Buah betik atau nama saintifiknya Carica Papaya merupakan buah yang berasal dari tropika Amerika. Buah yang kaya dengan khasiat ini tersebar bermula dari selatan Mexico hingga selatan Amerika dan kemudiannya ke kepuluan Caribbean oleh penjelajah Sepanyol. Orang Sepanyol juga telah membawa buah ini ke Eropah dan juga kepulauan pasifik.

Selain rasanya yang enak dan teksturnya yang lembut, buah betik juga mempunyai banyak khasiat dan kebaikannya.

Fakta Nutrisi Buah Betik

NutrienUnitNilai bagi 100g
Proksimat
Airg88.06
Tenagakcal43
Proteing0.47
Jumlah lipid (lemak)g0.26
Karbohidrat, berdasarkan perbezaang10.82
Seratg1.7
Gula, Jumlahg7.82
Mineral
Kalsium, Camg20
Besi, Femg0.25
Magnesium, Mgmg21
Fosforus, Pmg10
Kalium, Kmg182
Sodium, Namg8
Zink, Znmg0.08
Vitamin
Vitamin C, jumlah asid askorbikmg60.9
Thiaminmg0.023
Riboflavinmg0.027
Niacinmg0.357
Vitamin B-6mg0.038
Folat, DFEµg37
Vitamin B-12µg0
Vitamin A, RAEµg47
Vitamin A, IUIU950
Vitamin Emg0.3
Vitamin D (D2 + D3)µg0
Vitamin DIU0
Vitamin Kµg2.6
Lipid
Asid Lemak, Jumlah tepug0.081
Asid Lemak, Jumlah mono tak tepug0.072
Asid Lemak, Jumlah poli tak tepug0.058
Asid Lemak, Jumlah transg0
Kolestrolmg0

Getah buah betik mempunyai enzim yang dipanggil papain. Enzim ini boleh memutuskan rantaian protein yang boleh dijumpai dalam daging. Oleh itu, getah buah betik sesuai untuk digunakan melembutkan daging.

khasiat buah betik

Berikut merupakan beberapa khasiat dan kebaikan buah betik untuk kesihatan kita berdasarkan kajian sains:

1) Menghilangkan Sembelit

Satu kajian terhadap mereka yang mengalami masalah penghadaman selama 40 hari mendapati, buah betik dapat menyelenggara laluan penghadaman. Di samping itu, ia memulihkan fungsi-fungsi yang mengalami gangguan seperti simptom-simptom sembelit (1).

2) Awet Muda / Melindungi Kulit

Aktiviti radikal bebas dipercayai menjadi punca kepada kulit berkedut, mengelebeh, dan kerosakan kulit yang lain.

Kandungan vitamin C dan likopina dalam buah ini menjadikannya satu pilihan untuk menyihatkan kulit, melindungi kulit dan melambatkan penuaan kulit kita (2).

3) Baik untuk Hipertensi

Dalam satu kajian yang menggunakan ekstrak betik mendapati, komponen bioaktif dalam ekstrak betik ini mempunyai kesan perencat enzim pengubah angiotensin sama seperti ubat hipertensi enalapril (3).

4) Baik untuk Mata

Kandungan vitamin A dalam betik boleh membantu menghalang daripada penyakit atau kerosakan mata. Kekurangan vitamin A boleh membawa kepada rabun malam (4).

Beta-kerotin dalam betik memberikan warna jingganya sama seperti lobak merah. Antioksidan ini dapat mengurangkan kesan degenerasi makular berkaitan usia (gangguan pada makula retina yang boleh membawa kepada rabun dan buta) (5).

5) Antikanser

Dalam satu kajian terhadap 14 jenis buah, hanya buah betik menunjukkan aktiviti antikanser dalam sel kanser payudara (6).

Terdapat satu kajian kes terhadap penghidap kanser perut yang meminum air rebusan daun betik yang menunjukkan penyembuhan. Selain itu, terdapat laporan mengenai penghidap kanser paru-paru, kanser perut, kanser payudara, kanser pankreas, kanser hati dan kanser darah yang berjaya hidup lebih lama dengan meminum ekstrak daun betik.

Kandungan sebatian bioaktif yang banyak dalam buah betik mempunyai potensi untuk digunakan dalam melawan kanser. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian harus dilakukan (7).

Manfaatkan Kesuburan Tanah di Malaysia

Buah betik amat mudah tumbuh di Malaysia. Maka, anda boleh manfaat kelebihan ini dengan menanam sendiri pokok betik dan menikmati buah yang kaya dengan nutirisi ini secara percuma!

Write A Comment