Racun perosak mempunyai kesan terhadap kesihatan kita. Keracunan daripada racun perosak merupakan salah satu masalah kesihatan di seluruh dunia. Kita terdedah kepada racun perosak dalam pelbagai cara seperti semasa gunakannya di sekeliling rumah atau kebun, digunakan dalam komuniti kita, dan juga dalam makanan kita.

Racun perosak banyak digunakan dalam pertanian bagi mengawal serangga perosak dan penyakit kepada tanaman supaya pengeluaran dapat ditingkatkan.

Artikel kali ini menfokuskan kepada kesan penggunaan racun perosak terhadap makanan dan buah-buahan kepada kesihatan manusia.

Apakah yang dimaksudkan dengan Racun Perosak?

Di Malaysia, racun perosak di definasikan sebagai racun makhluk yang meliputi semua racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun tikus, racun siput dan racun makhluk lain yang digunakan dalam bidang pertanian, sektor kesihatan umum, sektor perhutanan dan digunakan dalam rumah.

Racun perosak ini dikawalselia di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

kesan racun perosak

Jenis-jenis Racun Perosak

Racun perosak boleh terbahagi kepada dua iaitu jenis sintetik dan organik.

Racun jenis sintetik dihasilkan dalam makmal atau organik. Manakala racun jenis organik terhasil secara semulajadi, tetapi boleh juga dihasilkan kembali di makmal.

Bagaimana Had Residu Racun Perosak dalam Makanan Dikawal?

Residu racun perosak dalam makanan adalah lebihan daripada kuantiti atau kadar atau kepekatan yang ditentukan bagi sesuatu racun perosak dalam makanan.

Menurut Jabatan Pertanian Malaysia, pemantauan hasil tanaman berpandukan Had Maksimum Residu atau Maximum Residue Limit (MRL). MRL ini dilakukan untuk mengawal residu racun perosak dalam makanan. MRL diukur dalam unit mg/kg. Penetapan MRL dijalankan seperti berikut:

  • NOEALNo Observable Adverse Effect Level (Kuantiti racun perosak tertinggi yang tidak menyebabkan kesan yang berbahaya.)
  • ADI Acceptable Daily Intake (Kadar atau kuantiti racun perosak yang boleh diambil oleh manusia secara harian sepanjang hidup berdasarkan kajian toksikologi tanpa kesan berbahaya kepada kesihatan.)
  • ARfDAcute Reference Dose (Kadar atau kuantiti residu racun perosak yang boleh diambil oleh manusia dalam satu hari berdasarkan kajian toksikologi tanpa mendatangkan kesan yang berbahaya kepada kesihatan.)
  • MRLMaximum Residue Level (Paras residu racun perosak yang dibenarkan pada komoditi makanan)

Kesan Racun perosak Kepada Kesihatan

Terdedah kepada racun perosak pada dos yang tinggi berbahaya kepada kesihatan. Manusia terdedah kepada racun ini melalui makanan, udara, air, tanah, flora dan fauna. Kemudian, racun ini masuk ke dalam badan manusia melalui kulit, mulut, mata dan saluran pernafasan.

Kesan racun perosak terhadap kita termasuklah penyakit seperti kanser, leukimia, parkinson, asma, Alzheimer, dan juga tekanan oksidatif (oxidative stress) (1,2)

Kajian terhadap pekerja pertanian di Mesir yang terdedah kepada racun perosak mempunyai peningkatan risiko kanser pundi kencing.

Kajian di barat daya Perancis mendapati, pekerjaan yang terdedah kepada racun perosak pada kadar yang tinggi berisiko menghidap tumor otak.

Terdedah kepada racun perosak secara tidak sengaja atau atas faktor pekerjaan membawa penyakit kepada kita. Walau bagaimanapun, kadar residu racun perosak yang rendah yang dijumpai dalam makanan tidaklah berbahaya (3,4).

Write A Comment