Nutrisi

35 Makanan Rendah GI dan Tinggi GI di Malaysia

Pinterest LinkedIn Tumblr

Makanan rendah GI dan tinggi GI menjadi satu panduan asas untuk kita mengetahui seberapa cepat makanan itu melepaskan glukosa (gula) ke dalam darah. Sebelum itu, kita kenali dahulu apa itu GI?

GI atau Glycemic Index ialah nilai yang diberikan kepada makanan berdasarkan berapa cepat atau perlahan makanan ini menyebabkan peningkatan tahap gula darah.

makanan rendah gi dan tinggi gi

35 Makanan Malaysia dengan Indeks Glisemik

No.Makanan / MinumanGIIndikator
GI
1.Bihun Goreng99Tinggi
2.Beras Wangi97
3.Beras kilang90
4.Kueh teow85
5.Roti putih83
6.Pau kari ayam80
7.Teh tarik78
8.Keledek77
9.Tembikai76
10.Makaroni goreng74
11.Nasi putih73
12.Sandwich sardin73
13.Roti canai & dhal71
14.Nasi Lemak66Sederhana
15.Beras herba ponni65
16Roti putih dengan majerin & gula64
17.Kentang goreng (french fries)63
18.Beras perang60
19.Nasi goreng59
20.Nanas59
21.Betik58
22.Donut57
23.Roti pelbagai bijirin56
24.Pau biji lotus55Rendah
25.Roti putih dengan jem nanas55
26.Pisang berangan55
27.Karipap54
28.Roti putih dengan mentega kacang54
29.Pau kacang merah51
30.Jus Oren50
31.Durian49
32.Kurma42
33.Jus epal41
34.Susu soya34
35.Kacang soya16

Peranan Makanan Rendah GI dan Tinggi GI

Makanan rendah GI dan tinggi GI mempunyai peranannya masing-masing. Sebagai contoh:

a) Makanan rendah GI bermanfaat kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan dan penghidap kencing manis.

b) Manakala makanan tinggi GI pula boleh membantu pemulihan tenaga selepas bersenam atau mereka yang kekurangan gula dalam darah.

Mereka yang menghidap kencing manis atau diabetes jenis 1 dan sesetengah jenis 2 tidak menghasilkan insulin yang mencukupi. Tugas insulin ialah membantu memproses gula darah. Maka,mereka ini akan mempunyai glukosa (gula) darah yang berlebihan.

Walau bagaimanapun, indeks glisemik tidak menjelaskan seluruhan cerita. Para pengkaji berpendapat untuk memahami kesan keseluruhan makanan terhadap gula darah, harus diketahui berapa cepat glukosa memasuki saluran darah dan berapa banyak glukosa bagi setiap hidangan makanan itu boleh disampaikan.

Maka, satu pengukuran khusus dikenali sebagai “muatan glisemik” diperkenalkan bagi mengira kedua-dua faktor ini.

Rujukan
  • Atkinson, F. S., et al. (2008). International tables of glycemic index and glycemic load values: 2008Diabetes care.
  • M.J Nutr et al., 2005.Glycaemic Index of Eight Types of Commercial Rice in Malaysia. Biology.
  • Lee MC (2005). Penentuan indeks glisemik untuk nasi dan kari ayam dari tiga jenis beras komersial di pasaran Malaysia. Tesis Sarjanamuda Pemakanan. UKM.
  • Lee SY (2005). Penentuan indeks glisemik bagi tiga jenis pau segera/pasaran tempatan. Tesis Sarjanamuda Pemakanan. UKM.
  • Nik Shanita S.(2004). Development and determination of glycaemic index and types of carbohydrate in endurance athletes’ food choices. Final Report UKM N14/2000 grant. Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.
  • Nor Muaiza AM (2005). Penentuan indeks glisemik roti aneka sapuan. Tesis Sarjanamuda Pemakanan. UKM.
  • Robert, S. D., et al. (2008). Glycemic index of common Malaysian fruitsAsia Pacific journal of clinical nutrition.

Write A Comment