Nutrisi

Khasiat Ganoderma Lucidum: Cendawan Ubat

Pinterest LinkedIn Tumblr

Ganoderma lucidum adalah cendawan dari keluarga kulat yang mempunyai rupa seperti kayu dan mempunyai rasa yang pahit. Cendawan ini tumbuh di kawasan yang panas dan lembap. Khasiat Ganoderma telah dimanfaatkan sejak 2000 tahun yang lalu dan dikatakan boleh merawat banyak penyakit dan memanjangkan umur.

Cendawan Ganoderma ini popular dalam kalangan masyarakat di negara China, Jepun dan negara Asia yang lain. Di China, cendawan ini dikenali dengan panggilan “Lingzhi”. Manakala di Jepun, cendawan ini dikenali sebagai “Reishi”. Ganoderma lucidum ini juga turut dikategorikan sebagai cendawan ubat.

Artikel kali ini akan berkongsi mengenai potensi atau khasiat Ganoderma dalam dunia perubatan dan risiko-risiko yang mungkin wujud.

khasiat ganoderma

Berikut adalah beberapa khasiat ganoderma yang disokong oleh kajian-kajian.

1. Boleh Melawan Kanser

Ganoderma lucidum popular digunakan sebagai makanan tambahan dalam kalangan pesakit kanser.

Kajian makmal mendapati cendawan Ganoderma adalah antara cendawan yang paling berkesan untuk membunuh sel-sel kanser [1].

Kajian klinikal yang dijalankan terhadap 134 pesakit kanser selama 12 minggu dengan dos sebanyak 1800mg/hari mendapati ekstrak Ganoderma berjaya meningkatkan imuniti sel-sel pesakit sebanyak 80% [2].

Dalam satu analisis lain yang dijalankan mendapati mereka yang mengambil ekstrak Ganoderma dalam regim rawatan antikanser mereka menunjukkan tindak balas terhadap kemoterapi dan radioterapi 1.27 kali lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil ekstrak ini.

Kumpulan pesakit yang mendapat ekstrak Ganoderma ini juga didapati mempunyai kualiti hidup yang lebih baik selepas rawatan berbanding kumpulan yang tidak [3].

2. Meningkatkan Sistem Imun Badan

Keupayaan yang paling signifikan bagi cendawan ini ialah kemampuannya untuk merangsang sistem imun. Sistem imun yang kuat boleh menangkis serangan atau jangkitan penyakit.

Dalam kajian terhadap pesakit kanser, ekstrak Ganoderma didapati boleh meningkatkan aktiviti sel darah putih yang dikenali sebagai pembunuh sel semulajadi. Pembunuh sel semulajadi ini bertindak sebagai pembunuh sel kanser dalam badan [2].

Kajian lain turut mendapati bahawa cendawan ini boleh meningkatkan sel-sel darah putih dalam pesakit kanser kolorektal [4].

Walau bagaimanapun, ekstrak Ganoderma ini tidak memberikan kesan sama ada terhadap fungsi sistem imun atau keradangan bagi mereka yang sihat [5].

Dapatkan suplemen Ganoderma online

3. Kaya dengan Antioksidan

Antioksidan penting kepada manusia bagi melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat tekanan pengoksidaan. Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan dapat membantu mencegah kanser atau penyakit kronik yang lain.

Cendawan Ganoderma juga turut didapati mengandungi sebatian-sebatian antioksidan yang dikenali sebagai polisakarida dan triterpenoid.

Terdapat kajian yang menunjukkan kesan perlindungan antioksidan yang diekstrak daripada cendawan Ganoderma terhadap kerosakan pengoksidaan yang berpunca daripada radikal bebas [6].

4. Boleh Membantu Melawan Jangkitan Bakteria dan Virus

Khasiat Ganoderma yang seterusnya adalah dalam membantu melawan jangkitan bakteria dan virus.

Dalam beberapa kajian, didapati sebatian-sebatian antioksidan dalam cendawan Ganoderma menunjukkan kesan antivirus terhadap virus HIV dan virus hepatitis B [7,8].

Kajian kecil yang lain turut mendapati kesan positif cendawan ini apabila menunjukkan kesan penyembuhan pada luka dan mengurangkan kesakitan bagi pesakit yang menghidap penyakit kayap [9].

Cendawan Ganoderma ini juga turut menunjukkan sifat antibakterianya terhadap bakteria jenis Bacillus subtilis dan Staphylococcus aureus.

Kajian lain mendapati ekstrak Ganoderma paling mujarab untuk mencegah bakteria jenis Micrococcus luteus dan lebih efektif berbanding antibiotik dalam mencegah bakteria jenis E. coli, Micrococcus luteus, S. aureus, B. cereus, Proteus vulgaris,dan Salmonella typhi [10].

5. Bermanfaat untuk Penghidap Kencing Manis

Khasiat Ganoderma turut boleh dimanfaatkan oleh penghidap kecing manis atau diabetes.

Kajian terhadap haiwan menunjukkan ekstrak Ganoderma boleh menurunkan kadar glukosa dan meningkatkan kadar insulin tetapi bergantung kepada dos yang diberi [11].

Dalam satu laporan lain, seramai 71 orang pesakit kencing manis diberikan ekstrak Ganoderma sebanyak 1800mg, 3 kali sehari selama 12 minggu. Hasil kajian tersebut mendapati terdapat penurunan yang signifikan terhadap gula dalam darah [12].

Namun begitu, terdapat laporan terhadap beberapa kajian klinikal yang mendapati cendawan ini tidak membantu menurunkan gula dalam darah bagi penghidap kencing manis [15].

Dapatan kajian yang bercampur-campur ini memerlukan lebih banyak kajian dijalankan untuk mendapatkan satu keputusan yang lebih kukuh.

Kesan sampingan

Tidak banyak kajian yang melaporkan akan kesan sampingan cendawan ini kepada pemakannya.

Terdapat kajian yang menyatakan antara kesan sampingan yang berlaku adalah loya dan insomnia sahaja. Tidak sehingga berlakunya ketoksikan [3].

Kajian lain melaporkan tiada ketoksikan terhadap hati, DNA dan buah pinggang yang berlaku terhadap pengambilan cendawan ini dalam kalangan individu sihat [13].

Namun begitu, terdapat laporan lain yang mendapati berlakunya ketoksikan hati berlaku terhadap mereka yang pada awalnya mengambil cendawan ini dalam bentuk air rebusan kemudian bertukar kepada bentuk serbuk [14].

Golongan seperti ibu mengandung, ibu menyusu, individu yang akan menjalani pembedahan atau mereka yang mempunyai tekanan darah rendah perlu menggelak daripada mengambil cendawan ini.

Kesimpulan

Cendawan Ganoderma sangat popular dalam perubatan masyarakat di China.

Kajian-kajian turut mendapati khasiat Ganoderma dalam membantu melawan kanser, meningkatkan sistem pertahanan badan, melawan jangkitan virus dan bakteria.

Rujukan

  1. Tomasi, S., Lohézic-Le Dévéhat, F., Sauleau, P., Bézivin, C., & Boustie, J. (2004). Cytotoxic activity of methanol extracts from Basidiomycete mushrooms on murine cancer cell lines. Die Pharmazie59(4), 290–293. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15125575/
  2. Gao, Y., Zhou, S., Jiang, W., Huang, M., & Dai, X. (2003). Effects of ganopoly (a Ganoderma lucidum polysaccharide extract) on the immune functions in advanced-stage cancer patients. Immunological investigations32(3), 201–215. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/12916709/
  3. Jin  X, Ruiz Beguerie  J, Sze  DMY, Chan  GCF. Ganoderma lucidum (Reishi mushroom) for cancer treatment. Cochrane Database of Systematic Reviews 2016, Issue 4. Art. No.: CD007731. DOI: 10.1002/14651858.CD007731.pub3.
  4. Chen, X., Hu, Z. P., Yang, X. X., Huang, M., Gao, Y., Tang, W., Chan, S. Y., Dai, X., Ye, J., Ho, P. C., Duan, W., Yang, H. Y., Zhu, Y. Z., & Zhou, S. F. (2006). Monitoring of immune responses to a herbal immuno-modulator in patients with advanced colorectal cancer. International immunopharmacology6(3), 499–508. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16428086/
  5. Wachtel-Galor, S., Tomlinson, B., & Benzie, I. F. (2004). Ganoderma lucidum (“Lingzhi”), a Chinese medicinal mushroom: biomarker responses in a controlled human supplementation study. The British journal of nutrition91(2), 263–269. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/14756912/
  6. Lee, J. M., Kwon, H., Jeong, H., Lee, J. W., Lee, S. Y., Baek, S. J., & Surh, Y. J. (2001). Inhibition of lipid peroxidation and oxidative DNA damage by Ganoderma lucidum. Phytotherapy research : PTR15(3), 245–249. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/11351361/
  7. el-Mekkawy, S., Meselhy, M. R., Nakamura, N., Tezuka, Y., Hattori, M., Kakiuchi, N., Shimotohno, K., Kawahata, T., & Otake, T. (1998). Anti-HIV-1 and anti-HIV-1-protease substances from Ganoderma lucidum. Phytochemistry49(6), 1651–1657. https://doi.org/10.1016/s0031-9422(98)00254-4
  8. Li, Y. Q., & Wang, S. F. (2006). Anti-hepatitis B activities of ganoderic acid from Ganoderma lucidum. Biotechnology letters28(11), 837–841. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16786250/
  9. Hijikata, Y., & Yamada, S. (1998). Effect of Ganoderma lucidum on postherpetic neuralgia. The American journal of Chinese medicine26(3-4), 375–381. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/9862025/
  10. Yoon, S. Y., Eo, S. K., Kim, Y. S., Lee, C. K., & Han, S. S. (1994). Antimicrobial activity of Ganoderma lucidum extract alone and in combination with some antibiotics. Archives of pharmacal research17(6), 438–442. https://doi.org/10.1007/BF02979122
  11. Jia, Jie & Zhang, Xi & Hu, Yong-Shan & Wu, Yi & Wang, Qing-Zhi & Li, Na-Na & Guo, Qing-Chuan & Dong, Xin-Cun. (2009). Evaluation of in vivo antioxidant activities of Ganoderma lucidum polysaccharides in STZ-diabetic rats. Food Chemistry. 115. 32-36. 10.1016/j.foodchem.2008.11.043.
  12. Gao, Yihuai & Chen, Guoliang & Daiy, Xihu & Yey, Jingxian & Zhou, Shufeng. (2004). A Phase I/II Study of Ling Zhi Mushroom Ganoderma lucidum (W.Curt.:Fr.) Lloyd (Aphyllophoromycetideae) Extract in Patients with Coronary Heart Disease. International Journal of Medicinal Mushrooms – INT J MED MUSHROOMS. 6. 327-334. 10.1615/IntJMedMushr.v6.i4.30.
  13. Wachtel-Galor, S., Tomlinson, B., & Benzie, I. F. (2004). Ganoderma lucidum (“Lingzhi”), a Chinese medicinal mushroom: biomarker responses in a controlled human supplementation study. The British journal of nutrition91(2), 263–269. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/14756912/
  14. Wanmuang, H., Leopairut, J., Kositchaiwat, C., Wananukul, W., & Bunyaratvej, S. (2007). Fatal fulminant hepatitis associated with Ganoderma lucidum (Lingzhi) mushroom powder. Journal of the Medical Association of Thailand = Chotmaihet thangphaet90(1), 179–181.

Write A Comment