Apa itu Arabic Gum ?

Arabic Gum (AG) atau turut dikenali sebagai Acacia gum diperolehi daripada pokok Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Pokok ini kebiasaanya tumbuh di negara-negara Afrika dan digunakan dalam perubatan tradisional atau alternatif. Sudan merupakan negara pengeluar terbesar arabic gum.

Arabic gum terdiri daripada tiga komponen iaitu polisakarida (komponen utama), oligosakarida dan glikoprotein. Walau bagaimanapun, komposisi ini boleh berlainan bergantung kepada sumber, iklim dan tanah.

Kegunaan Arabic Gum

Arabic Gum telah digunakan sejak dahulu lagi sebagai ubatan tradisional dan kegunaan harian untuk beberapa jenis penyakit. Orang Mesir menggunakan gam ini sebagai pelega kesakitan dan gam . Kini, arabic gum banyak digunakan dalam industri makanan dan farmaseutikal.

Gam ini juga digunakan sebagai ejen pemekat, pengemulsi, dan penstabil kepada perisa dalam industri makanan dan penyediaan farmaseutikal. Selain itu, arabic gum juga digunakan dalam industri tekstil, kosmetik dan tembikar.

gum arabic
Arabic Gum

Khasiat Arabic Gum

a) Mencegah Obesiti

Satu kajian terhadap 120 orang wanita yang sihat mendapati, bagi kumpulan yang mengambil arabic gum sebanyak 30g sehari selama 6 minggu menunjukkan penurunan signifikan terhadap bacaan BMI dan lemak badan (1).

b) Kebersihan Mulut

Di Timur Tengah dan Utara Afrika, arabic gum digunakan sebagai dalam produk pergigian. Acacia juga digunakan sebagai pembersih mulut bagi penyakit mulut, gusi dan kerongkong (2).

c) Baik untuk Penghidap Diabetes Mellitus Jenis 2

Penyakit diabetes mellitus telah menjadi epidemik pada abas 21 ini. World Health Organization (WHO) menjangkakan Diabetes Mellitus akan berada pada kedudukan ketujuh penyebab kematian pada 2030.

Arabic gum mengandungi serat larut air. Serat jenis ini menghalang penyerapan makronutiren dalam usus dan mengurangkan indeks glukosa selepas makan.

Dalam satu kajian terhadap 40 peserta terdiri daripada individu sihat, pra-diabetis, pesakit diabetes mellitus jenis 2, dan pesakit diabetes neprofati. Mereka dibekalkan makanan tambahan (suplemen) mengandungi arabic gum sebanyak 10g sehari selama 16 minggu.

Hasil kajian mendapati penurunan signifikan gula dalam darah dan glycosylated hemoglobin (HbAc1) diikuti oleh penurunan jumlah protein dan asid urik dalam kesemua peserta kajian (3).

d) Menyembuh Luka

Arabic Gum telah digunakan dalam farmaseutikal sebagai demulsen. AG digunakan untuk menyembuh luka dan didapati menghalang pertumbuhan bakteria periodontik (4).

e) Mempunyai Ciri-ciri Prebiotik

Arabic gum mempunyai ciri-ciri prebiotik.

Dalam satu kajian selama 4 minggu, pada dos 10g sehari, bakteria Bifidobacteria (bakteria bermanfaat), Lactobacilli (bakteria bermanfaat) dan Bacteroides (bakteria tidak bermanfaat) dalam arabic gum lebih tinggi daripada inulin. Ini dapat disimpulkan bahawa gam ini menunjukkan keberkesanan prebiotik (5).

Kesan Sampingan

Secara umumnya, jika diambil melalui mulut, arabic gum adalah selamat.

Dalam satu kajian, kesan sampingan yang disebabkan oleh arabic gum hanya dirasai pada minggu pertama sahaja. Antara kesan sampingan yang diketahui ialah:

  • Rasa melekit pada mulut
  • Rasa loya pada waktu pagi
  • Cirit-birit yang ringan
  • Kembung perut

Kesimpulan

Banyak khasiat arabic gum yang boleh diperolehi seperti untuk sakit kencing manis, obesiti, kebersihan mulut dan untuk sistem pencernaan.

Hakikatnya, khasiat dan kegunaan arabic gum tidak dapat dinafikan lagi kerana gam ini telah digunakan secara meluas dalam industri makanan dan industri farmaseutikal.

Write A Comment