Genetic Modified Organism (GMO) atau Organisma Terubahsuai Genetik didefinasikan sebagai organisma yang mana genetiknya telah dimanipulasi dalam makmal melalui kejuruteraan genetik atau teknologi transgenik.

Manakala, makanan yang terhasil daripada pengubahsuaian bahan genetiknya (DNA) melalui penggabungan dengan genetik organisma lain pula dikenali sebagai makanan terubahsuai genetik (GMF).

Kebanyakan GMO dibuat bertujuan untuk menambah penghasilan tanaman, iaitu hasil daripada pembaikan ciri-ciri ketahanan terhadap penyakit dan racun serangga.

gmo

Kesan Sampingan GMO?

Terdapat perdebatan mengenai kesan sampingan GMO ini terhadap manusia. Menjadi kebimbangan banyak pihak mengenai kejuruteraan genetik yang berkemungkinan penggunaan gen tahan antibiotik dan ia boleh membawa kepada penghasilan bakteria tahan antibiotik yang tahan kepada antibiotik sedia ada.

Tanaman GMO juga berkemungkinan mempunyai bahan toksik dan tidak sama dari segi genom, proteom, dan metabolom berbanding tanaman yang tidak diubah suai. Kebimbangan lain ialah tanaman GMO mungkin kurang bernutrisi; sebagai contoh kurang fitoestrogen, yang melindungi manusia daripada kanser dan penyakit jantung (1).

Antara Makanan yang Terubahsuai Genetik dari Luar Negara

  • Alfalfa
  • Minyak Canola
  • Jagung
  • Kacang soya
  • Betik
  • Epal
  • Ubi kentang
  • Pokok bit gula
  • Zucchini
  • Haiwan ternakan yang makan makanan terubahsuai genetik.

Perbahasan yang Berterusan

Menurut Megan L. Norris dalam satu penulisannya pada tahun 2015, selepas 20 tahun pemerhatian oleh negara dan penyelidik di seluruh dunia, mereka membuat kesimpulan bahawa makanan yang terubah genetik ini selamat untuk pengguna.

GMO di Malaysia

Di Malaysia, makanan yang terubahsuai genetik dikawal selia oleh Jabatan Biokeselamatan di bawah Akta Biokeselamatan 2007 (Akta 678). Ia bertujuan untuk melindungi kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi.

Dari Sudut Pandangan Islam

Dari sudut Islam dan Halal, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa HARAM bagi makanan yang terubahsuai genetik yang mengandungi gen babi (1,2). Majlis Fatwa Kebangsaan juga turut mengeluarkan fatwa bahawa penggunaan bahan-bahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang. Manakala penggunaan haiwan ternakan yang halal dibolehkan sekiranya haiwan tersebut disembelih mengikut kaedah syarak (3).

Menjadi satu pilihan yang terbaik bagi umat Islam dengan memilih makanan yang mempunyai tanda halal, terutamanya halal daripada JAKIM. Hal ini kerana, makanan terubah genetik ini pada luarannya adalah sama tetapi DNAnya sudah berbeza.

Write A Comment

error: Content is protected !!