Motivasi

Kesilapan Tanda Kita Mencuba – Jangan Berputus Asa

Pinterest LinkedIn Tumblr

Dalam hidup ini semua orang pernah melakukan kesilapan. Tidak kira besar atau kecil. Setiap kesilapan yang kita lakukan akan menjadi guru terbaik untuk mengajar kita erti dan makna kehidupan ini. Tanpa membuat kesilapan, kita tidak akan belajar apakah sebenarnya yang harus kita lakukan.

Adakah Kesilapan Menunjukkan Kita Teruk atau Lemah?

Jawapannya ialah TIDAK. Thomas Edision mencuba beratus kali sehingga kali ke-1000 barulah berjaya mencipta mentol. Jack Ma pula berkata, pada usia 20an adalah masa untuk kita melakukan kesilapan. Micheal Jordan pernah kalah dalam 300 perlawanan dan tersasar 9000 lontaran dalam kerjaya bola keranjangnya. Ramai yang menjadi seorang yang berjaya pernah melakukan banyak kesilapan dalam hidupnya.

Apa yang paling penting ialah KITA BELAJAR DARIPADA KESILAPAN ITU.

When you’re 25 years, don’t worry. Any mistake is a wonderful revenue.

Jack Ma

Mereka yang bijak juga akan belajar daripada kesilapan orang lain. Dari situ mereka tidak akan mengulangi kesalahan yang sama untuk menjadi seorang yang berjaya.

Kesilapan tanda kita mencuba

Berani Mencuba

Sekiranya kita ingin menjadi seorang yang berjaya, kita mesti berani mencuba sesuatu yang baru atau yang lain daripada yang lain. Sudah tentu sesuatu yang baru pasti datang bersama-sama risiko.

Namun, setiap kejayaan dan keuntungan pasti datang bersama-sama risiko. Contohnya dalam perniagaan, semakin besar keuntungan semakin besar risikonya.

Jika kita berani mencuba, risiko dan kegagalan itu akan menjadi satu pengalaman yang amat berguna kepada kita untuk hari yang mendatang.

Buangkan sikap negatif yang ada dalam diri kita walaupun ada kalanya kita memerlukannya.

Lihatlah individu yang terkenal seperti Bill Gates, Warren Buffett, Jack Welch dan Larry Page. Mereka adalah individu yang berfikiran positif dan optimistik akan masa depan. Mereka tidak merungut bahkan sentiasa mencuba untuk menyelesaikan masalah orang lain.

Ini kerana, setiap masalah atau rungutan akan wujud peluang.

Jangan Berputus Asa!

Jangan berputus asa! Putus asa harus menjadi musuh untuk orang yang ingin berjaya. Teruskan berusaha kerana setiap ujian dan dugaan itu ada hikmah disebaliknya.

Kesilapan yang kita lakukan adalah peluang dan ruang. Peluang untuk kita menilai adakah betul teknik atau cara kita dan ruang untuk kita muhasabah diri kita.

Teruskan berusaha, InsyaAllah kejayaan menanti di hadapan!

Kemaskini terakhir pada 30 Jun 2020

Write A Comment