JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Kesihatan & Kecergasan > 7 Makanan Menyebabkan Sembelit Yang Harus Anda Elak
Kesihatan & Kecergasan

7 Makanan Menyebabkan Sembelit Yang Harus Anda Elak

By Iskandar Zulkarnain, MScUpdated:20/04/20224 Mins Read

Sembelit ialah keadaan dimana anda membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu. Sembelit boleh menyebabkan ketidakselesaan dan menganggu aktiviti harian kita. Untuk mengelakkan terjadinya sembelit, di sini kami kongsikan minuman dan makanan yang boleh menyebabkan sembelit.

Sembelit boleh disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah pemakanan yang rendah serat diet, kurang minum air, gaya hidup yang banyak duduk, sindrom usus iritabel (IBS) dan lain-lain lagi.

Sesetengah makanan boleh melegakan sembelit namun ada juga makanan yang boleh menyebabkan kepada sembelit.

Berikut merupakan beberapa minuman dan makanan yang boleh menyebabkan masalah sembelit.

1. Bijian yang diproses

Bijian yang diproses dan produk yang dihasilkan daripadanya seperti roti putih, pasta putih dan nasi putih rendah dengan kandungan serat. Makanan jenis ini boleh memburukkan lagi sembelit.

Banyak kajian yang mengaitkan pengambilan serat yang tinggi boleh mengurangkan risiko sembelit (1, 2).

Maka, mereka yang mengalami sembelit akan beroleh manfaat dengan mengantikan makanan berasaskan bijian diproses dengan bijian penuh.

Walaupun serat yang lebih bermanfaat kepada kebanyakan orang, namun ada juga mereka yang mendapat kesan sebaliknya. Bagi mereka, serat yang berlebihan akan memburukkan lagi sembelit (3).

makanan menyebabkan sembelit

2. Makanan yang mengandungi gluten

Gluten ialah protein yang boleh dijumpai dalam bijian seperti gandum dan barli.

Sesetengah orang mengalami sembelit apabila makan makanan yang mengandungi gluten (4).

Golongan ini mempunyai masalah yang dikenali sebagai intolerans gluten atau penyakit seliak.

Apabila seseorang dengan penyakit ini makan makanan yang mengandungi gluten, sistem imunnya menyerang dan mencederakan usus mereka. Oleh itu, mereka ini harus mengikut diet bebas gluten (5).

3. Alkohol (Arak)

Arak juga antara minuman atau makanan yang menyebabkan sembelit.

Arak boleh menyebabkan dehidrasi dengan meningkatkan jumlah air atau bendalir keluar melalui air kencing.

Kehilangan air yang banyak atau kurang minum air boleh meningkatkan risiko sembelit (6).

4. Susu atau produk tenusu

Bagi sesetengah orang, produk tenusu juga boleh menyebabkan sembelit.

Bayi dan kanak-kanak adalah antara mereka yang senang terdedah kepada sembelit kemungkinan akibat sensitif terhadap protein yang terdapat dalam susu lembu (7).

Satu kajian yang dijalankan selama 26 tahun mendapati kanak-kanak yang mempunyai sembelit kronik menunjukkan tindak balas yang baik selepas susu lembu dikeluarkan dalam diet mereka (8).

Selain boleh menyebabkan alahan susu lembu, susu lembu juga boleh menyebabkan sembelit kronik dalam kalangan kanak-kanak (9).

5. Daging merah

Daging merah boleh menyebabkan sembelit kerana daging merah mengandungi lemak yang agak tinggi. Makanan yang tinggi lemak mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam.

Selain itu, daging merah juga rendah dengan serat dan secara tidak langsung menyebabkan seseorang itu kurang mengambil makanan berasaskan serat.

Senario ini akan menyebabkan pengambilan serat diet yang rendah dalam menu harian seterusnya meningkatkan risiko mengalami sembelit (10).

6. Makanan segera dan bergoreng

Makan makanan ringan pada kuantiti yang banyak boleh menyumbang kepada sembelit.

Hal ini kerana makanan jenis ini kebiasaannya tinggi dengan lemak dan rendah dengan serat. Kombinasi yang boleh melambatkan proses penghadaman.

Ramai juga yang percaya coklat adalah salah satu penyebab sembelit kepada mereka (11).

Makanan ringan juga selalunya tinggi dengan kandungan garam. Garam akan menyebabkan najis kurang kandungan air dan kering. Seterusnya menyebabkan najis ini sukar untuk disingkirkan (12).

7. Buah pisang kaki

Buah pisang kaki atau dalam bahasa inggerisnya dikenali sebagai persimmon adalah buah yang agak popular di Asia.

Terdapat banyak jenis buah ini, ada yang manis dan ada yang kelat.

Pisang kaki yang kelat mengandungi jumlah tanin yang tinggi. Tanin dipercayai mengurangkan perembesan dan pengecutan usus seterusnya memperlahankan pergerakan dalam usus (13).

Keadaan ini akan membawa kepada sembelit. Oleh sebab itu, sekirannya diambil pada jumlah yang banyak, pisang kaki boleh menyebabkan sembelit terutamanya yang rasanya kelat.

Kesimpulan

Walaupun sembelit itu adalah perkata normal, namun ia menyebabkan rasa tidak selesa.

Oleh itu, pengambilan makanan yang sesuai dan seimbang dapat mengurangkan risiko daripada terkena sembelit.

Sekiranya anda mudah untuk mengalami sembelit, jauhi makanan yang menyebabkan sembelit seperti yang disenaraikan.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.