Kubis bunga adalah salah satu saudara kepada sayur brokoli yang penuh dengan khasiat dan sangat menyihatkan. Selain kaya dengan serat dan vitamin C, kubis bunga juga mesra dengan mereka yang berdiet untuk menurunkan berat badan. Contohnya dalam diet keto dan diet atkin.

Fakta Nutrisi Kubis Bunga

Kubis bunga sangat rendah kalori disamping mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.

NutrienUnitNilai bagi 100g
Proksimat
Airg92.07
Tenagakcal25
Proteing1.92
Jumlah Lipid(lemak)g0.28
Karbohidratg4.97
Seratg2
Gula,Jumlahg1.91
Mineral
Kalsium,Camg22
Besi, Femg0.42
Magnesium, Mgmg15
Fosforus, Pmg44
Kalium, Kmg299
Sodium, Namg30
Zink, Znmg0.27
Vitamin
Vitamin C, jumlah asid askorbikmg48.2
Thiaminmg0.05
Riboflavinmg0.06
Niacinmg0.507
Vitamin B-6mg0.184
Folat, DFEµg57
Vitamin E (alfa-tokoferol)mg0.08
Vitamin K (filokuinon)µg15.5
Lipid
Asid Lemak, Jumlah tepug0.13
Asid lemak, Jumlah mono tak tepug0.034
Asid Lemak, Jumlah poli tak tepug0.031
Asid Lemak, Jumlah transg0
Kolesterolmg0
khasiat kubis bunga

Berikut merupakan 5 khasiat kubis bunga berdasarkan kajian sains:

1) Kaya dengan Kolina

Kolina ialah nutrien yang selalu kurang dalam ramai orang. Kekurangan kolina dalam diet boleh membawa kepada lemak hati dan kerosakan otot serta meningkatkan kadar kemungkinan terkena penyakit jantung (1).

Kolina juga mempunyai manfaat dalam perkembangan otak dan kekurangannya boleh merosakkan DNA dan kematian sel (2,3).

2) Kaya dengan Serat

Serat adalah komponen penting dalam pemakanan kita. Selain membantu kepada kelancaran sistem penghadaman, serat juga boleh mengurangkan keradangan.

Selain baik untuk sistem penghadaman, serat juga boleh membantu mengawal selera makan dan mengurangkan berat badan (4).

3) Kaya dengan Antioksidan

Seperti sayuran lain yang datang daripada keluarga kubis, kubis bunga juga kaya dengan antioksidan. Kandungan antioksidan seperti glucosinolates dan isothiocyanates yang boleh memperlahankan penumbuhan sel kanser (5,6,7).

4) Baik untuk Kesihatan Tulang

Kubis bunga kaya dengan vitamin C. Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen yang boleh melindungi tulang dan sendi (8).

Selain itu, vitamin K yang terkandung dalam kubis bunga ini juga bagus untuk kesihatan tulang. Vitamin K didapati boleh menambah ketumpatan tulang dan juga mengurangkan kadar keretakan (9).

5) Membantu dalam Mengurangkan Berat Badan

Kubis bunga mempunyai indola-3-karbinol iaitu sebatian yang mempunyai potensi mencegah obesiti dan gangguan metabolisme (10).

Kandungan sulforaphane dalam kubis bunga mempunyai potensi sebagai suplemen antiobesiti. Selain keupayaan sulforpahane ini dalam merawat tekanan oxidatif, kajian in vitro dan in vivo juga menunjukkan keberkesanannya digunakan sebagai suplemen antiobesiti (11).

Walau bagaimanapun, kajian lanjut termasuk ujian klinikal harus dijalan bagi mengenalpasti kemujarabannya.

Kesimpulan

Khasiat kubis bunga merangkumi banyak aspek iaitu kesihatan jantung, perkembangan otak, membantu sistem penghadaman, kesihatan tulang dan membantu dalam menurunkan berat badan.

Maka, ambillah kubis bunga dalam diet harian kita.

Write A Comment