Nutrisi

Makanan Yang Perlu Dielakkan Jika Sakit Sendi Lutut

Pinterest LinkedIn Tumblr

Sakit sendi lutut mungkin satu mimpi ngeri bagi penghidapnya. Sakit sendi dalam bahasa perubatan dikenali sebagai osteoartritis. Osteoartritis ialah keadaan dimana rawan diantara dua tulang sendi habis atau haus.

Keadaan ini menyebabkan tulang di bahagian sendi ini bergesel antara satu sama lain seterusnya menyebabkan sakit sendi dan bengkak.

Kebanyakkan sakit sendi yang berlaku adalah di bahagian lutut kerana tulang kaki dan peha adalah paling besar serta paling banyak digunakan dan menanggung beban.

Sakit sendi ialah keradangan, maka makan makanan yang salah boleh mmeburukkan lagi keadaan. Mengelakkan sesetengah makanan dapat mengurangkan kesakitan pada sendi.

Berikut ialah senarai makanan yang perlu dielakkan jika sakit sendi lutut:

1. Gula

gula menyebabkan sakit sendi lutut

Produk atau makanan (karbohidrat) yang tinggi kandungan gula seperti kek, biskut dan kuih-muih yang manis boleh mengubah cara tindak balas sistem imun badan terhadap penyakit (1).

Keadaan ini tidak baik untuk sakit sendi kerana akan menyebabkan radang bertambah teruk.

Pemanis semula jadi seperti madu lebah asli boleh mengantikan keinginan anda kepada makanan manis.

2. Asid Lemak Omega-6

Pesakit sendi harus mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi asid lemak omega-6 seperti telur kuning dan daging merah. Asid lemak ini akan meningkatkan lagi keradangan dalam badan.

Ambil makanan yang tinggi dengan omega-3 dapat membekalkan protein kepada badan dan mengurangkan keradangan (2).

3. Makanan Bergoreng

Makanan yang digoreng menggunakan minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak safflower dan minyak sayuran mengandungi asid lemak omega-6.

Asid lemak omega-6 yang berlebihan boleh menghasilkan bahan kimia pro-keradangan yang boleh memburukkan lagi kesakitan sendi (3).

4. Produk Tenusu

Sesetengah berpendapat produk tenusu boleh menyebabkan keradangan dalam sesetengah orang. Ini akan menyebabkan kesakitan sendi. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan keputusan yang tidak konsisten.

Sebagai contoh, menurut Arthritis Foundation, kajian yang dijalankan pada tahun 2015 terhadap individu dewasa di Jerman menunjukkan produk tenusu menyebabkan radang gred rendah.

Kajian seterusnya yang dijalankan terhadap 40, 000 penghidap osteoartritis turut mendapati diet dengan produk tenusu menyebabkan mereka perlu menjalani pembedahan penggantian tulang pinggul.

Namun kajian lain mendapati, mereka yang minum susu dan makan yogurt dapat merendahkan risiko gout.

Pada tahun 2017, satu ulasan terhadap 52 kajian klinikal membuat kesimpulan bahawa produk tenusu secara umumnya adalah bersifat antiradang kecuali kepada mereka yang ada alahan terhadap susu lembu.

5. Tepung Putih

Makanan yang berasaskan tepung putih seperti roti putih adalah tidak baik untuk mereka yang mempunyai osteoartritis seperti sakit sendi lutut.

Hal ini kerana, tepung putih ialah karbohidrat yang telah ditapis, karbohidrat jenis ini mudah untuk ditukarkan oleh badan menjadi gula dan gula meningkatkan keradangan. Ini akan menyebabkan kesakitan pada sendi meningkat.

6. Garam

Pengambilan garam secara berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan serta untuk pesakit sendi. Garam sememangnya diperlukan oleh badan untuk berfungsi.

Namun, jika diambil secara berlebihan menyebabkan sel dalam badan menyimpan air, bermakna sel ini mengembang. Garam yang berlebihan ini boleh memburukkan lagi bengkak pada sendi (4).

Kesimpulan

Walaupun makanan secara hakikatnya tidak boleh melegakan sakit sendi lutut. Namun dengan menjaga pemakanan dapat mengurangkan keradangan seperti bengkak pada lutut.

Rawatan atau ubatan kepada sakit sendi lutut boleh didapati daripada klinik atau hospital serta farmasi.

Write A Comment