Makanan yang tinggi vitamin B1 diperlukan dalam diet harian kerana hanya sebahagian kecil sahaja vitamin ini disimpan di dalam hati.

Vitamin B1 atau lebih dikenali sebagai Tiamin (Thiamin) mempunyai peranan penting dalam metabolisme tenaga (membolehkan badan menukar makanan kepada tenaga). Maka vitamin ini amat penting untuk tumbesaran, perkembangan dan fungsi pelbagai sel dalam badan (1).

Fungsi normal jantung, otot-otot dan sistem saraf bergantung kepada vitamin ini. Kekurangan vitamin B1 boleh membawa kepada kegagalan jantung, kerosakan sistem saraf periferal, penyakit beri-beri atau sindrom Wernicke-Korsakoff (2).

Recommended nutrient intake (RNI) atau pengambilan nutrien yang disyorkan bagi vitamin B1 (Tiamin) untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

Kumpulan UsiaRNI (mg/hari)
Bayi
0-5 bulan0.2
6-11 bulan0.3
Kanak-kanak
1-3 tahun0.5
4-6 tahun0.6
7-9 tahun0.9
Budak & Remaja Lelaki
10-18 tahun1.2
Budak & Remaja Perempuan
10-18 tahun1.1
Lelaki Dewasa
19-65 tahun1.2
>65 tahun1.2
Wanita Dewasa
19-65tahun1.1
>65 tahun11
Mengandung1.4
Penyusuan1.5
makanan yang tinggi vitamin B1

Berikut ialah 14 senarai makanan yang tinggi vitamin B1 (Tiamin) (USDA, Tee et. al., 1997):

1. Ikan Bilis

Kandungan vitamin B1: 0.17 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 14.2% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).

2. Ayam

Kandungan vitamin B1: 0.15 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 12.5% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).

3. Daging Lembu (pejal)

Kandungan vitamin B1: 0.10 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 8.3% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).

Bacaan lanjut: Kebaikan dan Keburukan Daging Merah

4. Biji Bunga Matahari (kuaci)

Kandungan vitamin B1: 1.48 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).

5. Kacang Dhal (kuning)

Kandungan vitamin B1: 1.40 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).

6. Kacang Tanah

Kandungan vitamin B1: 1.00 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 83.3% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).

7. Kacang Soya (putih)

Kandungan vitamin B1: 0.87 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 72.5% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).

8. Kacang Gajus

Kandungan vitamin B1: 0.67 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 55.8% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).

9. Susu

Kandungan vitamin B1: 0.72 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 60% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).

10. Susu Tepung (formula untuk bayi)

Kandungan vitamin B1: 0.74 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi bayi).

11. Oat

Kandungan vitamin B1: 0.46 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 38.3% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).

12. Roti Putih

Kandungan vitamin B1: 0.42 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 35% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).

13. Roti Bijiran Penuh

Kandungan vitamin B1: 0.40 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 33.3% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).

14. Jagung

Kandungan vitamin B1: 0.22 miligram bagi setiap 100 gram.

RNI: 18.3% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).

Kesimpulan

Pada asasnya, vitamin B1 mudah didapati dalam pelbagai jenis makanan. Terdapat juga produk amkanan yang diperkaya dengan vitamin B1 atau Tiamin ini.

Walau bagaimanapun, kekurangan vitamin ini boleh berlaku kepada mereka yang kurang mendapat akses kepada makanan yang berzat.

Senarai makanan yang tinggi vitamin B1 ini diharap dapat menjadi panduan untuk kita mendapatkan vitamin B1 secukupnya.

Rujukan nutrien:

Tee ES, Mohd Ismail N, Mohd Nasir A and Khatijah I (1997). Nutrient Composition of Malaysian Foods. 4th Edition. Malaysian Food Composition Database Programme, Institute for Medical Research, Kuala Lumpur; 310 p.

Write A Comment