Khasiat Buah Avokado

Kesimpulan

Senarai makanan yang tinggi vitamin B6 ini diharap dapat membantu kita memilih makanan yang sesuai untuk menampung keperluan kepada vitamin ini.

Write A Comment