Nutrisi

Adakah Dehidrasi Memberi Kesan Kepada Kandungan?

Pinterest LinkedIn Tumblr

Kemaskini Terakhir Pada

Adakah dehidrasi memberi kesan kepada kandungan? Jawapannya ialah Ya. Dehidrasi ialah keadaan di mana badan kita kekurangan air.

Dehidrasi boleh terjadi kepada semua orang termasuklah yang sihat dan tidak mengandung. Malahan ketika mengandung, dehidrasi lebih membimbangkan kerana akan memberi kesan kepada ibu dan kandungannya.

Cuaca yang terlampau panas juga boleh menyebabkan dehidrasi. Aktiviti luar atau bersenam ketika cuaca panas juga tidak digalakkan kerana boleh membawa kepada dehidrasi.

dehidrasi memberi kesan kepada kandungan

Apakah kesan dehidrasi?

Dehidrasi berlaku akibat daripada badan kehilangan air lebih cepat daripada air yang kita minum. Kesannya, badan bergelut untuk berfungsi secara normal.

Semasa mengandung, air digunakan untuk membentuk plasenta yang menyalurkan nutrien kepada kandungan. Air juga digunakan dalam kantung amnion (ketuban). Dehidrasi memberi kesan kepada kandungan seperti (1, 2, 3) :

  • Kecacatan pada bayi
  • Kecacatan tiub saraf
  • Penghasilan susu badan yang sedikit
  • Kekurangan air ketuban
  • Kelahiran pramatang

Apakah tanda dehidrasi semasa mengandung?

Apabila ibu mengandung mula mengalami dehidrasi, badan akan mula menunjukkan beberapa tanda. Adalah penting untuk ibu-ibu mengenali tanda ini bagi mengelakkan dehidrasi ini beralih kepada tahap yang teruk.

Umumnya, berasa dahaga ialah tanda pertama dehidrasi. Namun, dahaga tidak semestinya menjadi penanda awal yang menunjukkan bahawa badan memerlukan air. Ramai orang tidak berasa dahaga sehingga mereka telah dehidrasi (4).

Tanda-tanda dehidrasi yang ringan hingga sederhana ialah:

  • rasa dahaga
  • keletihan
  • mulut kering
  • kurang kencing
  • sakit kepala
  • sembelit
  • pening
  • air kencing berwarna kuning gelap/pekat
  • kering bibir atau bibir merekah

Tada-tanda dehidrasi yang teruk pula ialah:

  • dahaga yang melampau
  • mulut kering yang melampau
  • ketidakselesaan dan keliru
  • sedikit atau tiada air kencing
  • degupan jantung yang laju
  • tekanan darah rendah
  • mata tenggelam
  • corak pergerakan bayi dalam kandungan berubah

Bagi ibu-ibu yang mengalami dehidrasi yang teruk, dapatkan rawatan segera.

Bagaimana untuk mencegah dehidrasi semasa mengandung?

Mencegah dehidrasi tidaklah susah. Ibu mengandung harus sentiasa terhidrasi dengan meminum air yang banyak setiap hari. Minum 8 hingga 12 gelas air sehari.

Selain itu, ibu mengandung juga disyorkan untuk mengelakkan produk yang mengandungi kafein kerana kafein boleh meningkatkan kekerapan untuk membuang air kecil.

Langkah lain yang boleh dilakukan untuk mencegah dehidrasi ialah mengelakkan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan kepanasan terlampau. Contohnya seperti senaman di sekitaran yang panas dan senaman yang berat.

Senaman atau aktiviti fizikal adalah bagus untuk ibu mengandung, namun jika senaman itu berat dan kurang pengambilan air maka aktiviti seperti ini boleh menyebabkan dehidrasi.

Makan buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti tembikai, rock melon, dan pir juga dapat membantu badan terus terhidrat.

Write A Comment