Buah tin atau nama saintifiknya Ficus carica adalah buah yang penuh dengan khasiat dan kebaikan untuk manusia. Buah tin merupakan buah yang baik dan buah dari syurga. Allah s.w.t telah bersumpah dengan buah tin dan buah zaitun dalam Al-Quran dalam surah at-Tiin.

Baru-baru ini kita dapat lihat bahawa buah ini juga boleh ditanam dan hidup di Malaysia.

Terdapat beberapa jenis buah tin iaitu black mission, brown turkey, sierra, calimyrna dan kadota. Manakala, buah tin kering boleh di dapati dimana-mana seluruh dunia.

5 khasiat dan kebaikan buah tin berdasarkan kajian dan bukti sains adalah seperti berikut:

1) Fakta Nutrisi Buah Tin

Bagi 100g buah tin segar, nutrien yang terkandung di dalamnya adalah seperti berikut:

NutrienUnitNilai bagi 100g
Proksimat
Airg79.11
Tenagakcal74
Proteing0.75
Jumlah Lipid (lemak)g0.3
Karbohidratg19.18
Seratg2.9
Gula, Jumlahg16.26
Mineral
Kalsium, Camg35
Zat Besi, Femg0.37
Magnesium, Mgmg17
Fosforus, Pmg14
Kalium, Kmg232
Natrium, Namg1
Zink, Znmg0.15
Vitamin
Vitamin C, jumlah asid askorbikmg2
Thiaminmg0.06
Riboflavinmg0.05
Niacinmg0.4
Vitamin B-6mg0.113
Folat, DFEµg6
Vitamin B-12µg0
Vitamin A, RAEµg7
Vitamin A, IUIU142
Vitamin E (alfa-tokoferol)mg0.11
Vitamin D (D2 + D3)µg0
Vitamin DIU0
Vitamin K (filokuinon)µg4.7
Lipid
Asid Lemak, jumlah tepug0.06
Asid Lemak, jumlah mono tak tepug0.066
Asid Lemak, jumlah poli tak tepug0.144
Asid Lemak, jumlah transg0
Kolestrolmg0
khasiat buah tin

2) Kaya dengan Antioksidan

Buah tin yang kering mempunyai antioksidan (sebatian fenolik) yang tinggi serta dapat melindungi badan kita daripada tekanan oksidatif (1).

Tekanan oksidatif ini ialah satu proses yang mencetus kepada kerosakan sel. Tekanan oksidatif ini dipercayai menjadi faktor kepada penyakit seperti kanser, penyakit jantung, strok, diabetes, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan juga penyakit mata.

Sebatian fenolik ini lebih banyak di bahagian kulitnya (2).

Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa buah tin yang berwarna gelap mempunyai lebih kapasiti antioksidan berbanding dengan buah yang berwarna cerah (3).

3) Merendahkan Tekanan Darah

Buah ini juga kaya dengan mineral kalium (potassium) dan rendah dengan mineral natrium (sodium). Makanan yang tinggi dengan natrium dan rendah kalium boleh membawa kepada tekanan darah tinggi yang seterusnya boleh menyebabkan serangan jantung, strok dan kematian akibat daripada penyakit jantung (4).

Kalium penting untuk fungsi otot di samping merendahkan tekanan darah, merehatkan dinding pembuluh darah dan melindungi daripada kejang otot.

4) Bagus untuk Pesakit Diabetes

Ekstrak buah tin merupakan sumber kepada asid absisik. Asid absisik berpotensi menstabilkan gula secara alami dan mengawal insulin. Dalam satu kajian, pengambilan ekstrak buah tin sebanyak 200mg ke dalam larutan glukosa dapat mengurangkan indeks glisemik dan indeks insulin, masing-masing sebanyak 25% dan 24% (5).

5) Baik untuk Pesakit Anemia

Mineral zat besi diperlukan untuk membentuk hemoglobin dalam darah. Oleh itu, buah ini berguna kepada pesakit Anemia (kekurangan darah) (6).

Kesimpulan

Buah tin mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Dari manfaat kandungan antioksidannya yang tinggi hinggalah membantu menambah darah kepada pesakit Anemia.

Write A Comment