Kehidupan ini penuh dengan dugaan dan cabarannya. Setiap orang mempunyai dugaan berbeza dalam hidup mereka.

Setiap ujian yang dihadapi oleh kita adalah yang bersesuai dengan kemampuan kita untuk menghadapinya.

Pernah atau tidak kita terfikir, dalam pada ujian itu melanda masih ada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita?

Tatkala kita kehilangan pekerjaan, kita masih mampu untuk makan. Tatkala kita tidak mempunyai wang kita masih sihat dan boleh bernafas.

Ini adalah nikmat yang kita sering lupakan kerana tidak nampak pada zahirnya.

Allah s.w.t telah berfirman: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Bagaimana untuk Menjadi Orang yang Bersyukur?

  • Salah satu cara untuk menjadi orang yang bersyukur ialah dengan sentiasa berasa cukup.
  • Jangan memandang orang yang lebih dari kita sebaliknya pandanglah orang yang kurang daripada kita.

Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu melihat kepada seseorang yang diberikan kelebihan pada harta dan fizikal, maka hendaklah dia melihat kepada seseorang yang lebih rendah (atau kurang) daripadanya.”

(Hadith riwayat al-Bukhari, No: 6490, Muslim, No: 2963, Ahmad, No: 7800). Sumber: Jakim
  • Anggaplah setiap ujian yang melanda itu adalah tanda kasih sayang Allah s.w.t untuk mengampunkan dosa kita dan mengangkat darjat kita.
  • Mengucapkan “Alhamdulillah” untuk setiap nikmat yang dirasai atau dinikmati.
  • Jauhi perasaan hasad dengki terhadap nikmat orang lain.
  • Sentiasa beristighfar memohon keampunan dari Allah s.w.t.
  • Sentiasa bersabar dengan setiap ujian yang melanda.

Write A Comment