Pernahkah kita tertanya-tanya apakah nutrisi dalam buah durian disebalik rasanya yang enak itu? Durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus dikenali sebagai raja buah di Malaysia. Terdapat banyak nutrisi dalam buah durian yang baik untuk kesihatan kita.

Sepanjang bulan Jun dan Julai tahun ini dapat dilihat orang menjual durian di merata-rata tempat. Di bahu jalan, di pasar malam, pasar tani atau gerai buah-buahan. Para pengemar durian mesti tidak akan melepaskan peluang ini.

Namun sebelum ke fakta nutrisi, kita kenali dahulu beberapa jenis durian yang telah didaftarkan di negara kita.

Jenis-jenis Buah Durian di Malaysia

Kredit imej dan maklumat dari FAMA Malaysia

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya kongsikan fakta-fakta nutrisi bagi buah durian sebagai rujukan kita semua.

Fakta Nutrisi Buah Durian

Berdasarkan pengkalan data USDA bagi 100g isi buah durian, terdapat nutrien seperti berikut:

NutrienUnitNilai bagi 100g
Proksimat
Airg64.99
Tenagakcal147
Proteing1.47
Jumlah lipid (lemak)g5.33
Karbohidratg27.09
Seratg3.8
Mineral
Kalsium, Camg6
Besi, Femg0.43
Magnesium, Mgmg30
Fosforus, Pmg39
Kalium, Kmg436
Natrium, Namg2
Zink, Znmg0.28
Vitamin
Vitamin C, jumlah asid askorbikmg19.7
Thiaminmg0.374
Riboflavinmg0.2
Niacinmg1.074
Vitamin B-6mg0.316
Vitamin B-12µg0
Vitamin A, RAEµg2
Vitamin A, IUIU44
Lipid
Asid lemak, jumlah transg0
Kolestrolmg0

Vitamin C merupakan vitamin yang mampu menjadi pelindung kepada kekurangan sistem imun, penyakit kardiovaskular, penyakit mata, masalah kesihatan kandungan dan juga kedutan pada kulit (1).

Manakala vitamin B kompleks seperti Thiamin, Riboflavin, Niacin, B6 dan B12 mempunyai banyak khasiatnya. Bermula dari peranannya dalam metabolisma badan hingga ke fungsi neurologi dan DNA.

Buah durian juga mempunyai vitamin A. Vitamin A penting untuk fungsi penglihatan, fungsi imunisasi dan pembiakan (2).

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai penyakit diabetes, jantung dan ginjal pengambilan durian pada kadar yang banyak adalah tidak digalakkan kerana kandungan karbohidrat dan kaliumnya yang tinggi.

Write A Comment