Terdapat dua orang penjual kasut telah ditugaskan oleh syarikat masing-masing untuk meneroka pasaran baru di sebuah negara di benua Afrika. Sebelum mereka menjual produk kasut mereka, mereka dikehendaki membuat kajian kebolehpasaran di negara tersebut.

Mereka disediakan penginapan yang terbaik dan tiket penerbangan kelas pertama oleh syarikat masing-masing.

Dengan layanan yang baik dari syarikat masing-masing, semangat mereka terus berkobar-kobar untuk memberikan yang terbaik buat syarikat mereka. Setibanya mereka di lapangan terbang negara tersebut, mata mereka terarah kepada kaki-kaki orang yang lalu-lalang di situ.

penjual kasut

Keesokkan harinya, mereka telah melawat ke beberapa buah daerah dan perkampungan di sekitar negara tersebut termasuklah kilang-kilang dan kedai kasut yang terdapat di negara itu.

Setelah beberapa hari membuat pemerhatian dan kajian, kedua-dua penjual kasut ini pulang ke negara mereka. Mereka dikehendaki menyediakan laporan berdasarkan pemerhatian dan kajian mereka di negara tersebut.

Penjual kasut dari Syarikat A membentangkan laporannya dengan menyatakan:

” Tiada potensi pasaran kasut di negara ini kerana kebanyakan penduduk tidak memakai kasut terutamanya penduduk di kawasan kampung atau pedalaman.Kesimpulan saya, mereka tiada kuasa membeli yang besar”

Manakala, penjual kasut dari Syarikat B pula membentangkan laporannya dengan menyatakan:

” Kita ada potensi pasaran yang besar di negara itu kerana masih ramai penduduk di situ yang belum berkasut. Kesimpulan saya, banyak peluang pasaran kasut di sana.”

Akhirnya, syarikat B berjaya menjual banyak kasut mereka di negara tersebut dan meluaskan empayar mereka di sana.

Pengajaran:

Disebalik sesuatu permasalahan atau perkara, terdapat potensi dan peluang yang hanya dapat dilihat jika diambil dari sudut positifnya.

Bukan hanya praktikal dalam bidang perniagaan, ia juga dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita. Setiap perkara yang berlaku walaupun pada zahirnya kelihatan buruk terselit bersama-samanya hikmah yang mempunyai 1001 manfaat yang tidak terungkai dek akal dan ilmu yang cetek ini.

Seseorang yang sentiasa berfikiran positif juga akan lebih ceria dan lebih produktif berbanding mereka yang berfikiran negatif.

Write A Comment