Nutrisi

Khasiat Garam Bukit Untuk Kesihatan Dari Sudut Sains

Pinterest LinkedIn Tumblr

Garam bukit adalah antara garam terbersih dalam kalangannya. Kebelakangan ini, telah banyak dikongsikan mengenai khasiat garam bukit ini. Kali ini kami kongsikan khasiat garam bukit ini yang disokong oleh kajian sains.

Garam bukit mempunyai banyak nama antaranya ialah Sendha namak, Saindhava lavana, Halite atau Kala namak.

Himalayan pink salt atau garam bukit Himalaya adalah antara garam bukit yang paling tulen yang boleh didapati di pasaran.

Garam ini telah lama digunakan dalam perubatan tradisional India (Ayurveda). Ia dikatakan boleh dimanfaatkan untuk mengubati batuk, demam, membantu penghadaman dan penglihatan.

Garam bukit mengandungi 85% NaCl (sodium chloride) ataupun garam dan 15% mineral surih (84 elemen) berbanding garam biasa yang mengandungi 97% NaCl dan 2.5% bahan tambahan.

khasiat garam bukit

Berikut ialah beberapa khasiat garam bukit yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan.

1. Membantu proses penghadaman

Garam bukit dapat membantu dalam masalah sistem penghadaman. Garam ini dikatakan dapat menyingkirkan cacing dalam perut, melegakan sakit perut dan jangkitan pada perut (1, 2)

Garam ini ditambah dalam pembuatan “lassi” iaitu yogurt bagi masyarakat India dan Timur Tengah.

Banyak kajian yang menunjukkan yogurt dapat menambahbaik sistem penghadaman termasuklah sembelit, cirit-birit dan jangkitan bakteria (3, 4).

2. Membantu penyerapan mineral dalam badan

Selain kandungan garam (sodium chloride), garam bukit turut mengandungi mineral surih yang bermanfaat untuk badan seperti kalsium, zat besi, kalium, magnesium, tembaga dan lain-lain lagi.

Garam ini boleh membantu badan menambah semula elektrolit-elektrolit yang hilang dari badan serta menstabilkan keseimbangan pH.

Di samping itu, garam ini akan merangsang kitaran darah dan keseimbangan mineral dengan menyingkirkan mineral-mineral yang toksik dan longgokan garam yang halus (5).

3. Bermanfaat untuk melegakan masalah saluran pernafasan

Garam bukit turut bermanfaat kepada mereka yang mempunyai masalah seperti sakit kerongkong, kerongkong bengkak, batuk kering dan tonsil (5, 6).

Berkumur dengan air yang mengandungi garam ini dapat melegakan sakit-sakit ini.

Selain itu, garam ini juga boleh dicampur ke dalam air suam untuk digunakan sebagai stim muka untuk mereka yang mempunyai masalah asma, sinus dan bronchitis.

4. Bermanfaat untuk kesihatan kulit

Menariknya lagi, garam bukit bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Penggumpulan sel-sel kulit mati akan menyebabkan kulit yang kusam, kasar dan kelihatan tua. Garam ini boleh mengelupas sel-sel kulit mati dan melindungi lapisan kulit (2).

Garam ini juga turut menguatkan tisu kulit untuk meremajakan kulit anda.

Walaupun bukti saintifik masih kurang, terdapat kajian yang mengesyorkan bendalir dan elektrolit mungkin boleh merawat sesetengah radang kulit (7).

5. Baik untuk rambut

Garam bukit turut bermanfaat untuk kesihatan rambut.

Sifatnya yang membersih dan boleh mengelupas boleh dimanfaatkan bersama-sama syampu untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan kotoran pada rambut (5).

6. Berguna untuk melegakan kekejangan otot

Kekejangan otot telah lama dikaitkan akibat ketidakseimbangan antara garam dan elektrolit.

Elektrolit ialah mineral yang penting yang diperlukan oleh badan untuk fungsi saraf dan otot yang sempurna.

Ketidakseimbangan elektrolit kalium dipercayai menyebabkan kekejangan otot (8).

Oleh kerana garam bukit mempunyai pelbagai elektrolit, garam ini mungkin boleh membantu mengurangkan risiko kekejangan dan kesakitan otot.

Beberapa kajian terhadap manusia walaupun elektrolit mengurangkan pendedahan otot kepada kekejangan, namun ia tidak semestinya mencegah kekejangan (9, 10).

Kesan Sampingan

Terdapat beberapa risiko kesan sampingan terhadap penggunaan garam bukit ini.

Walaupun garam bukit mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan, namun penggunaannya juga haruslah terkawal.

Penggunaan garam bukit secara berlebihan tetap membawa kepada masalah tekanan darah tinggi atau terlebih kandungan klorida (chloride) yang mana boleh menyebabkan keletihan dan lemah otot (11).

Maka, hadkan pengambilan garam kepada 1500 hingga 2300 miligram sehari.

Kesimpulan

Garam bukit seperti garam bukit Himalaya menunjukkan potensi kesihatan yang baik.

Namun begitu, kajian-kajian makmal dan klinikal harus diperbanyakkan lagi untuk menguatkan dan membuktikan tuntutan-tuntutan yang dibuat.

Write A Comment