Sayur bayam atau saintifiknya, Spinacia oleracea adalah sayuran hijau yang berasal dari Parsi (Iran). Kemudiannya, bayam disebarkan ke China dan Eropah. Sayur bayam juga sinonim dengan kartun Popeye yang mendapat kekuatan dengan memakannya. Mungkin sebagai salah satu cara atau kempen untuk mengalakkan kanak-kanak makan sayur-sayuran.

Sayur bayam merupakan makanan unggul yang kaya dengan vitamin dan mineral. Bayam juga boleh dijumpai dalam dua warna iaitu hijau dan merah.

Fakta Nutrisi Sayur Bayam

Boleh dimakan secara mentah atau dimasak, berikut merupakan kandungan nutrisi bayam berdasarkan USDA:

NutrienUnitNilai bagi 100g
Proksimat
Airg91.4
Tenagakcal23
Proteing2.86
Jumlah Lipid (lemak)g0.39
Karbohidratg3.63
Seratg2.2
Gula, Jumlahg0.42
Mineral
Kalsium, Camg99
Besi, Femg2.71
Magnesium, Mgmg79
Fosforus, Pmg49
Kalium, Kmg558
Natrium, Namg79
Zink, Znmg0.53
Vitamin
Vitamin C, jumlah asid askorbikmg28.1
Thiaminmg0.078
Riboflavinmg0.189
Niacinmg0.724
Vitamin B-6mg0.195
Folat, DFEµg194
Vitamin B-12µg0
Vitamin A, RAEµg469
Vitamin A, IUIU9377
Vitamin E (alfa-tokoferol)mg2.03
Vitamin D (D2 + D3)µg0
Vitamin DIU0
Vitamin K (filokuinon)µg482.9
Lipid
Asid Lemak, jumlah tepug0.063
Asid Lemak, jumlah mono tak tepug0.01
Asid Lemak, jumlah poli tak tepug0.165
Asid Lemak, jumlah transg0
Kolesterolmg0
sayur bayam

Khasiat Sayur Bayam Kepada Kesihatan

Sayur bayam mempunyai banyak nutrien yang penting untuk kulit, rambut dan juga kesihatan tulang di samping mempunyai kalori yang rendah.

1) Baik untuk Mata

Bayam kaya dengan vitamin A, C dan karatenoid iaitu Lutein, Zeaxanthin dan beta-karotin. Lutein dan Zeaxanthin dipercayai menghadkan kerosakan retina akibat kerosakan pengoksidaan dengan menyerap sinar biru (1).

Kekurangan vitamin A pula boleh membawa kepada rabun malam (2).

2) Mengawal Tekanan Darah

Sayur bayam juga tinggi dengan kalium (potassium) dan rendah natrium (sodium). Kalium ialah mineral utama yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dengan baik. Kalium juga dapat merendahkan tekanan darah dan mengimbangi kesan negatif garam (natrium) (3).

3) Baik untuk Kulit dan Rambut

Vitamin C juga tinggi dalam sayur berdaun hijau ini. Vitamin C penting untuk penghasilan dan penyelenggaraan kolagen yang mana menyediakan struktur kepada kulit dan rambut. Vitamin C juga boleh melambatkan penuaan kulit (4).

4) Menguatkan Tulang

Kalsium merupakan nutrien penting untuk membina tulang dan memperlahankan pereputan tulang. Kandungan kalsium dan vitamin K dalam sayur bayam dapat membantu meningkatkan ketumpatan tulang dan mencegah penyakit osteoporosis (5).

5) Mencegah Kanser

Satu kajian terhadap ekstrak bayam menunjukkan bayam mempunyai kesan antikanser seperti terhadap kanser kulit dan prostat. Ia juga tidak menunjukkan ketoksikan pada organ yang diuji dan tiada kesan sampingan (6).

Satu kajian lain terhadap bayam merah menunjukkan bayam mempunyai sifat antikanser. Bayam merah itu didapati menghalang percambahan sel kanser hati dan payudara (7).

1 Comment

  1. ada beberapa jenis bayam.. buat masa ni saya suka bayam brazil.. sedap diulam dan masak tumis atau buat sup.. bayam merah tak berapa minat..

Write A Comment