Makan makanan yang tinggi vitamin A penting bagi memastikan badan boleh berfungsi dengan baik. Vitamin A ialah vitamin yang larut lemak yang boleh diperolehi daripada sumber haiwan ataupun tumbuhan.

Vitamin A diperlukan oleh badan untuk sistem penglihatan. Fungsi kedua vitamin A ialah untuk tumbesaran dan integriti sel epitelium dan fungsi imun dalam badan (1, 2).

Kekurangan vitamin A dalam kalangan orang dewasa boleh menjejaskan beberapa fungsi seperti penglihatan, imuniti, reproduktif dan juga dikaitkan dengan penyakit anemia akibat kekurangan vitamin A.

Recommended nutrient intake (RNI) atau pengambilan nutrien yang disyorkan bagi vitamin A untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

Kumpulan UsiaRNI (µg RE /hari)
Bayi
0-5 bulan375
6-12 bulan400
Kanak-kanak
1-3 tahun400
4-6 tahun450
7-9 tahun500
Remaja Lelaki & Perempuan
10-18 tahun600
Lelaki & Wanita Dewasa
> 19 tahun600
Mengandung800
Penyusuan850
*Nota:  RE = retinol equivalent (setara retinol)
makanan yang tinggi vitamin a

Berikut ialah 17 senarai makanan yang tinggi vitamin A (Tee et al., 1997):

1. Hati Ayam

Kandungan vitamin A: 16,000 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

2. Hati Lembu

Kandungan vitamin A: 9,000 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

3. Telur Ayam

Kandungan vitamin A: 304 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 51% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

4. Telur Itik

Kandungan vitamin A: 208 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 35% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

5. Paha Itik

Kandungan vitamin A: 69 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 11.5% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

6. Paha Ayam

Kandungan vitamin A: 50 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 8.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

7. Ikan Kembung

Kandungan vitamin A: 8 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 1.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

8. Ikan Tenggiri

Kandungan vitamin A: 8 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 1.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

9. Buah Mangga

Kandungan vitamin A: 214 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 35.7% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

10. Buah Betik

Kandungan vitamin A: 193 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 32.2% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

11. Buah Tembikai

Kandungan vitamin A: 68 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 11.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

Bacaan lanjut: Khasiat Buah Tembikai.

12. Daun Cekur Manis

Kandungan vitamin A: 1,620 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: Melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

13. Lada Banggala Merah

Kandungan vitamin A: 1,510 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: Melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

14. Daun Kesum

Kandungan vitamin A: 1,210 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: Melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

15. Lobak Merah

Kandungan vitamin A: 835 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: Melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

Bacaan lanjut: Khasiat Lobak Merah

16. Tomato

Kandungan vitamin A: 700 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: Melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

17. Keledek

Kandungan vitamin A: 709 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: Melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

Kesimpulan

Hati ayam dan hati lembu merupakan dua makanan yang sangat tinggi dengan vitamin A. Sesuai untuk mereka yang kekurangan vitamin ini. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga turut menjadi sumber bagi vitamin.

Oleh kerana vitamin A ialah larut lemak, maka ia lebih mudah menyerap ke dalam darah jika dimakan dengan lemak. Bagi makanan yang berasaskan haiwan, ia idak menjadi masalah kerana haiwan turut mengandungi lemak.

Bagi makanan yang berasaskan tumbuhan, anda boleh menambahkan minyak seperti minyak zaitun ke dalam salad atau ulam anda.

Rujukan nutrien:

Tee ES, Ismail MN, Mohd Nasir A and Khatijah I (1997). Nutrient Composition of Malaysian Foods. 4th Edition. Malaysian Food Composition Database Programme, Institute for Medical Research, Kuala Lumpur; 310 p.

Write A Comment