Buah lemon merupakan buah yang kaya dengan vitamin C. Kebiasaanya, lemon digunakan dalam makanan atau minuman. Antara khasiat buah lemon ialah baik untuk kesihatan jantung, mengawal berat badan dan kesihatan sistem penghadaman.

khasiat buah lemon

5 khasiat dan kebaikan buah lemon untuk kesihatan tubuh badan:

1) Membantu Menurunkan Berat Badan

Satu kajian terhadap tikus yang dalam diet untuk mengemukkan mendapati pengambilan polifenol lemon menyekat kenaikan berat dan lemak badan berbanding tikus yang lain (1).

Terdapat satu teori yang lain yang berpendapat serat pektin yang larut air mengembang dalam perut. Seterusnya membantu kita berasa kenyang lebih lama.

2) Baik untuk Kesihatan Jantung

Lemon ialah sumber vitamin C yang baik.

Sebiji lemon mempunyai kira-kira 31mg vitamin C, iaitu 51% berdasarkan rujukan pengambilan harian (RDI).

Berdasarkan kajian, mereka yang mengambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin C kurang berisiko menghidap penyakit jantung (2).

Sebatian polifenol dalam lemon yang dikenali sebagai Flavonoid dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Bagi penyakit jantung, peranan flavonoid adalah sebagai antioksidan, antitrombotik (agen yang menganggu pembentukan trombus), mengurangkan ketegangan pembuluh darah, dan anti-ischemic (3).

3) Meningkatkan Sistem Imunisasi

Kandungan vitamin C dalam buah sitrus ini boleh merangsangkan sistem imunisasi badan kita. Vitamin C menyokong fungsi sekatan epitelium terhadap patogen dan melindungi badan kita daripada tekanan oksidatif (4).

Antioksida dalam buah lemon yang dikenali sebagai fitonutrien dapat membantu melindungi badan kita dari penyakit (5).

4) Baik untuk Penghadaman

Lemon mempunyai serat larut yang dikenali sebagai pektin. Pektin merupakan serat larut yang mempunyai banyak kebaikan dan dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan.

Kajian menunjukkan pengambilan pektin secara makan kepada kanak-kanak boleh mengurangkan jangkitan pada usus dan mengurangkan cirit-birit secara signifikan (6, 7).

Walau bagaimanapun, untuk mendapat manfaat dari pektin ini, buah lemon harus dimakan bersama pulpanya. Sebagai contoh, jus lemon yang dibuat bersama-sama pulpanya.

5) Baik untuk Kulit

Vitamin C dalam lemon juga berguna untuk kulit.

Vitamin C meningkatkan penghasilan kolagen kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang meneutral dan menyingkirkan radikal bebas akibat pencemaran persekitaran dan sinaran UV (8).

Kesimpulan

Buah lemon sangat berkhasiat untuk kesihatan jantung, kulit, penghadaman serta imunisasi kita.

Selain itu,buah lemon juga berguna untuk menurunkan berat badan.

Write A Comment