JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2024

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025
  • Kesihatan & Kecergasan

    10 Senaman Kardio yang Boleh Dilakukan Dirumah

    20/10/2024
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025
  • Berita
    pencemaran acrylamide dan glycidol di dalam biskut

    Isu Pencemaran Acrylamide dan Glycidol Dalam Biskut

    28/10/2024
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Diet & Pemakanan»Makanan yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Sembab
Diet & Pemakanan

Makanan yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Sembab

By JiwaSihatUpdated:28/12/2024

Sembab atau dalam istilah perubatan “edema” adalah bengkak yang disebabkan oleh penahanan cecair di dalam tisu-tisu badan. Sembab boleh disebabkan oleh banyak faktor dan salah satu daripadanya adalah makanan. Artikel ini menyenaraikan beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit sembab.

Sembab lazimnya berlaku di bahagian kaki dan buku lali, tetapi ia turut boleh berlaku di bahagian tangan, muka atau bahagian badan yang lain.

Sembab boleh dikenali melalui beberapa gejala atau simptom berikut:

  • Bengkak pada tisu yang terletak dibawah kulit terutamanya di kaki atau lengan.
  • Kulit berkilat atau regang.
  • Kulit yang mengekalkan lekukan beberapa saat apabila ditekan.
  • Peningkatan saiz abdomen.
  • Sakit bahagian badan dan sendi.
kerepek kentang - makanan perlu dielakkan pesakit sembab
Kerepek kentang merupakan makanan yang diproses yang tinggi dengan kandungan garam

Bagi mencegah atau merawat sembab, beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit sembab adalah seperti berikut:

1. Makanan Masin

Makanan masin seperti ikan kering, ikan masin, telur masin atau apa sahaja hidangan yang tinggi dengan kandungan garam harus dielakkan oleh pesakit sembab.

Hal ini kerana garam (sodium) boleh mengikat dengan air di dalam badan. Sekiranya pesakit sembab kerap memakan makanan yang masin atau tinggi kandungan garam, ia boleh meningkatkan penahanan air di dalam badan.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan garam (sodium) menyebabkan sembab di kaki dalam kalangan lelaki berumur. [1]

2. Karbohidrat Bertapis

Karbohidrat bertapis adalah karbohidrat yang telah menjalani proses penapisan yang menyingkirkan sebahagian besar serat dan zat-zat yang lain. Contohnya seperti gula putih, roti putih, nasi putih, pasta dan tepung putih.

Pesakit sembab harus mengehadkan pengambilan makanan yang terdiri daripada karbohidrat bertapis.

Karbohidrat bertapis boleh menyebabkan peningkatan mendadak paras gula darah dan insulin. Paras insulin yang tinggi menyebabkan badan menyimpan lebih banyak garam (sodium) dengan meningkatkan penyerapan semula garam di dalam buah pinggang. [2]

Keadaan ini akan meningkatkan penahanan cecair atau air di dalam badan.

3. Makanan Segera

Seterusnya, makanan yang harus dielakkan oleh pesakit sembab adalah makanan segera (fast food) dan makanan diproses.

Makanan-makanan seperti ini lazimnya tinggi dengan kandungan garam. Diet yang tinggi dengan kandungan garam boleh menyebabkan badan menyimpan cecair atau air dengan lebih banyak.

Contoh makanan segera dan makanan diproses adalah seperti kentang jejari, burger, piza, ayam goreng, ikan dan kentang goreng (fish and chips),kerepek kentang, nuget dan sosej.

4. Jeruk atau Makanan dalam Tin

Makanan seperti jeruk atau makanan di dalam tin juga harus dielakkan oleh pesakit sembab.

Ini kerana makanan-makanan ini tinggi dengan kandungan garam dan gula. Kedua-dua komponen ini boleh meningkatkan penahanan cecair dalam badan.

5. Minuman Berkarbonat atau Manis

Minuman berkarbonat atau minuman manis seperti jus adalah tinggi dengan kandungan gula.

Paras gula yang tinggi ini akan menyebabkan peningkatan paras gula darah yang mendadak. Keadaan ini sangat tidak sebaik terutamanya sekiranya pesakit sembab turut menghidap penyakit kencing manis (diabetes).

Paras gula yang tinggi ini boleh merosakkan pelapik saluran darah yang halus. Kerosakan ini boleh menyebabkan peredaran darah yang tidak baik.

Apabila darah tidak beredar dengan betul, cecair akan terperangkap di bahagian tertentu badan seperti kaki, buku lali dan kaki. Akibatnya ia boleh menyebabkan berlakunya sembab.

Minuman berkarbonat juga boleh menyebabkan kembung perut.

6. Arak atau Alkohol

Pesakit sembab juga harus mengelakkan daripada minum arak atau alkohol. Meminum arak bermakna badan anda akan menyimpan lebih air. Penahanan air yang berlebihan ini boleh menyebabkan sembab atau bengkak.

Keadaan ini berlaku kerana alkohol menyebabkan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi, kulit dan organ dalaman yang lain cuba untuk menyimpan air sebanyak yang mungkin. Kesannya, ia menyebabkan berlakunya sembab.

Punca-punca lain yang Menyebabkan Sembab

Bagi kes-kes sembab yang ringan, ia boleh disebabkan oleh:

  • Duduk atau kekal pada satu posisi terlalu lama
  • Mengandung
  • Gejala atau simptom prahaid

Sembab juga boleh berpunca daripada kesan sampingan daripada ubat-ubatan seperti:

  • Ubat darah tinggi
  • Estrogen
  • Ubat antiradang bukan steroid
  • Ubat steroid
  • Ubat penyakit kencing manis (thiazolidinediones)

Rumusan

Penjagaan pemakanan juga boleh membantu mengatasi masalah sembab atau edema. Pesakit sembab perlu mengelak atau mengurangkan beberapa jenis makanan terutamanya makanan yang masin, makanan segera, makanan diproses atau makanan yang terdiri daripada karbohidrat bertapis.

Sembab juga boleh disebabkan oleh beberapa punca lain seperti duduk terlalu lama, mengandung, atau kesan sampingan ubat-ubatan.

Rujukan
  1. Yoshikawa, M. et al. (2020). Daily salt intake is associated with leg edema and nocturnal urinary volume in elderly men. Neurourology and urodynamics.
  2. Horita, S. et al. (2011). Insulin resistance, obesity, hypertension, and renal sodium transport. International journal of hypertension.
  • Higuera, V. (2019). 10 Tips to treat Swollen Feet from Diabetes. Healthline
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

Kebaikan dan Keburukan Kopi Yang Anda Perlu Tahu

16/07/2025
khasiat biji chia

Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan Lelaki dan Wanita

30/08/2025

10 Cara Melebatkan Rambut Dengan Berkesan

01/02/2025
rempah halba

6 Khasiat Halba Untuk Wanita dan Lelaki Berdasarkan Kajian

13/03/2025

Artikel Terkini

Khasiat Minyak Pati Lavender (Manfaatkan 5 Khasiat Ini)

By JiwaSihat18/01/2025

Minum Susu Sebelum Tidur, Adakah Baik? Ini Dapatan Kajian

By JiwaSihat17/01/2025

Khasiat Sacha Inchi: Ini Yang Anda Perlu Tahu

By JiwaSihat13/01/2025
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2022 Mantik Media (IP0567792-T). Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • JiwaSihat
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.