Kata-kata semangat dapat menjadi pemangkin kepada semangat yang hilang, jiwa yang resah dan rasa putus asa. Dalam kehidupan ini, setiap orang akan mengalami satu masa di mana dirinya diuji. Saat ini kita memerlukan sokongan dan semangat dari orang sekeliling kita.

Kata-kata semangat berguna untuk kerjaya,belajar dan berjaya dalam hidup. Kata-kata yang positif boleh membawa aura yang positif untuk kita mendepani cabaran yang dihadapi.

Kita juga tidak harus mudah berputus asa kerana setiap dugaan dan ujian yang diterima adalah atas kemampuan kita untuk menghadapi dan menyelesaikannya.

Pulihkan semangat anda dengan kata-kata semangat dan kata-kata hikmah ini.

Kata-kata Hikmah (Hadith) daripada Rasulullah s.a.w

1) “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu.”

2) “Jauhi dengki kerana dengki memakan amal kebajikan sepertimana api memakan kayu bakar.”

3) “Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.”

4) “Apabila seseorang daripada kamu melihat kepada seseorang yang diberikan kelebihan pada harta dan fizikal, maka hendaklah dia melihat kepada seseorang yang lebih rendah (atau kurang) daripadanya.”

5) “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa).”

6) “Binasalah hamba wang: dinar dan dirham, hamba pakaian dengan segala macamnya yang menarik, jika diberi dia merasa gembira dan jika tidak diberi maka dia tidak merasa gembira.”

7) “Bukannya orang yang kuat itu orang yang menang dalam pertarungan tetapi orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”

8) “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga.”

9) “Sesungguhnya diantara orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah orang yang paling mulia akhlaknya.”

10) “Allah memberi rahmat kepada orang yang bermurah hati ketika berjual beli dan ketika meminta haknya.”

11) “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah memperolehi kebaikan Allah menjadikannya pandai dalam hal keagamaan.”

12) “Bercakap dengan perkataan yang baik merupakan sedekah.”

13) “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak.”

Kata-kata Semangat untuk Kehidupan dan Kejayaan oleh Tokoh Islam

kata-kata semangat untuk berjaya

14) “Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.” – Imam Al-Ghazali.

15) “Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, kamu mesti bersabar dengan apa yang kamu benci.” – Imam Al-Ghazali.

16) “Biarlah mereka bersikap bodoh dan menghina, dan tetaplah kita bersikap santun. gaharu akan semakin wangi ketika disulut api.” – Imam Syafi’e.

17) “Jadikan akhirat di hatimu, dunia ditanganmu dan kematian di pelupuk matamu.” – Imam Syafi’e.

18) “Manusia yang paling tinggi kedudukannya adalah mereka yang tidak melihat kedudukan dirinya dan manusia yang paling banyak memiliki kelebihan adalah mereka yang tidak melihat kelebihan dirinya.” – Imam Syafi’e.

19) “Tiang kepimpinan itu ada lima: perkataan yang benar, menyimpan rahsia, menepati janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan amanah.” – Imam Syafi’e.

20) “Jika kamu tidak tahan terhadap penatnya belajar, maka kamu akan menanggung bahayanya kebodohan.” – Imam Syafi’e.

21) “Yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang indah itu solat, yang dekat itu mati.” – Imam Al-Ghazali

22) “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.”- Hamka.

23) “Orang yang bijaksana membetulkan kesilapan diri dengan melihat kesilapan orang lain.” – Ibnu Sina.

24) “Apabila seseorang itu memuji dirinya,maka hilanglah kebijaksanaannya.” – Imam Malik.

25) “Orang yang tidak memiliki cahaya tidak mungkin dijadikan alat penerang oleh yang lain. Bagaimana bayangan akan lurus bila kayuya bengkok?.” – Imam Al-Ghazali.

26) “Ilmu tanpa amal adalah gila, manakala amal tanpa ilmu tidak diambil kira.” – Imam Al-Ghazali.

27) “Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lembut seperti sutera.” – Imam Al-Ghazali.

28) “Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.” – Imam Syafi’e.

29) “Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang demikian setinggi-tinggi erti syukur.” – Imam Syafi’e.

30) “Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.” – Imam Syafi’e.

Kata-kata Semangat untuk Kehidupan dan Kejayaan oleh Tokoh Barat

31) “Hidup umpama menaiki basikal. Untuk mengekalkan keseimbangan, kamu harus terus bergerak.” – Albert Einstein.

32) “Ia selalu kelihatan mustahil sehingga ia dilakukan.” – Nelson Mandela.

33) “Hidup ini ialah soalan dan bagaimana kita hidup adalah jawapannya.”- Gary Keller.

34) “Banyak kegagalan dalam hidup adalah dialami oleh orang yang tidak sedar bahawa mereka hampir berjaya ketika mereka berputus asa.” – Thomas Edison.

35) “Minda yang hebat membincangkan idea, minda yang sederhana membincangkan peristiwa, minda yang kecil membincangkan orang.”- Eleanor Roosevelt.

36) ” Kesilapan adalah bukti kamu mencuba.”

37) “Hidup adalah mengenai membuat impak bukan membuat pendapatan.” – Kevin Kruse

38) “Jalan menuju kejayaan dan jalan menuju kegagalan adalah hampir sama.” – Colin R. Davis

39) ” Kejayaan ialah berjalan dari kegagalan ke kegagalan tanpa hilang semangat.”- Winston Churchill.

40) “Cara untuk bermula ialah berhenti bercakap dan mula buat.”- Walt Disney

41) “Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih hebat daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby.

42) “Kejayaan bukan kunci kepada kebahagiaan. Kebahagiaan ialah kunci kepada kejayaan. Jika kamu mencintai apa yang kamu lakukan, kamu akan berjaya.” – Albert Schweitzer.

43) Jangan berputus asa. Perkara hebat memerlukan masa. Bersabar.

44) “Pesimis melihat kesusahan dalam setiap peluang. Optimis melihat peluang dalam setiap kesusahan.” – Winston Churchill.

45) “Cuba tidak menjadi seorang manusia yang berjaya tetapi cuba menjadi seorang manusia yang bernilai.” – Albert Einstein

46) “Kejayaan ialah hasil daripada kesempurnaan, kerja keras, belajar dari kegagalan, kesetiaan dan kegigihan.” – Colin Powell.

47) “Kegagalan ialah perasa yang memberikan kejayaan rasanya.” – Truman Capote.

48) “Satu-satunya tempat dimana kejayaan datang sebelum kerja ialah didalam kamus.” – Vince Lombardi

49) “Hiduplah seperti lilin yang menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

50) “Hanya mereka yang berani untuk gagal dengan hebat boleh mencapai kehebatan.” – Robert F. Kennedy.

Hidup ini umpama roda, adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Oleh itu, kuatkan semangat dan tekad untuk terus menghadapi apa jua ujian dan dugaan mendatang.

Rujukan hadith Rasulullah s.a.w: e-hadith Jakim

Write A Comment