Minyak zaitun adalah lemak yang diperolehi daripada buah zaitun. Minyak zaitun sangat terkenal dengan khasiat dan kelebihannya kepada manusia dan kini digunakan di seluruh dunia. Buah zaitun adalah buah yang diberkati. Allah s.w.t telah bersumpah dengan nama buah ini di dalam Al-Quran.

Digunakan dalam ubat-ubatan, masakan, kosmetik dan juga sabun. Minyak ini kaya dengan asid lemak monotaktepu yang dikenali sebagai lemak sihat. Terdapat beberapa jenis minyak zaitun yang berbeza-beza ciri dan sifatnya. Antaranya ialah Minyak Zaitun Muda Kualiti Tinggi (Extra Virgin Olive Oil), Minyak Zaitun Muda (Virgin Olive Oil), dan Minyak Zaitun Murni (Pure Olive Oil)

khasiat minyak zaitun

5 khasiat minyak zaitun adalah:

1) Mencegah Penyakit Kardiovaskular

Satu ulasan berdasarkan beberapa kajian mendapati pengambilan minyak zaitun secara kerap dalam diet seharian berguna dalam melawan faktor risiko penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung.

Satu kajian yang dijalankan di Itali turut mendapati minyak zaitun muda berkualiti tinggi mempunyai ciri-ciri antiradang, antioksidan dan vasodilator nutrien yang boleh merendahkan risiko penyakit kardiovaskular.

2) Berkhasiat untuk Penyakit Hati Berlemak (Fatty Liver)

Dianggarkan sebanyak 25% orang dewasa di seluruh dunia mengalami masalah penyakit hati berlemak.

Kajian oleh Shiraz University of Medical Sciences, Iran mendapati, minyak zaitun boleh mengurangkan keparahan hati berlemak dan diet rendah kalori mungkin memberi manfaat kepada pesakit hati berlemak (bukan peminum arak).

Pakar berpendapat, minyak zaitun yang mempunyai manfaat kesihatan kepada manusia daripada penyakit sistem kardiovaskular, diabetes, obesiti, dan kecelaruan metabolisma mungkin boleh memainkan peranan penting dalam manfaat kesihatan pesakit hati berlemak (1).

3) Antikanser

Ramai penyelidik percaya bahawa penduduk di negara-negara Mediterranean mempunyai risiko rendah terhadap sesetengah kanser disebabkan oleh minyak zaitun (2).

Kajian oleh Pusat Kajian Kanser Jerman mendapati buah dan minyak zaitun mempunyai sebatian yang menjadi ejen antikanser.

Sementara itu, satu kajian lain yang dijalankan menunjukkan sebatian antioksidan fenolik yang terdapat dalam minyak zaitun adalah penghalang kepada penjanaan radikal bebas.

4) Mencegah Pereputan Tulang

Satu ulasan perubatan yang dijalankan terhadap kajian-kajian sejak 2001-2014 mendapati, sebatian fenolik dalam minyak zaitun muda kualiti tinggi (extra Virgin Olive Oil) bermanfaat dalam mencegah kehilangan jisim tulang.

Kajian lain menyokong bahawa ekstrak dan sebatian fenolik dalam minyak ini merangsang pertumbuhan sel tulang.

5) Mencegah Diabetes

Mereka yang mengambil kira-kira 15-20gram minyak zaitun sehari kurang berisiko menghidap diabetes. Minyak ini juga berkemungkinan mengurangkan risiko pengerasan arteri.

Sebatian yang diperolehi daripada daun atau minyak zaitun iaitu “hydroxytyrosol” mempunyai ciri-ciri antidiabetes, antioksidan, antiradang, dan antikanser. Ia juga mempunyai kesan sama seperti insulin dan berpotensi digunakan sebagai rawatan atau pencegahan kepada rintangan kepada insulin (3).

Kesimpulannya

Minyak yang barakah ini mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia. Kajian yang berterusan membolehkan potensi sebenar minyak ini dibuktikan secara sains dan klinikal.

3 Comments

  1. yer minya zaitun memang bagus sangat.. saya pun ada cerita dalam blog saya pasal minyak zaitun keluaran Al ard.

Write A Comment