Lobak Merah atau nama saintifiknya Daucus carota ialah sayuran berakar yang telah ditanam sejak beribu tahun dahulu. Lobak merah merupakan sayuran yang penuh dengan khasiat dan kebaikannya.

Berdasarkan sejarah, lobak ini pada asalnya tidak bewarna jingga seperti sekarang, ia berwarna kuning, putih, merah dan ungu. Lobak pada asalnya adalah tumbuhan liar. Lobak yang pertama ditanam dilaporkan di Afghanistan kira-kira 1,100 tahun dahulu.

Sayur yang terawal dikenali sebagai lobak merah direkodkan pada abad ke-10 di Persia (Iran) dan Asia Minor (Anatolia). Pada asalnya, lobak berwarna ungu atau putih. Kemudiannya mengalami mutasi yang menghasilkan lobak berwarna kuning. Dari lobak kuning inilah lobak berwarna jingga dihasilkan (1).

Betul ke Lobak Merah (Karot) boleh mengubati penyakit mata seperti rabun? Untuk mengetahuinya teruskan membaca.

khasiat lobak merah
Lobak merah boleh dimakan mentah atau dimasak

5 Khasiat dan Kebaikan Lobak Merah

Disebalik rasanya yang rangup dan sedap, lobak merah merupakan sumber yang baik untuk mendapatkan beta-karotin, serat, biotin, vitamin K1, kalium (potassium) dan antioksidan.

1. Mengurangkan Risiko Kanser

Diet yang tinggi dengan karotenoid boleh membantu mencegah beberapa jenis kanser.

Satu analisis yang dijalankan di China mendapati, pengambilan lobak merah dalam diet harian dapat mengurangkan risiko kanser prostat (2).

Selain itu, satu analisis lain mendapati pengambilan lobak ini dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan gastrik (3, 4).

2. Mengubati Penyakit Leukimia

Satu kajian mendapati, ekstrak atau sari daripada lobak merah dapat membunuh dan mengekang perkembangan sel leukimia (5).

3. Baik untuk Kesihatan Mata

Menjawab kepada persoalan pada permulaan artikel ini, jawapannya ialah Ya. Lobak merah boleh membantu dalam kesihatan mata dan mencegah daripada rabun malam.

Kandungan lutein dan zeaxanthin karatenoid dalam lobak dapat membantu melindungi mata daripada kerosakan akibat cahaya biru, menambah baik kerabunan, mengurangkan risiko degenerasi makula berkaitan usia dan juga katarak (6).

Di samping itu, lobak juga kaya dengan vitamin A. Kekurangan vitamin A boleh membawa kepada rabun malam (7).

4. Merendahkan Tahap Kolestrol

Satu kajian mendapati, diet dengan lobak merah menunjukkan penurunan kadar kolestrol dalam hati yang signifikan dan turut diikuti dengan penurunan kadar trigliserida dalam hati (8).

5. Antioksida

Lobak juga kaya dengan antioksida. Antioksida beta-karotena memberi lobak warna jingganya. Beta-kerotena ini akan diserap dalam badan dan ditukarkan kepada vitamin A semasa penghadaman.

Antioksida sememangnya terkenal dengan sifatnya yang melawan radikal bebas yang boleh membawa masalah kesihatan kepada kita seperti kanser, penyakit kardiovaskular, diabetes, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan penyakit mata.

Write A Comment

error: Content is protected !!