JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan Badan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025

    12 Tanda Tak Tolerans Gluten Yang Anda Perlu Tahu

    09/03/2025
  • Kesihatan Badan
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025

    Petua Menghilangkan Dengkur: 12 Cara Mudah

    21/04/2025
  • Berita
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025

    Produk PS 21 Capsule Mengandungi Racun

    07/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Serat Diet»10 Makanan Tinggi Serat Rendah Karbohidrat
Serat Diet

10 Makanan Tinggi Serat Rendah Karbohidrat

By Iskandar Zulkarnain, MSc17/01/2025Updated:21/04/2025

Makanan yang tinggi serat dan rendah karbohidrat adalah antara pilihan makanan yang sinonim dengan diet rendah karbohidrat.

Diet seperti ini didapati berkesan untuk mengurangkan lapar dan membantu mengurangkan berat badan (1).

Diet rendah karbohidrat juga boleh menambah baik kadar gula dalam darah bagi penghidap kencing manis, mengurangkan tekanan darah dan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat) (2, 3, 4)

Kadar karbohidrat bagi diet rendah karbohidrat adalah kira-kira 130 gram sehari, manakala diet yang sangat rendah karbohidrat pula membekalkan kira-kira 20-50 gram sehari (5).

Kadang-kala dalam makanan dalam diet ini tidak membekalkan serat secukupnya bagi mengekalkan kesihatan sistem penghadaman dan jantung (6, 7).

Berikut ialah 10 makanan tinggi serat dan rendah karbohidrat yang boleh didapati di kedai atau pasaraya:

1. Chia Seed

Chia seed sememangnya popular dalam kalangan mereka yang berdiet.

Selain tinggi dengan kandungan serat, chia seed juga adalah antara sumber kepada asid lemak omega-3. Selain itu, chia seed juga membekalkan mineral-mineral penting seperti kalsium, kalium, fosforus, dan magnesium (8).

Chia seed ini juga mudah untuk menyerap cecair, maka biji ini boleh dicampurkan dalam pelbagai menu masakan.

Dua sudu besar (30 gram) chia seed membekalkan 11 gram serat dan 2 gram karbohidrat bersih (9).

makanan tinggi serat dan rendah karbohidrat

2. Kacang badam

Kacang badam atau almond adalah antara kacang yang enak dimakan.

Kacang badam juga kaya dengan antioksidan serta mineral-mineral dan vitamin yang penting seperti kalsium, magnesium dan vitamin E.

28 gram kacang badam membekalkan 3.5 gram serat dan 2.6 gram karbohidrat bersih (10).

3. Isi kelapa

Isi kelapa yang tanpa campuran gula juga tinggi dengan serat.

Isi kelapa terutamanya kelapa muda tinggi dengan lemak sihat dan serat serta sederhana dari segi kandungan karbohidratnya (11).

100 gram isi kelapa membekalkan 9 gram serat dan 6.23 gram karbohidrat bersih (11).

4. Kubis Bunga

Kubis bunga juga banyak dimanfaatkan dalam resepi rendah karbohidrat seperti dalam diet atkins dan diet keto. Ada yang menggunakannya dalam menu rendah karbohidrat seperti nasi goreng atkins atau keto.

Kubis bunga adalah sayuran yang rendah kalori dan karbohidrat malahan kaya dengan serat, mineral dan vitamin.

100 gram kubis bunga membekalkan 2 gram serat dan 3 gram karbohidrat bersih (12).

5. Brokoli

Brokoli yang merupakan keluarga kubis bunga juga turut menjadi pilihan dalam diet rendah karbohidrat.

Selain rendah kalori dan tinggi serat, brokoli juga kaya dengan vitamin dan mineral penting untuk kesihatan kita seperti folat, kalium (potassium), vitamin C dan K.

Kaedah terbaik untuk mengekalkan khasiat sayur ini ialah dengan mengukusnya (13).

Secawan (88 gram) brokoli (dicincang) membekalkan 2.3 gram serat dan 3.6 gram karbohidrat bersih (14).

6. Sayur kubis

Sayur kubis juga antara pilihan yang baik untuk diet rendah karbohidrat.

Sayur kubis juga penuh dengan khasiatnya seperti tinggi dengan antioksidan, baik untuk kulit dan boleh menurunkan kadar kolesterol.

100g sayur ini membekalkan 2.5g serat dan 3.3 karbohidrat bersih (15).

7. Asparagus

Asparagus juga kini mudah untuk didapati di Malaysia.

Sayuran ini adalah antara sayuran yang rendah kalori dan tinggi dengan vitamin K. Selain itu, sayur ini juga kaya dengan kandungan nutrien seperti folat yang bermanfaat kepada ibu mengandung (16, 17).

100 gram sayur ini membekalkan 2.1 gram serat dan 1.8 gram karbohidrat bersih (16).

8. Avokado

Buah avokado terkenal dengan kandungan lemak sihat.

Buah ini boleh dijadikan jus atau smoothie dan dimakan sebagai sayur.

Selain kandungan lemak monotaktepu, buah ini juga merupakan sumber yang baik untuk mendapatkan nutrien seperti kalium, folat, vitamin C dan K.

100 gram avokado membekalkan 6.7 gram serat dan 1.8 gram karbohidrat bersih (18).

9. Jambu batu

Selain buah oren, buah jambu batu juga adalah salah satu buah yang tinggi kandungan vitamin C.

Selain itu, buah jambu batu turut mengandungi serat yang tinggi serta rendah kalori. Buah ini baik untuk penghidap kencing manis, melancarkan sistem penghadaman dan boleh melawan kanser.

100 gram buah ini membekalkan sebanyak 5.4 gram serat dan 8.9 gram karbohidrat bersih (19).

10. Terung

Buah terung atau sayur terung turut berada dalam kategori makanan yang rendah kalori.

Selain rasanya yang menarik, terung juga berkhasiat untuk penghidap penyakit jantung dan penyakit darah tinggi.

100 gram terung membekalkan 3 gram serat dan 2.9 gram karbohidrat bersih (20).

Kesimpulan

Senarai makanan tinggi serat dan rendah karbohidrat ini boleh dimanfaatkan oleh mereka yang ingin mengamalkan diet rendah karbohidrat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

13 Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan Lelaki dan Wanita

19/12/2024
coronavirus-covid-19

Simptom COVID-19 Malaysia dan Langkah Pencegahan

14/03/2025

Sakit Tekak Ketika Menelan: Punca, Simptom & Rawatan

03/09/2025
buah mangga

5 Khasiat Buah Mangga Yang Menarik Perhatian Ramai

15/01/2025

Artikel Terkini

Khasiat Pucuk Ubi Kayu (+Bahaya Yang Wujud)

By JiwaSihat12/10/2025

Makanan yang Boleh Membantu untuk Melawan Kemurungan

By JiwaSihat11/10/2025

Khasiat Jambu Air untuk Kesihatan (Menurut Kajian)

By JiwaSihat10/10/2025
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.