JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan Badan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025

    12 Tanda Tak Tolerans Gluten Yang Anda Perlu Tahu

    09/03/2025
  • Kesihatan Badan
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025

    Petua Menghilangkan Dengkur: 12 Cara Mudah

    21/04/2025
  • Berita
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025

    Produk PS 21 Capsule Mengandungi Racun

    07/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Vitamin & Mineral»10 Makanan Tinggi Vitamin D Dalam Menu Harian
Vitamin & Mineral

10 Makanan Tinggi Vitamin D Dalam Menu Harian

By Iskandar Zulkarnain, MSc16/09/2025Updated:28/02/2025

Makanan tinggi vitamin D diperlukan bagi membantu badan mendapatkan vitamin D yang mencukupi. Vitamin D ialah vitamin larut lemak yang kebiasaannya dihasilkan oleh badan, dalam makanan berasaskan haiwan atau diet tambahan.

Fungsi vitamin D ialah untuk pembentukan dan kesihatan tulang, membantu penyerapan kalsium atau fosforus dan melindungi badan daripada penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, dan kanser (1).

Kekurangan vitamin D pula boleh menyebabkan penyakit riket dalam kalangan kanak-kanak dan osteomalasia dalam kalangan orang dewasa. Individu dewasa yang kekurangan vitamin D ini juga berpotensi menghidap osteoporosis.

Selain itu, kekurangan vitamin D juga dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, kanser, pernafasan, neurologi, otot dan juga kulit (2).

Recommended nutrient intake (RNI) atau pengambilan nutrien yang disyorkan bagi vitamin D untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

Kumpulan UsiaRNI (µg/hari)
Bayi
0-6 bulan10
7-12 bulan10
Kanak-kanak
1-3 tahun15
4-6 tahun15
7-9 tahun15
Remaja Lelaki & Perempuan
10-18 tahun15
Lelaki & Wanita Dewasa
19-65 tahun15
>65 tahun20
Mengandung15
Penyusuan15
senarai makanan tinggi vitamin D

Berikut ialah 10 senarai makanan yang tinggi vitamin D (USDA):

1. Ikan Salmon

Kandungan vitamin D: 10.9 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 72.7% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

2. Ikan Kembung (dimasak)

Kandungan vitamin D: 7.3 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 48.7% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

3. Ikan Sardin (dimasak)

Kandungan vitamin D: 4.8 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 32% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

4. Telur

Kandungan vitamin D: 2.0 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 13.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

5. Hati Lembu

Kandungan vitamin D: 1.2 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 8% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

6. Tiram

Kandungan vitamin D: 8.0 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 53.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

7. Minyak Ikan Kod

Kandungan vitamin D: 11.3 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 75.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

8. Susu Lembu

Makanan diperkaya dengan vitamin D.

Kandungan vitamin D: 1.3 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 8.7% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

9. Yogurt

Makanan diperkaya dengan vitamin D.

Kandungan vitamin D: 1.2 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 8% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

Bacaan lanjut: Khasiat Greek Yogurt

10. Keju (cheddar)

Makanan diperkaya dengan vitmain D.

Kandungan vitamin D: 1.0 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 6.7% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa berumur 19-65 tahun).

Kesimpulan

Walaupun badan dapat menghasilkan vitamin D melalui sinaran matahari, namun untuk mendapatkan pendedahan yang mencukupi mungkin susah bagi ramai orang.

Oleh itu, senarai makanan ini boleh membantu membekalkan vitamin D untuk badan kita.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

khasiat bunga cengkih

10 Khasiat Bunga Cengkih Yang Anda Perlu Tahu (+Kajian)

28/02/2025

9 Cara Hilangkan Bau Mulut atau Nafas Berbau

13/06/2025

Radang Prostat (Prostatitis): Punca, Simptom & Rawatan

21/11/2024
khasiat biji chia

Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan Lelaki dan Wanita

30/08/2025

Artikel Terkini

Khasiat Pucuk Ubi Kayu (+Bahaya Yang Wujud)

By JiwaSihat12/10/2025

Makanan yang Boleh Membantu untuk Melawan Kemurungan

By JiwaSihat11/10/2025

Khasiat Jambu Air untuk Kesihatan (Menurut Kajian)

By JiwaSihat10/10/2025
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.