Makanan yang tinggi selenium berguna bagi melindungi badan kita daripada kerosakan sel akibat pengoksidaan.

Terdapat kira-kira 30-50% selenium dalam otot rangka, 15% dalam tulang, 10% dalam plasma, 8% dalam hati, 3% dalam buah pinggang, dan 3% dalam otak manusia dewasa bergantung kepada lokasi mereka (1).

Selenium berfungsi untuk membantu badan menghasilkan protein yang dikenali sebagai enzim antioksidan. Selenium boleh mencegah sesetengah kanser dan melindungi badan daripada keracunan logam berat (2)

Kekurangan selenium dalam badan boleh menyebabkan lemah otot, kerosakan otot rangka, kerosakan otot kardio, penyakit Keshan dan penyakit Kashin-Beck (3).

Recommended nutrient intake (RNI) atau pengambilan nutrien yang disyorkan bagi selenium untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

Kumpulan UsiaRNI (µg/hari)
Bayi (Lelaki)
0-5 bulan6
6-11 bulan10
Bayi (Perempuan)
0-5 bulan6
6-11 bulan9
Kanak-kanak (Lelaki)
1-3 tahun17
4-6 tahun21
7-9 tahun22
Kanak-kanak (Perempuan)
1-3 tahun16
4-6 tahun21
7-9 tahun21
Remaja Lelaki
10-18 tahun21
13-15 tahun31
16-18 tahun37
Remaja Perempuan
10-18 tahun19
13-15 tahun24
16-18 tahun26
Lelaki Dewasa
19-59 tahun32
60-64 tahun31
>65 tahun30
Wanita Dewasa
19-29 tahun25
30-59 tahun24
60-64 tahun23
>65 tahun23
Mengandung
Trimester 125
Trimester 227
Trimester 329
Penyusuan
0-6 bulan34
7-12 bulan41
makanan yang tinggi selenium

Berikut ialah 13 senarai makanan yang tinggi selenium (Health Promotion Board, 2011):

1. Hati Ayam (direbus)

Kandungan selenium: 100.2 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi remaja lelaki).

2. Hati Lembu (direbus)

Kandungan selenium: 55.8 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi remaja lelaki).

3. Daging Kambing

Kandungan selenium: 32.2 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi remaja lelaki).

4. Paha Ayam (dibakar)

Kandungan selenium: 31.1 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 84.1% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi remaja lelaki).

5. Ikan Bilis

Kandungan selenium: 598.9 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi remaja lelaki).

6. Tiram

Kandungan selenium: 69.4 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi remaja lelaki).

7. Ikan Salmon (distim)

Kandungan selenium: 46.2 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi remaja lelaki).

8. Ikan Kembong

Kandungan selenium: 10.2 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 27.6% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi remaja lelaki).

9. Roti Bijiran Penuh

Kandungan selenium: 11.6 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 31.4% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi remaja lelaki).

10. Telur Masin (telur itik)

Kandungan selenium: 24 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 64.9% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi remaja lelaki).

11. Telur Ayam

Kandungan selenium: 11 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 29.7% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi remaja lelaki).

12. Kacang Gajus (dipanggang)

Kandungan selenium: 20 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 54.1% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi remaja lelaki).

13. Sardin (dimasak)

Kandungan selenium: 52.7 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi remaja lelaki).

Kesimpulan

Selenium merupakan mineral yang bertindak sebagai antioksidan dalam badan kita. Walau bagaimanapun, pengambilan selenium yang berlebihan boleh menjadi toksik dan membawa kepada kematian.

Walaupun, ketoksidan selenium jarang berlaku, namun adalah dinasihatkan untuk tidak melebihi 400 mikrogram sehari.

Senarai makanan yang tinggi selenium ini diharap dapat membantu mereka yang kekurangan nutrien ini.

Write A Comment