Makanan rendah GI dan tinggi GI menjadi satu panduan asas untuk kita mengetahui seberapa cepat makanan itu melepaskan glukosa (gula) ke dalam darah. Sebelum itu, kita kenali dahulu apa itu GI?

GI atau Glycemic Index ialah nilai yang diberikan kepada makanan berdasarkan berapa cepat atau perlahan makanan ini menyebabkan peningkatan tahap gula darah.

makanan rendah gi dan tinggi gi

Beberapa Makanan Malaysia dengan Indeks Glisemik

Makanan / MinumanGIIndikator
GI
Bihun Goreng99Tinggi
Beras Wangi97
Beras kilang90
Kueh teow85
Roti putih83
Pau kari ayam80
Teh tarik78
Keledek77
Tembikai76
Makaroni goreng74
Nasi putih73
Sandwich sardin73
Roti canai & dhal71
Nasi Lemak66Sederhana
Beras herba ponni65
Roti putih dengan majerin & gula64
Kentang goreng (french fries)63
Beras perang60
Nasi goreng59
Nanas59
Betik58
Donut57
Roti pelbagai bijirin56
Pau biji lotus55Rendah
Roti putih dengan jem nanas55
Pisang berangan55
Karipap54
Roti putih dengan mentega kacang54
Pau kacang merah51
Jus Oren50
Durian49
Kurma42
Jus epal41
Susu soya34
Kacang soya16

Makanan rendah GI dan tinggi GI mempunyai peranannya masing-masing. Sebagai contoh:

a) Makanan rendah GI bermanfaat kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan dan penghidap kencing manis.

b) Manakala makanan tinggi GI pula boleh membantu pemulihan tenaga selepas bersenam atau mereka yang kekurangan gula dalam darah.

Mereka yang menghidap kencing manis atau diabetes jenis 1 dan sesetengah jenis 2 tidak menghasilkan insulin yang mencukupi. Tugas insulin ialah membantu memproses gula darah. Maka,mereka ini akan mempunyai glukosa (gula) darah yang berlebihan.

Walau bagaimanapun, indeks glisemik tidak menjelaskan seluruhan cerita. Para pengkaji berpendapat untuk memahami kesan keseluruhan makanan terhadap gula darah, harus diketahui berapa cepat glukosa memasuki saluran darah dan berapa banyak glukosa bagi setiap hidangan makanan itu boleh disampaikan.

Maka, satu pengukuran khusus dikenali sebagai “muatan glisemik” diperkenalkan bagi mengira kedua-dua faktor ini.

Rujukan: 
Atkinsol et. al., 2008.
Barakatun Nisak et al., 2005. 
Barakatun Nisak et al., 2009.
Lee MC (2005). Penentuan indeks glisemik untuk nasi dan kari ayam dari tiga jenis beras komersial di pasaran Malaysia. Tesis Sarjanamuda Pemakanan. UKM.
Lee SY (2005). Penentuan indeks glisemik bagi tiga jenis pau segera/pasaran tempatan. Tesis Sarjanamuda Pemakanan. UKM.  
Nik Shanita S.(2004). Development and determination of glycaemic index and types of carbohydrate in endurance athletes’ food choices. Final Report UKM N14/2000 grant. Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.
Nor Muaiza AM (2005). Penentuan indeks glisemik roti aneka sapuan. Tesis Sarjanamuda Pemakanan. UKM. 
Robert et al., 2008.  

Write A Comment