Apa itu Refined Carbohydrate?

Refined carbohydrate (karbohidrat bertapis) juga dikenali sebagai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) ialah karbohidrat yang telah dibuang atau ditapis nutrien (zat makanan) dan seratnya.

Karbohidarat bertapis ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu:

a) Gula: Keluarga gula yang diproses dan ditapis seperti sukrosa (gula putih), sirap jagung yang tinggi fruktosa, sirup karamel, sirup malt, dan sirap Agave.

b) Bijirin bertapis: Merupakan bijirin yang mana nutrien dan seratnya telah dibuang. Contohnya seperti roti putih, tepung putih, nasi putih,pasta dan makanan yang dihasilkan menggunakan tepung putih.

Karbohidrat jenis ini juga cepat hadam dan mempunyai indeks glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna makanan daripada karbohidrat bertapis ini akan menyebabkan gula dalam darah dan tahap insulin mencanak naik dan turun mendadak.

roti putih-refined carbohydrate
Roti putih-Salah satu makanan kabohidrat bertapis

Kita juga akan menjadi cepat lapar (1) dan menginginkan makanan manis. Seterusnya membawa kepada terlebih makan dan peningkatan berat badan.

Menjadi Punca Kepada Terlebih Makan dan Obesiti

Karbohidrat bertapis membawa kita kepada terlebih makan. Hal ini kerana, makanan yang terdiri daripada karbohidrat yang bertapis ini menyebabkan tahap gula dalam darah menurun mendadak dalam masa sejam atau dua jam selepas makan. Kemudian, kita akan kembali berasa lapar dan ingin makan kembali (2).

Kajian terhadap makanan yang tinggi indeks glisemik (GI) mendapati makanan yang tinggi indeks glisemik menyebabkan penyerapan glukosa yang cepat dan mendorong kepada pengambilan makanan berlebihan dalam kalangan mereka yang obes (3).

Punca Kepada Penyakit Diabetes Jenis 2 & Penyakit Jantung

Penghidap penyakit diabetes jenis 2 berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung (4).

Manakala, penyakit diabetes jenis 2 ini pula disebabkan oleh kerintangan insulin (insulin resistance)(5, 6). Kerintangan insulin ini antaranya berlaku akibat pengambilan makan karbohidrat bertapis yang banyak (7).

Beberapa kajian mendapati makanan yang terdiri daripada kabohidrat bertapis menyumbang kepada penyakit diabetes tahap 2 dan penaykit jantung (8,9)

Pilih Karbohidrat yang Baik

Tidak semua karbohidrat buruk untuk diri kita. Diet yang seimbang juga memerlukan karbohidrat.

Antara karbohidrat yang baik ialah:

  • Bijiran penuh yang tidak ditapis – roti mil penuh, beras perang, barli, quinoa, oatmil
  • Sayuran tidak berkanji – sayuran berdaun seperti salad, daun sawi,bayam dan kangkung, tomato, brokoli, kubis, bunga kubis, cendawan dan juga bawang.
  • Kekacang – kacang tanah, kacang walnut, kacang gajus,kacang badam
  • Buah-buahan – buah beri, epal, pisang, oren, lemon

Write A Comment